Saturday, April 26, 2014

Pertandingan Debat Persahabatan ADCE-MiG 2014

INFO TERKINI: 
Terdapat sedikit pengubahsuaian usul-usul pertandingan untuk disesuaikan dengan tema & skop HKSBP SESMA 2014. Senarai usul ini akan dipertandingkan kelak. Harap maklum.

Program
PERTANDINGAN DEBAT PERSAHABATAN ADCE-MiG 2014
Antara Institusi Pendidikan Malaysia (SMK/SBP/MRSM/SMKA/SAM/IPG/Sekolah Swasta)

Tarikh/Masa
3 & 4 Mei 2014 (Sabtu & Ahad)
8.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi Pertandingan
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang
Taman Seri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Lokasi Penginapan (Cadangan)
Sun Inns Hotel D'Mind 2
No. 2, Jalan Dagang SB 4/2, Taman Sg. Besi Indah,
43300 Seri Kembangan, Serdang, Selangor
Tel : 03-8943 6878
Faks : 03-8945 2614
Webpage : www.suninnshotel.com.my

Kadar Tarif Bilik (1 malam)
Deluxe : RM95.00 - RM105.00
Superior : RM95.00 - RM105.00
Family 3 : RM110.00
Family 4 : RM160.00

Sila hubungi pihak pengurusan hotel untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Jarak antara hotel penginapan ini dengan SMK Seri Serdang adalah 5km.
Lokasinya berdepan dengan Stesen Komuter KTMB Serdang.
 
Anjuran & Kerjasama
Azwan Dot Com Enterprise - Minda Intelek Global
Panitia Bahasa Melayu SMK Seri Serdang
Kelab Bahasa Melayu Kreatif SMK Seri Serdang

Tema Usul
Usul-usul berikut BUKANNYA usul sebenar HKSBP tetapi direka berdasarkan tema & skop HKSBP.

Pusingan Awal 1 (Hiburan - Gaya Hidup/Karya Seni)
KARYA SENI TEMPATAN MAMPU DIANTARABANGSAKAN.

Pusingan Awal 2 (Pendidikan - Guru/PdP)
GURU MALAYSIA MAMPU MEMENUHI ASPIRASI PELAJAR.

Pusingan Awal 3 (Sosial - Jati Diri/Belia)
MEDIA SOSIAL MENGUKUHKAN JATI DIRI BELIA.

Peringkat Suku Akhir (Sains & Teknologi - Teknologi)
TEKNOLOGI MELESTARIKAN ALAM SEKITAR.

Peringkat Separuh Akhir (Kesihatan - Kos/Perkhidmatan Kesihatan)
PERKHIDMATAN KESIHATAN PERLU DIBERIKAN SECARA PERCUMA.

Pertandingan Akhir (Isu Semasa)
MH370 MENYATUKAN MASYARAKAT DUNIA.

Format Pertandingan

a) Pusingan awal akan dilaksanakan secara liga berkumpulan. Setiap pasukan akan terlibat dalam sekurang-kurangnya 3 kali perlawanan pusingan awal.
b) Pusingan suku akhir, separuh akhir dan pertandingan akhir akan dilaksanakan secara menang mara.
c) Format pertandingan adalah berdasarkan gabungan format bahas PDS (SMK) dan format PPM (SBP).
d) Peruntukan masa berhujah : 8 minit - 8 minit - 8 minit - 4 minit

Penyertaan

Jumlah Peserta : 4 orang pembahas & seorang guru/pegawai pengiring bagi setiap institusi.
Jumlah Pasukan : 16 buah pasukan yang terawal mendaftar sahaja.
Yuran Penyertaan : RM 400.00 setiap pasukan (4 orang pembahas & 1 orang pengiring)
Yuran Tambahan : RM 100.00 bagi setiap individu tambahan (jika ada)
Kod Program : 002 (Kod program untuk melengkapkan proses pendaftaran atas talian.)

Tarikh-Tarikh Penting
a) Tarikh Hebahan/Promosi Program : 1 Januari 2014 - 18 April 2014
b) Tarikh Penghantaran Surat Jemputan : 3 April 2014 - 13 April 2014
c) Tarikh Tutup Penyertaan Program : 18 April 2014
c) Tarikh Pembayaran Deposit Yuran (50%) : 19 April 2014 - 26 April 2014
d) Tarikh Pembayaran Baki Yuran Penyertaan (50%) : 3 Mei 2014
e) Tarikh Perlaksanaan Pertandingan Debat : 3 Mei 2014 - 4 Mei 2014

Pengesahan Penyertaan
 
1. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (A)
2. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (B)
3. Sek. Men. Setiabudi, Gombak (A)
4. Sek. Men. Setiabudi, Gombak (B)
5. Sek. Men. Agama Persekutuan Kajang
6. Sek. Men. Keb. Seri Serdang
7. Sek. Berasrama Penuh Integrasi Gombak
8. Sek. Men. Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
9. Sek. Men. Sains Banting, Selangor
10. Sek. Men. Sains Selangor, Kuala Lumpur
11. Sek. Men. Sains Tuanku Munawir (A)
12. Sek. Men. Sains Tuanku Munawir (B)
13. Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban
14. Maktab Tentera Diraja
15. Sek. Men. Sri Al-Amin Bangi 
16. Sek. Men. Sains Batu Pahat
 
Maklumat Am

1. Penyertaan terbuka kepada 16 buah institusi pendidikan dari seluruh negara yang terawal mendaftar secara atas talian menerusi borang penyertaan sepertimana yang dipaparkan di bawah.

2. Borang penyertaan secara atas talian mesti diisi dengan lengkap untuk mengesahkan pendaftaran pasukan.

3. Setiap pasukan diwakili oleh 4 orang pelajar dan 1 orang guru/pegawai pengiring sahaja. Had kelayakan umur bagi para peserta ditetapkan antara 14 tahun hingga 19 tahun (pada tahun semasa) sahaja.

4. Yuran penyertaan bagi setiap institusi adalah RM 400.00 (Empat Ratus Ringgit Sahaja). Namun begitu, jika ada institusi yang ingin membawa individu tambahan (pelajar/guru/jurulatih/pemandu), maka bayaran tambahan sebanyak RM 100.00 (Satu Ratus Ringgit Sahaja) akan dikenakan bagi setiap individu.

5. Yuran penyertaan bolehlah dijelaskan dalam dua peringkat pembayaran seperti berikut:

a) Pembayaran Deposit Yuran Penyertaan perlu dijelaskan menerusi deposit secara tunai (ATM/CDM/online banking) seperti berikut:

Jumlah Deposit : RM 200.00 (50% daripada jumlah yuran penyertaan pertandingan)
Tarikh Pembayaran : 19 hingga 26 April 2014
 
Nama Penerima : AZWAN DOT COM ENTERPRISE
Nombor Akaun : 06 0100 0044 8101
Nama Institusi Bank : CIMB BANK BERHAD

Slip pembayaran deposit yuran penyertaan ini (slip CDM/cetakan elektronik online banking) wajib dibawa semasa sesi pendaftaran sebagai bukti pengesahan pembayaran. 

Sila hubungi salah seorang penama berikut untuk mengesahkan pembayaran deposit yuran penyertaan pasukan anda telah dijelaskan dalam tempoh masa yang ditetapkan, 014-8410139 (En. Azwan Affandi ADCE) atau 019-5514634 (En. Khairul Anuar ADCE).

Deposit ini tidak akan dipulangkan dan menjadi hak milik pihak penganjur meskipun berlaku penarikan diri atau pembatalan penyertaan pada saat-saat akhir oleh pasukan bertanding.

b) Pembayaran Baki Yuran Penyertaan perlu dijelaskan secara tunai atau menerusi cek seperti berikut:

Jumlah Baki Yuran : RM 200.00 (baki 50% daripada jumlah yuran penyertaan)
Tarikh Pembayaran : 3 Mei 2014 (semasa sesi pendaftaran)
 
Nama Penerima : AZWAN DOT COM ENTERPRISE
Nombor Akaun : 06 0100 0044 8101
Nama Institusi Bank : CIMB BANK BERHAD 

Nota : Pembayaran sebarang yuran tambahan (jika ada) perlu dijelaskan semasa sesi pendaftaran.

6. Butiran lanjut berhubung kaedah/proses pembayaran ini akan turut dimaklumkan menerusi surat jemputan rasmi yang akan dihantar menerusi emel kepada pihak Tuan/Puan pada hari Ahad, 13 April 2014

7. Resit rasmi pembayaran keseluruhan yuran penyertaan akan diserahkan oleh pihak penganjur kepada pihak Tuan/Puan semasa sesi pendaftaran, Sabtu, 3 Mei 2014.

8. Makan-minum sepanjang program, sijil penyertaan pertandingan dan segala kemudahan yang difikirkan perlu akan disediakan oleh pihak penganjur. Namun begitu, pengangkutan atau penginapan (jika ada) adalah bawah tanggungjawab institusi/sekolah sendiri.

9. Aspek kebajikan dan keselamatan juga adalah sepenuhnya di bawah tanggungjawab guru/pegawai pengiring masing-masing. Pihak penganjur dan tuan rumah tidak akan bertanggungjawab atas berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini atau yang tidak disengajakan.

10. Pihak penganjur tidak akan menyediakan kemudahan pengangkutan atau penginapan sepanjang program ini berlangsung. Namun begitu, senarai penginapan yang berhampiran dengan lokasi pertandingan akan turut dipaparkan dari semasa ke semasa menerusi blog ini bagi memudahkan urusan tempahan bagi pasukan yang memerlukan penginapan.

11. Surat jemputan akan dihantar kepada institusi-institusi pendidikan yang telah mendaftar secara atas talian (online registration) menerusi borang penyertaan di bawah. Sila masukkan kod program 002 bagi pendaftaran program pertandingan debat ini.

12. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan adalah pada hari Jumaat, 18 April 2014. Pendaftaran pasukan selepas tarikh tutup penyertaan tidak akan diterima oleh pihak penganjur.

HADIAH-HADIAH PERTANDINGAN

Johan

- Piala Pusingan Debat Persahabatan ADCE-MiG
- Wang Tunai RM 1200.00
- Piala Iringan
- Sijil Pencapaian & Sijil Penyertaan

Naib Johan
- Wang Tunai RM 800.00
- Piala Iringan
- Sijil Pencapaian & Sijil Penyertaan

Pendebat Terbaik Pertandingan Akhir

- Wang Tunai RM 150.00
- Piala Iringan
- Sijil Pencapaian & Sijil Penyertaan

TENTATIF PROGRAM*
(tertakluk kepada perubahan terkini oleh pihak penganjur)
Hari Pertama
Sabtu, 3 Mei 2014
8.00 pagi
Pendaftaran Peserta & Sarapan
Kantin SMKSS
9.00 pagi
Taklimat Pertandingan & Undian
Bilik Seri Anggun
9.30 pagi
Pusingan Awal 1
Sidang 1 – Sidang 12
11.00 pagi
Minum Pagi
Kantin SMKSS
11.30 pagi
Pusingan Awal 2
Sidang 1 – Sidang 12
1.00 petang
Makan Tengah Hari / Solat Zohor
Kantin SMKSS
2.00 petang
Pusingan Awal 3
Sidang 1 – Sidang 12
3.30 petang
Minum Petang
Kantin SMKSS
4.00 petang
Pusingan Suku Akhir
Sidang 1 – Sidang 4
5.30 petang
Bersurai


Hari Kedua
Ahad, 4 Mei 2014
8.00 pagi
Pendaftaran Peserta & Sarapan
Kantin SMKSS
9.00 pagi
Pusingan Separuh Akhir
Sidang 1 – Sidang 2
10.30 pagi
Minum Pagi
Kantin SMKSS
11.00 pagi
Pertandingan Akhir
Balai Seri / Dataran
12.30 tgh hari
Majlis Perasmian Penutup
Balai Seri / Dataran
1.30 petang
Makan Tengah Hari / Solat Zohor
Kantin SMKSS
2.30 petang
Bersurai

 
12. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah diajukan kepada penama berikut:

Nama : En. Harmi bin Mohammad Jamil
Talian : 012 215 4945
Emel : mjharmi@yahoo.com

No comments: