MENTALITI KELAS PERTAMA TONGGAK KEJAYAAN 1MALAYSIA
[Dimohon agar sesiapa sahaja
yang berminat mengekstrak teks pidato atau bahan-bahan lain dari blog
ini untuk memohon keizinan terlebih dahulu daripada penulis. Sila perkenalkan diri selengkapnya dengan memaparkan nama penuh & nama institusi dan bukannya hanya nama timangan atau pengenalan diri yang samar. Hormatilah
hakcipta dan integriti keilmuan. Terima kasih.]
Bismillahirrahmannirrahim,
Assalamualaikum dan
Salam Sejahtera,
Terima kasih
peneraju acara, dif-dif kehormat berkarisma, panel juri teguh saksama dan
seluruh warga dewan berbahagia. Salam 1Malaysia.
Sungguh hairan, melihat setiap hari orang menyisir rambutnya tetapi tidak
pernah menyisir otaknya, memperkemas dadanya tetapi tidak pernah menyucikan
hatinya, menggilap kasutnya tetapi tidak akalnya. Walhal, kejayaan sesuatu
perkara itu bukanlah bergantung kepada penampilan zahir semata-mata tetapi juga
ketinggian pemikirannya. Atas pedoman yang sama, percayalah bahawa Mentaliti Kelas Pertama Tonggak Kejayaan
1Malaysia.
Sesungguhnya, mentaliti kelas
pertama bolehlah ditakrifkan sebagai anjakan paradigma pemikiran
manusia yang tinggi akal budinya, cemerlang gaya hidupnya dan teguh nilai
moralnya sehingga mampu menghijrahkan dirinya daripada gelita kemunduran kepada
cahaya kemajuan.
Maka, prakarsa merakyatkan mentaliti kelas pertama diyakini
mampu mengharmonikan perpaduan
disulami penghayatan terhadap prinsip penerimaan, kenegaraan
dan keadilan
demi menjayakan gagasan 1Malaysia,
rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Persoalannya, bagaimanakah kita dapat menjadikan mentaliti kelas pertama sebagai tonggak kejayaan 1Malaysia?
Maka, hayatilah cetusan minda kurniaan Allah, pragmatik pertama;
Budaya Ilmu Disemai,
Insan Berkualiti Dicanai.
Hadirin sekalian,
Kita sedar bahawa kalimah iqra’, kalam Pencipta mentamsilkan ilmu sebagai
cahaya, pelita hidup manusia. Dengan menguasai ilmu berguna, mentaliti kita tidak akan terkongkong bagai
katak di bawah tempurung sebaliknya mampu melihat dunia dengan pandangan mata
burung.
Lantaran itulah, transformasi ke
arah pendidikan global yang kita laksanakan menerusi Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 banyak mengubah persepsi dan mentaliti rakyat
kita dalam membudayakan ilmu. Akses kepada pembelajaran sepanjang hayat kita
sediakan, gerakan membaca kita perkasakan, program i-Think dan Permata Negara
kita arusperdanakan, kemahiran dwibahasa kita tekankan, penguasaan ICT kita
utamakan, semuanya atas nama pendemokrasian pendidikan demi melahirkan modal
insan berminda kelas pertama yang kita impikan.
Hakikatnya, Laporan Daya Saing Global
2012, Forum Ekonomi Dunia meletakkan kualiti pendidikan kita di tangga ke-14 daripada 142 buah
negara dengan kadar literasi 95.7% dan indeks
kebolehpasaran graduan 88.4%. Angka-angka kejayaan ini membuktikan bahawa dengan
keterbukaan minda rakyat menguasai ilmu berguna, terbentuklah mentaliti kelas
pertama menunjangi keadilan sosial teras gagasan 1Malaysia.
Hadirin sekalian, pragmatik kedua; Budaya
Inovasi Dijulang, Mentaliti Rakyat Cemerlang,
Dalam melakar kejayaan 1Malaysia, warga Jepun dan Korea Selatan menjadi
idola berteraskan inovasi dalam aspek pengurusan masa, disiplin diri dan etika kerja, lambang
mentaliti kelas pertama mereka.
Lantaran itulah, pelbagai inovasi telah kita
perkenalkan. Menerusi Program Transformasi Ekonomi misalnya, inovasi keusahawanan
mampu menganjakkan pemikiran rakyat – daripada mentaliti pengguna kepada budaya
pencipta dan daripada mentaliti subsidi kepada semangat berdikari, sekaligus
memungkinkan rezeki secupak boleh menjadi segantang asalkan kita bijak merebut
peluang. Dalam Program Transformasi Kerajaan pula, kualiti perkhidmatan awam
sentiasa ditingkatkan selaras dengan indeks pencapaian utama dan bidang
keberhasilan utama negara.
Hasilnya kini, permit pembantu rumah dapat diuruskan
dalam tempoh hanya 3 hari, pendaftaran perniagaan baru pula kurang 6 jam,
bahkan MyKad boleh siap diproses dalam tempoh 1 jam. Bukankah inovasi budaya
kerja cemerlang sebegini mendahulukan kepentingan rakyat dan mengutamakan kualiti
pencapaian? Hakikatnya jelas, mentaliti rakyat yang inovatif inilah yang mampu menunjangi
kejayaan 1Malaysia kelak.
Hadirin sekalian, pragmatik ketiga; Nilai-Nilai
Murni Dihayati, Kesejahteraan Negara Dinikmati.
Pujangga Melayu selalu berpesan;
Tegak rumah kerana sendi, runtuh sendi rumah binasa,
Tegak bangsa kerana budi, runtuh budi runtuhlah bangsa.
Dalam kita mengejar mentaliti kelas pertama, nilai-nilai
murni adalah pelengkapnya ibarat isi dengan kuku, irama dengan lagu, cinta dengan
rindu.
Maka, demi mengubah mentaliti masyarakat 1Malaysia agar menjiwai
nilai-nilai murni, subjek Sivik dan Kewarganegaraan kita mantapkan, kempen budi
bahasa kita jayakan, budaya integriti kita amalkan bahkan pembinaan sahsiah kita
pergiatkan, semuanya atas kesedaran bahawa apalah gunanya ketinggian akal fikir
manusia tanpa keluhuran budi bahasa.
Tatkala indeks jenayah seluruh negara dilaporkan
menurun 11.1% dan indeks keamanan global meletakkan Malaysia di tangga ke-20
paling aman daripada 158 buah negara, apakah yang memungkinkan semua ini
berlaku? Pastinya nilai kesefahaman dan prinsip penerimaan menyuburkan
mentaliti kelas pertama yang memacu perpaduan bangsa dan kemakmuran negara ke
arah kejayaan 1Malaysia.
Ya, hadirin sekalian. Secara tuntasnya, prakarsa membentuk
mentaliti kelas pertama menuntut kepada pembudayaan ilmu yang berguna, aplikasi
inovasi yang bermakna dan penghayatan nilai-nilai murni sepanjang masa. Apabila kesemua ramuan ini mampu kita adun
bersama-sama, maka transformasi minda rakyat dapat kita jana sekaligus
menjayakan hasrat pembinaan citra gagasan 1Malaysia. Benarlah bahawa “Mentaliti Kelas Pertama Tonggak Kejayaan
1Malaysia”.
Teks disediakan oleh : En. Harmi bin Mohammad Jamil
Disampaikan oleh : Sdr. Muhammad Misykat bin Abdul Rahman
Johan Pertandingan Pidato Piala Diraja Kali Ke-28,
Peringkat Kebangsaan Tahun 2012



77 comments:
wah! thanks 4 sharing! =D
SEMUA HAKCIPTA ADALAH TERPELIHARA.
Mana-mana bahagian modul ini TIDAK BOLEH SAMA SEKALI disalin, dicetak, dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan, dalam apa-apa jua cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain TANPA KEBENARAN daripada penulis. Hal ini termasuklah SEMUA TEKS PIDATO yang dipaparkan di sini. Harap maklum.
tahniah.
Terima kasih.
boleh tak saya mengambil teks pidato ini sebagai bahan rujukan :)
mohon izin pihak tuan :)
terima kasih
InsyaAllah, boleh. Dipersilakan, semoga boleh dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Terima kasih.
Assalamualaikum wbt. . .izinkan saya untuk mengambil teks pidato ini sebagai rujukan. . .saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. . .^_^
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
Dipersilakan, semoga boleh dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Terima kasih.
mohon keizinan tuan mengambil teks ini sebagai bahan bahan rujukan
Dipersilakan @mardhiyah, semoga bermanfaat. Terima kasih.
Saya mohon untuk menyalin semula teks pidato ini dan pidato sekolah rendah sebagai rujukan.Terima kasih kerana berkongsi.Semoga Allah membalas budi baik Tuan.
Saya mohon untuk mengambil teks pidato ini dan pidato sekolah rendah sebagai rujukan saya.Terima kasih kerana berkongsi.Hanya Allah yang dapat membalas budi baik Tuan.
Dipersilakan saudari Iwana Iyazi, semoga boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya. Terima kasih kembali.
Assalammualaikum saudara Harmi Mohammad Jamil.Blog yang anda sediakan ini banyak menyediakan teks pidato yang amat bermutu.Saya berharap saudara mengizinkan saya mencetak dan menggunakan sepenuhnya bahan-bahan di dalam blog ini.Sekian,terima kasih.
W'salam.Dipersilakan En. Ismail, semoga boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya. Terima kasih.
salam...
tahniah diucapkan
mohon keizinan untuk share teks pidato ini sebagai bahan rujukan
jutaan terima kasih didahulukan
Dipersilakan Cik Puan Maziana, semoga boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya. Terima kasih.
assalamualaikumm,saya afiqah,18
saya ingin memeinta izin utk menggunakan isi-isi teks pidato ini untuk rujukan pertandingan pidato akan dtg..terima kasih.,^-^
Waalaikumussalam Saudari Afiqah, dipersilakan. Semoga boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya. Terima kasih.
salam ,saya dania 16
saya ingin memeinta izin utk menggunakan isi-isi teks pidato ini untuk rujukan pertandingan pidato akan datang .
Dipersilakan. Semoga boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya. Terima kasih.
mohon keizinan untuk share teks pidato
Dipersilakan @marina sue. Terima kasih.
assalamualaikum saudara .
saya ingin meminta izin , utk mngguna teks pidato ini ,, krana sy rasa teka ini sngt bagus .. smoga sy diberi keizinan ..
Waalaikumussalam,
Dipersilakan, semoga boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya. Terima kasih.
mohon copy untuk dijadikan panduan ye ckg...
Assalam 1Malaysia cikgu... mohon share teks pidatonya ya... terima ksih..
Assalam 1Malaysia.. mohon share teks nya ya cikgu... terima kasih..
Assalam 1Malaysia...
Moon share teks nya ya cikgu... terima kasih..
@musyinex - sila perkenalkan diri anda terlebih dahulu sebelum diberi keizinan untuk mengambil teks ini.
@Hernyta Margus - dipersilakan, semoga boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Salam , saya Wahida dari Pulau Pinang, nak minta izin guna teks Pidato ini untuk ujian lisan.Harap diberi keizinan.
Dipersilakan, semoga boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya.
assalamualaikum.. en harmi.. mohon untuk mencetak teks pidato ini untuk kegunaan sebagai rujukan & latihan pelajar
Waalaikumussalam Cikgu Intan Juerainy, dipersilakan. Semoga boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya. Terima kasih atas kesudiannya.
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada encik harmi. saya shafikah dari kota bharu kelantan. saya nak minta keizinan daripada encik untuk mencetak dan menggunakan bahan-bahan dalam blog ini sebagai rujukan. saya harap sangat encik harmi izinkan.
Waalaikumussalam #shafikah zakaria, insyaAllah dipersilakan. Semoga boleh dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Terima kasih.
Assalamualaikum... tahniah! ^^ mohon share teks pidato ni untuk kegunaan sekolah ye. jazakallahu khairan. semoga allah membalas budi baik kalian... inshaaALLAH. terima kasih ye :)
Waalaikumussalam.
Sila perkenalkan diri dengan selengkapnya. Jika tidak perkenalkan diri, maka saya TIDAK MENGIZINKAN anda untuk menggunakan rujukan teks pidato ini. Harap maklum.
Assalamualaikum... saya siti humairah, 15, puchong, mohon share teks pidato ni untuk kegunaan sekolah ye. jazakallahu khairan. semoga allah membalas budi baik kalian... inshaaALLAH. terima kasih ye :)
Waalaikumussalam #siti humairah, dipersilakan. Semoga boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Assalamualaikum, izinkan saya menggunakan fakta2 di dalam teks ini untuk dijadikan rujukan. Terima kasih atas budi tuan.
@Nuraina Razali - Waalaikumussalam, dipersilakan.
Saya meminta izin untuk menggunakan sebahagian di dalam teks pidato yang ada di dalam blog ini sebagai rujukan saya.
@Qiezs Teynaa - sila perkenalkan diri anda sebelum saya mengizinkan anda untuk menggunakan bahagian-bahagian tertentu dalam teks pidato ini.
Assalammualaikum saudara Harmi Mohammad Jamil.terlebih dahulu tahniah saya ucapkan. Nama saya Raziah,saya sangat berminat dengan blog saudara yang banyak menyediakan teks pidato yang amat bermutu.Saya meminta izin daripada saudara untuk mencetak dan menggunakan sepenuhnya bahan-bahan di dalam blog ini.Sekian,terima kasih.
mohon mengekstrak bahan2 dari blog ini ya..utk kegunaan pidato...tq
salam, nama saya Raziah. terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada Encik Harmi. saya sangat berminat membaca blog saudara. saya ingin meminta izin untuk mencetak dan menggunakan sepenuhnya maklumat yang terdapat dalam blog saudara.Harap saudara benarkan.
salam en harmi. saya Raziah. saya berharap sangat encik harmi benarkan saya menggunakan dan mencetak sepenuhnya bahan-bahan yang terdapat dalam blog encik termasuk teks pidato.semoga Allah membalas budi baik Encik Harmi.
s
s
@Raziah/Azie & @alqaraniey - dipersilakan.
Assalamualaikum wbt,
Tuan,
Terima kasih di atas perkongsian tuan di dalma blog ini.
Saya mohon izin untuk menjadikan bahan-bahan di dalam blog tuan sebagai rujukan saya dalam penyediaan teks pidato.
Sekian, terima kasih.
Nur
misscindut_2001@yahoo.com
Assalamualaikum wbt,
Tuan,
Terima kasih di atas perkongsian tuan di dalma blog ini.
Saya mohon izin untuk menjadikan bahan-bahan di dalam blog tuan sebagai rujukan saya dalam penyediaan teks pidato.
Sekian, terima kasih.
Nur
misscindut_2001@yahoo.com
assalamualaikum....saya memohon keizinan pihak tuan untuk mengambil isi teks pidato ini untuk rujukan pertandingan pidato sekolah rendah.terima kasih
assalamualaikum...
cikgu, saya rozita dari kuching,sarawak ingin memohon keizinan cikgu mengambil teks tersebut untuk rujukan pertandingan pidato sekolah rendah nanti.terima kasih.
Waalaikumussalam @Nur & @cahaya kirana - dipersilakan.
Assalamualaikum, saya Muhammad Najmi Bin Mohd Radhi, ingin memohon kebenaran untuk menggunakan teks pidato ini sebagai rujukan susunan isi dan sebagainya...diharapkan permintaan ini debenarkan...:)
Waalaikumussalam @Najmi, dari institusi/sekolah mana ya?
salam..
mohon teks dijadikan rujukan..=)
Assalamualaikum En Harmi
Saya merupakan peserta pidato peringkat kebangsaan 2012 dari negeri Johor.
Sy ingin meminta kebenaran untuk menggunakan teks pidato ini sbg bahan utk mengekstrak teks pidato sy,teks ini sgt bagus dan sy mohon menjadikannya sbg bahan rujukan.
Assalamualaikum En Harmi
Saya merupakan peserta pidato peringkat kebangsaan 2012 dari negeri Johor.
Sy ingin meminta kebenaran untuk menggunakan teks pidato ini sbg bahan utk mengekstrak teks pidato sy,teks ini sgt bagus dan sy mohon menjadikannya sbg bahan rujukan.
Waalaikumussalam,
@Saidatul Nurhaziqah - dipersilakan.
Salam,
tuan... mohon share ya... sangat bagus...untuk dibuat rujukan... kerana sudah lama tidak menulis... tiba2 perlu guide team pidato... Halal ya. Jazakallah....
Salam,
tuan... mohon share ya... untuk dibuat rujukan...
dah lama tidak menulis... tiba2 perlu guide team pidato... Halal ya. Jazakallah....
Salam, @nhhas, mohon untuk perkenalkan diri boleh? Nama anda & daripada institusi mana?
Salam . Boleh tak saya ambil teks ni sbgi PLBS dlm kelas shj ? Untuk oral bm :) terima kasih !
@dAiA-cHaN - sila perkenalkan diri terlebih dahulu.
Tuan,
Terima kasih.
saya diberi tajuk Pidato "Warga Kerja yg Kreatif & Inovatif Pemangkin Minda Kelas Pertama"
masa yang diberikan 5 minit.
berapakah isi utama yang sesuai untuk tempoh tersebut?
untuk makluman pidato tersebut adalah di peringkat jabatan.
apakah isi yg sesuai untuk dimasukkan bagi tajuk di atas?
saranan tuan amatlah dihargai.
Tkasih.
-Nur-
misscindut_2001@yahoo.com
Assalamua'laikum.
Saya Muhammad Irfan dari Miri, Sarawak. Izinkan saya untuk menjadikan teks pidato ini sebagai bahan rujukan.
Semoga Allah membalas jasa baik Encik Harmi.
Waalaikumussalam @Muhd Irfan, dipersilakan. Semoga boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya.
p/s: Saya pun berasal dari Miri juga.
Saya Falah..mohon keizinan utk menjadikan teks ini sbg panduan utk pidato peringkat sekolah rendah. Terima kasih
@Falah - sila perkenalkan diri terlebih dahulu.
Saya dapati terlalu ramai yang enggan memperkenalkan diri dengan sebaik-baiknya. Bahkan, ada yang mengekstrak teks-teks pidato saya ini tanpa terlebih dahulu memohon izin saya.
Dengan ini, saya TIDAK MENGIZINKAN sesiapapun mengekstrak apa-apa jua bahan menerusi blog ini jika;
i) PENGENALAN DIRINYA TIDAK LENGKAP,
ii) PENGGUNAAN NAMA TIMANGAN YANG SAMAR.
Sila perkenalkan diri selengkapnya dengan memaparkan NAMA PENUH & NAMA INSTITUSI.
Yakinilah bahawa akan hilang keberkatan dan manfaat ilmu yang diperoleh tanpa izin.
salam, saya Mohd Amin Soleh guru yg mengajar di Betong Sarawak. Mohon izin dari tuan untuk menjadikan teks ini sebagai rujukan untuk saya menghasilkan teks Pidato tetapi berlainan tajuk :)
Waalaikumussalam Cikgu Mohd Amin, dipersilakan. Semoga boleh dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Terima kasih.
salam,sy nurul syuhada dari smk bandar sg petani kedah ingin meminta kebenaran untuk menggunakan teks pidato ini sbg bahan utk mengekstrak teks pidato sy,teks ini sgt bagus dan sy mohon menjadikannya sbg bahan rujukan.
W'salam. Dipersilakan.
Post a Comment