Friday, March 27, 2015

PERTANDINGAN DEBAT JUNIOR SEHEBAT 2015




MAKLUMAT AM
Tarikh Pertandingan : Jumaat - Ahad, 3 - 5 April 2015
Lokasi Pertandingan : Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, Johor Darul Takzim
Yuran Penyertaan : RM300.00 sepasukan
Jumlah Pasukan : 8 buah pasukan
Setiap pasukan diwakili oleh 4 orang pembahas dan 2 orang pengiring.
Setiap pasukan wajib menyenaraikan 2 orang peserta Tingkatan 1 dan 2 orang peserta Tingkatan 2.
Dua orang pengiring pula terdiri daripada seorang guru bertanggungjawab dan seorang pembimbing (sama ada jurulatih, guru, pelajar menengah atas atau bekas pelajar).

PENYERTAAN 8 BUAH PASUKAN BERTANDING

1. Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, Johor (SEHEBAT)
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah, Sabah (TUNAS)
3. Sekolah Sultan Alam Shah, W.P. Putrajaya (SAS)
4. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar, Johor (MAAHAD MUAR)
5. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak (STAR)
6. Sekolah Tun Fatimah, Johor (STF)
7. Sekolah Dato' Abdul Razak, Negeri Sembilan (SDAR)
8. Maktab Rendah Sains Mara Batu Pahat, Johor (MRSMBPJ)

TENTATIF PROGRAM
Jumaat, 3 April 2015
2.00 petang – 6.00 petang
Sesi Pendaftaran Pasukan
Daftar Masuk Penginapan
6.30 petang – 7.30 malam
Makan Malam
8.00 malam – 9.30 malam
Sesi Taklimat Peserta
Undian Pertandingan
9.30 malam – 10.30 malam
Sesi Taklimat Hakim
10.30 malam – 11.00 malam
Minum Malam

Sabtu, 4 April 2015
7.00 pagi – 8.00 pagi
Sarapan
8.00 pagi – 10.00 pagi
Pusingan Awal 1
10.00 pagi – 11.00 pagi
Minum Pagi
11.00 pagi – 1.00 petang
Pusingan Awal 2
1.00 petang – 2.00 petang
Rehat/Makan Tengah Hari/Solat Zohor
2.30 petang – 6.30 petang
Lawatan
6.30 petang – 7.30 malam
Makan Malam
8.00 malam – 10.00 malam
Pusingan Awal 3
10.00 malam – 10.30 malam
Minum Malam

Ahad, 5 April 2015
7.00 pagi – 8.00 pagi
Sarapan
8.00 pagi – 10.00 pagi
Peringkat Separuh Akhir
10.00 pagi – 11.00 pagi
Minum Pagi
11.00 pagi – 12.30 tengah hari
Pertandingan Akhir
12.30 tengah hari – 1.30 petang
Majlis Perasmian Penutup
1.30 petang – 2.30 petang
Makan Tengah Hari/Solat Zohor
3.00 petang – 4.00 petang
Daftar Keluar Penginapan

JADUAL PERTANDINGAN

PUSINGAN AWAL 1
Sabtu, 4 April 2015
8.00 pagi – 10.00 pagi

USUL

MALAYSIA MAMPU MENGANJURKAN SUKAN OLIMPIK.

KOD
KERAJAAN
PEMBANGKANG
SIDANG
P1
A
B
1
P2
C
D
2
P3
E
F
3
P4
G
H
4

PUSINGAN AWAL 2
Sabtu, 4 April 2015
11.00 pagi – 1.00 petang

USUL

GST MENGUNTUNGKAN.

KOD
Peranan akan diundi sebelum sesi kuarantin.
SIDANG
P5
MENANG P1
KALAH P2
1
P6
MENANG P3
KALAH P4
2
P7
KALAH P1
MENANG P2
3
P8
KALAH P3
MENANG P4
4

PUSINGAN AWAL 3
Sabtu, 4 April 2015
8.00 malam – 10.00 malam

USUL

AKTA KEHARMONIAN KAUM PERLU DIWUJUDKAN.

KOD
Peranan akan diundi sebelum sesi kuarantin.
SIDANG
P9
S
MENANG P6
X
KALAH P7
1
P10
U
MENANG P8
V
KALAH P5
2
P11
R
MENANG P5
Y
KALAH P8
3
P12
T
MENANG P7
W
KALAH P6
4

NOTA:
Selepas tamatnya 3 pusingan awal, pasukan yang memenangi P9, P10, P11 dan P12 akan layak ke peringkat separuh akhir seperti berikut:

PUSINGAN SEPARUH AKHIR
Ahad, 5 April 2015
8.00 pagi – 10.00 pagi

USUL

UPSR WAJAR DIMANSUHKAN.

KOD
KERAJAAN
PEMBANGKANG
SIDANG
P13
Pemenang P9
Pemenang P10
1
P14
Pemenang P11
Pemenang P12
2

PERTANDINGAN AKHIR
Ahad, 5 April 2015
11.00 pagi – 12.30 tengah hari

USUL

KANAK-KANAK PATUT DIBERI
HAK MENGUNDI DALAM PILIHANRAYA

KOD
KERAJAAN
PEMBANGKANG
SIDANG
P15
Pemenang P13
Pemenang P14
Dewan Besar

PUSINGAN AWAL 1
TEMA : PENGANJURAN SUKAN BERTARAF ANTARABANGSA

Sukan Olimpik Musim Panas yang pertama kalinya dianjurkan pada tahun 1896 merupakan temasya sukan pelbagai acara terulung di dunia. Temasya sukan ini telah banyak berevolusi daripada sekadar 42 buah acara dengan lebih kurang 250 orang atlet mewakili 14 buah negara kepada 300 buah acara pelbagai disiplin sukan dengan penyertaan lebih 10,000 orang atlet dari 205 buah negara di seluruh dunia. Sukan Olimpik Musim Panas 2008 yang dihoskan oleh Beijing menerima kunjungan 10,500 orang atlet yang bertanding dalam 302 buah acara sukan.

Amerika Syarikat pernah menganjurkan 4 kali Sukan Olimpik Musim Panas, paling banyak dalam kalangan tuan-tuan rumah yang lain. United Kingdom pula mengelolakan Sukan Olimpik 2012, iaitu kali ketiga London menjadi hosnya. Australia, Perancis, Jerman dan Greece pernah menganjurkannya sebanyak dua kali. Negara-negara lain yang pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas adalah Belgium, China, Kanada, Finland, Itali, Jepun, Mexico, Belanda, Korea Selatan, Sepanyol, Soviet Union dan Sweden. Pada tahun 2016, Rio de Janeiro, Brazil akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2016 dan kemudiannya disusuli oleh Tokyo, Jepun pada tahun 2020 kelak.

PUSINGAN AWAL 2
TEMA : PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI NEGARA

GST mula-mula diperkenalkan di Perancis pada tahun 1954 oleh Maurice Laure untuk menggantikan sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbangkan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.

GST merupakan sejenis cukai penggunaan berasaskan konsep nilai tambah dan diambil kira dalam setiap peringkat urus niaga. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa ke atas cukai. Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekalkan melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan.

PUSINGAN AWAL 3
TEMA : PENGUKUHAN ASPEK KEHARMONIAN NEGARA

Malaysia tidak terlepas daripada pelbagai ancaman yang boleh menggugat keselamatan dan kesejahteraan negara. Antara bentuk ancaman yang dihadapi di negara kita termasuklah tindakan subversif, keganasan, ektremisme, sabotaj, pencerobohan dan lain-lain bentuk ancaman yang dapat menghakis keamanan negara. Sebagai contoh, ancaman pengganas komunis, kumpulan militan, puak pelampau agama mahupun kumpulan-kumpulan yang telah diharamkan.

Sebagai sebuah negara majmuk, Malaysia sentiasa berhadapan dengan kemungkinan berlakunya insiden perselisihan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan keselamatan negara. Insiden 13 Mei 1969, peristiwa Kampung Medan (4 Mac 2001) dan insiden Kampung Rawa, Pulau Pinang (27 Mac 1998) merupakan contoh-contoh insiden pertelagahan kaum di negara kita. Tambahan pula, kini elemen pertelagahan ini kian berleluasa di alam maya menerusi provokasi dan konfrontasi melampau yang banyak menyentuh sensitiviti perkauman di Malaysia.

SUKU AKHIR
TEMA : TABIAT PEMAKANAN GENERASI MUDA

Malaysia menduduki tempat keenam di rantau Asia Pasifik bagi masalah obesiti dan mendahului senarai di Asia Tenggara untuk masalah obesiti dan kencing manis.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya baru-baru ini berkata bahawa terdapat kira-kira 3 juta rakyat Malaysia yang mengalami lebihan berat badan dan bilangannya semakin meningkat dalam situasi apabila kira-kira 5 juta individu menderita pelbagai peringkat penyakit kencing manis.

Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia, Prof. Dr. Mohd Ismail Noor pula berkata situasi masa kini cukup membimbangkan sehingga langkah-langkah pencegahan perlu dimulakan segera memandangkan generasi muda dan kanak-kanak Malaysia sudah mula mengalami masalah berat badan sedari kecil lagi. Selain aspek pemakanan yang kurang sihat, gaya hidup yang tidak aktif banyak menyumbang kepada masalah ini.

SEPARUH AKHIR
TEMA : PEMUPUKAN NILAI INTEGRITI DALAM DUNIA PENDIDIKAN

Pihak polis telah mengambil keterangan daripada 30 individu untuk membantu siasatan berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng dalam satu kenyataan berkata bahawa pihak polis menjangkakan akan ada tangkapan dalam masa terdekat dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid-murid Tahun 6 mendudukinya pada 11 September 2014 manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 pula terpaksa ditangguhkan sebelum mereka sempat mendudukinya pada hari yang sama. Pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia telah menetapkan 30 September 2014 sebagai tarikh baru peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut.

AKHIR
TEMA : HAK ASASI KANAK-KANAK

Konvensyen mengenai hak kanak-kanak (CRC) telah dibentangkan dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 20 November 1989. Dokumen ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak dari sebarang bentuk pengabaian, penderaan dan eksploitasi serta menjamin kanak-kanak untuk mendapatkan hak-hak asasi mereka.

Antara lain, prinsip-prinsip konvensyen ini menggariskan bahawa kanak-kanak tidak seharusnya didiskriminasikan, kanak-kanak mempunyai hak untuk memperoleh kehidupan berkualiti dan perkembangan yang sihat, kepentingan terbaik bagi kanak-kanak hendaklah diberi keutamaan dan kanak-kanak harus diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam semua perkara yang menyentuh kehidupan mereka serta diberi kebebasan untuk menyuarakan pendapat masing-masing.

NOTA:
Deskripsi usul berasaskan tema di atas merupakan panduan bagi memudahkan persediaan pasukan mencari bahan dan membuat kajian. Senarai 6 usul pertandingan yang rasmi akan diumumkan pada hari Isnin, 16 Februari 2015.