Monday, November 23, 2015

UCAPAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI

Bermulanya cuti sekolah akhir tahun maka berakhirlah takwim program pengucapan awam yang dikendalikan sepanjang tahun 2015. Terima kasih sekalung budi buat institusi-institusi berikut yang telah menempah dan menggunakan perkhidmatan kejurulatihan kami:

SESI LATIHAN BAHAS
1. SMK Bandar Baru Seri Petaling
2. SMK Bandar Tun Hussein Onn, Cheras
3. SMK Segambut Jaya
4. SMK Putrajaya Presint 8(1)
5. SM Integrasi Sains Tahfiz MAIWPKL
6. SM Sains Selangor
7. SMK Bandar Baru Sg. Buloh
8. SMK Damansara Utama
9. SAM Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam
10. IPG Kampus Ilmu Khas, Cheras

SESI LATIHAN PIDATO
1. SM Sains Selangor
2. SK Dr. Sulaiman, Tampin
3. SK Bandar Teknologi Kajang

SESI BENGKEL BAHAS
1. SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor
2. SM Sains Batu Pahat
3. SMKA Tun Ahmadshah, Kota Kinabalu
4. Politeknik Mukah Sarawak
5. SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi
6. SMK Putrajaya Presint 16(1)
7. SMK Lawas, Sarawak
8. Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan
9. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
10. SMK Kabong, Sarawak

PENGANJURAN PERTANDINGAN DEBAT
1. SM Sains Batu Pahat - Debat Junior SEHEBAT
2. SM Sains Selangor - Debat Persahabatan 4 Penjuru
3. SMK PP 8(1) - Debat Persahabatan 12 Penjuru
4. IPGK Ilmu Khas - Debat Terbuka IPIK (DeTIK)
5. SMK Damansara Utama - Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Antara Sekolah Kluster
6. SBPI Gombak - Debat Tunas Muda INTEGOMB

SESI KUNJUNGAN HORMAT
1. Universiti Pendidikan Sultan Idris
2. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh

Diharapkan agar ukhuwah dan kerjasama yang terjalin dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang. Terima kasih atas kepercayaan dan komitmen padu yang diberikan bagi menjayakan pelbagai program ini.

Semoga tahun 2016 bakal memberikan kejayaan yang lebih bermakna buat semua. InsyaAllah.

Wednesday, November 18, 2015

PERTANDINGAN DEBAT JUNIOR SEHEBAT 2016 - Deskripsi Usul Pertandingan

Pusingan Awal 1
Tema : SUKAN
Skop : MUTU BOLA SEPAK

"Sejak akhir-akhir ini, pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia mengalami kemerosotan baik dari segi prestasi, kualiti permainan atau daya saing sepasukan. Meskipun pelbagai langkah proaktif mahupun remedial telah diambil, namun mutu bola sepak Malaysia masih lagi berada di takuk lama, ibarat hanya jaguh kampung semata-mata. Namun begitu, keadaan ini jauh berbeza dengan prestasi memberangsangkan yang ditunjukkan oleh skuad bola sepak kebangsaan negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam malah Cambodia sekalipun. Persaingan skuad-skuad ini cukup sengit bukan sahaja di medan bola sepak serantau malah juga di peringkat antarabangsa. Persoalannya, apakah yang telah pihak pengurusan bola sepak di negara-negara ini lakukan sehingga berjaya meningkatkan mutu bola sepak negara masing-masing? Dan apa lagi yang Malaysia belum lakukan agar mampu bersaing setaraf dengan gergasi bola sepak serantau dan antarabangsa?"

Pusingan Awal 2
Tema : TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI
Skop : PENGGUNA INTERNET

"Kecenderungan ramai pengguna Internet untuk menyalahgunakan pelbagai jenis media sosial bagi tujuan memenuhi kepentingan diri turut mendapat perhatian serius pihak kerajaan. Ada yang bertindak suka menyebarkan sesuatu isu (viral) tanpa mengkaji benar palsunya. Ada juga yang menjadikan media sosial sebagai medan penyebaran fitnah dan provokasi melampau. Malah tidak kurang juga yang menjadikan media sosial sebagai medium untuk menyuburkan propaganda yang sesat lagi menyesatkan. Namun begitu, di sebalik perkara-perkara negatif ini, ada juga segelintir pihak yang memanfaatkan sepenuhnya sisi positif media sosial ini bagi tujuan kebaikan. Contohnya, dalam meningkatkan kualiti pendidikan secara maya, perniagaan atas talian, meningkatkan hubungan sosial secara positif dan sebagainya. Pendek kata, penggunaan media sosial ini amat berkait rapat dengan niat dan tujuan sebenar para pengguna Internet itu sendiri."

Pusingan Awal 3
Tema : SAINS
Skop : KEMANDIRIAN BUMI

"Secara antropologinya, usia Bumi sudah pun mencecah 4.5 juta tahun. Dalam jangkamasa sebegitu, kepadatan penduduk Bumi semakin meningkat sehinggakan dicatatkan pada tahun 2015, direkodkan populasi penduduk Bumi mencapai kira-kira 7.2 billion orang. Negara China dihuni oleh 1.36 billion penduduk, iaitu 18.8% daripada populasi dunia. India di tangga kedua dengan 1.25 billion penduduk (17.2%) dan negara jiran, Indonesia pula menduduki tempat keempat dengan jumlah penduduk seramai 255 juta orang (3.5%). Sememangnya dalam situasi kepadatan penduduk yang kian meningkat kini, pelbagai impak telah dapat dilihat terhadap kemandirian Bumi. Namun begitu, kebimbangan para pemimpin dunia dan masyarakat saintis antarabangsa adalah keupayaan Bumi menampung sebegitu ramai jiwa. Maka, apakah usaha masyarakat antarabangsa untuk menangani masalah ini? Sehinggakan timbul cadangan baru untuk manusia meneroka kesesuaian Bulan dan planet-planet agar dapat dijadikan kediaman yang baru."

Pusingan Awal 4
Tema : PENDIDIKAN
Skop : PERKEMBANGAN DIRI KANAK-KANAK

"Di Malaysia (dan kebanyakan negara lainnya), Subseksyen 29A(2), Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002) telah memperuntukkan bahawa Menteri boleh, 'Jika difikirkan wajar dan demi kepentingan murid atau awam untuk berbuat demikian', melalui perintah yang disiarkan dalam warta, mengecualikan mana-mana murid atau mana-mana golongan murid yang dikehendaki supaya mengikuti pendidikan wajib, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya dan patut dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian itu atau membatalkan atau menambah syarat-syarat itu."

Pusingan Awal 5
Tema : ALAM SEKITAR
Skop : PENCEMARAN

"Kebelakangan ini, pencemaran alam sekitar kian berleluasa di bumi kita ini. Bukan sahaja tanah ditarah dengan rakus, sumber air dicemari pelbagai kotoran, udara dilitupi jerebu dan asap tercemar malah hutan belantara dan lautan samudera diteroka tanpa belas ihsan. Namun apakah yang menjadi punca kepada semua kebobrokan ini? Adakah sikap manusia yang terlalu tamak? Atau salah pembangunan yang terlalu pesat? Mahupun tanggapan bahawa alam sekitar bukan lagi satu amanah tetapi hanya anugerah?"

Peringkat Suku Akhir
Tema : KEMERDEKAAN
Skop : SUBJEK SEJARAH

"Dalam konteks pembinaan tamadun manusia, kepentingan subjek Sejarah sebagai mekanisme pendidikan utama telah disuarakan sekian lama oleh pelbagai pihak. Wang Gung Wu umpamanya telah mengangkat martabat Sejarah dari sudut kepentingan memperingati masa lalu khususnya dalam membentuk keperibadian sesuatu kumpulan, puak atau kelompok masyarakat. Menurut Sartono Kartodirdjo pula, pendidikan Sejarah berperanan sebagai alat menyuburkan keprihatinan sesebuah bangsa terhadap jatuh bangunnya bangsa dan negara mereka. Dengan keprihatinan sebegitu, maka secara tidak langsung dapat membentuk sikap bertanggungjawab seseorang warganegara itu terhadap kesejahteraan negaranya."

Peringkat Separuh Akhir
Tema : SAINS
Skop : NILAI KREATIVITI

"Otak merupakan antara organ terpenting yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada manusia bagi tujuan berfikir dan mentafsir. Kemampuan berfikir seseorang itu tidaklah bergantung kepada saiz atau berat jisim otak fizikalnya tetapi pada sel-sel neuron yang terkandung di dalam organ berkenaan. Orang yang jarang berfikir secara paling minimumnya mempunyai sejumlah 10 billion sel. Setiap satu sel berhubungan dengan sel saraf yang lain. Orang yang rajin berfikir pula mempunyai sehingga 1 trillion sel. Semakin kerap kita berfikir, semakin banyaklah sel-sel otak yang terbentuk. Setiap sel otak mempunyai keupayaan tersendiri sehingga membolehkan otak menampung sekurang-kurangnya 120 kemahiran. Malangnya, kebanyakan manusia hanya menggunakan 5 hingga 10% sahaja daripada keupayaan otak mereka."

Pertandingan Akhir
Tema : KEADILAN SEJAGAT
Skop : GERAKAN MASSA

"Dengan memiliki kuasa yang hebat, hadir bersama tanggungjawab yang berat. - Benjamin Parker."

"With great power, comes great responsibility. - Benjamin Parker."


Nota Penting

1. Senarai usul rasmi bagi setiap pusingan awal, suku akhir dan separuh akhir akan diumumkan menerusi blog ini pada hari Isnin, 29 Februari 2016.

2. Usul rasmi bagi pertandingan akhir akan diumumkan sebaik sahaja tamat peringkat separuh akhir pada pukul 1.00 petang, Sabtu, 2 April 2016.

Tuesday, October 27, 2015

PERTANDINGAN DEBAT TUNAS MUDA INTEGOMB 2015

Debat Tunas Muda INTEGOMB. 24-25 Oktober 2015. SBP Integrasi Gombak

Johan Debat Tunas Muda 2015
- Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK)
Naib Johan Debat Tunas Muda 2015
- The Malay College Kuala Kangsar (MCKK)
Kedudukan Pasukan Selepas Pusingan Awal
Jadual Pusingan Menang Mara
Kedudukan Pendebat Terbaik Keseluruhan

Saturday, October 10, 2015

PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA KALI KE-31 PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2015







(ATAS, DARI KIRI) Selangor, Melaka, Johor, Kedah, Sarawak, Perak, Pahang, Labuan.
(BAWAH, DARI KIRI) Kuala Lumpur, Sabah, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Putrajaya, Perlis
Keputusan Rasmi Pertandingan Akhir Pidato Piala Diraja Kali Ke-31 Peringkat Kebangsaan 2015

Kategori Sekolah Menengah

JOHAN
Shafiqah Fasiha binti Ahmad Safri
Sekolah Menengah Sains Selangor
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

NAIB JOHAN
Muhammad Afif Nazhan bin Mohd Hasni
Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh
Perak Darul Ridzuan

KETIGA
Khairunisa binti Jaffri
Sekolah Menengah Sains Labuan
Wilayah Persekutuan Labuan

SAGUHATI (menurut kedudukan selepas separuh akhir)

Abdullah bin Nurdin (4)
SMK Baru, Miri, Sarawak

Nur Shafikah binti Mohd Aris (5)
Kolej Tunku Khursiah, Negeri Sembilan

Nurlyana binti Ezani (6)
SMK Taman Ehsan, Gombak, Selangor

Siti Nur Alia binti Safri (7)
SMKA Sharifah Rodziah, Melaka

Nur Najwa binti Hussein (8)
SMK Rompin Permai, Pahang

Muhammad Asrul Haziq bin Anuar (9)
SMK Dato' Penggawa Barat, Johor

Diana David (10)
SMK Bingkor, Keningau, Sabah

Nisa Nurlaili binti Hairi (11)
SMK Dato' Mahmud Paduka Raja 2, Kelantan

Nur Qareena binti Mohd Ramlee (12)
SMK Putrajaya Presint 8(1), WP Putrajaya

Muhammad Ridhwan bin Abdul Halim (13)
Kolej Sultan Abdul Hami, Kedah

Saidatul Umaira binti Mohd (14)
SM Sains Kuala Terengganu, Terengganu

Aimi Nadirah binti Zaidi (15)
SMK Perlis, Kangar, Perlis

Nurul Anis binti Amral (16)
SMK Abdullah Munsyi, Pulau Pinang


Kategori Sekolah Rendah

JOHAN
Ayuni Hazirah binti Daniel Liting
Sekolah Kebangsaan Agama Sarikei
Sarawak

NAIB JOHAN
Muhammad Hafiz Bukhari bin Mohd Khadari
Sekolah Kebangsaan Temoh
Perak Darul Ridzuan

KETIGA
Nor Atikah Ayuni binti Mohd Oslanie
Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas
Pulau Pinang

SAGUHATI (menurut kedudukan selepas separuh akhir)

Muhamad Hafiz bin Iskandar (4)
SK Malau, Jitra, Kedah

Puteri Alia Nabila binti Halim (5)
SK Kota Kulai 2, Johor

Siti Fikriyah binti Sulaiman (6)
SK Kapar, Klang, Selangor

Siti Sufiah binti Sekeri (7)
SK Dato' Hashim 2, Kelantan

Mohd Akif bin Alias (8)
SK Durian Mas 2, Dungun, Terengganu

Farah Adibah binti Md Isa (9)
SK Tanjung Minyak, Melaka

Sri Raam a/l Gunalingan (10)
SK Sri Bintang Utara, Kuala Lumpur

Michelle Chang Li Ping (11)
SJKC Chi Wen, Labuan

Khairuzan Khabir bin Wakimin (12)
SK Kauluan, Ranau, Sabah

Qistina Balqis binti Dzulkafli (13)
SK Pekan Jaya, Pekan, Pahang

Wan Nur Nafisah binti Junaidi (14)
SK Putrajaya Presint 16(2), Putrajaya

Tengku Amalia Aisya binti Tengku Mohd Yusoff (15)
SK Jejawi, Perlis

Firdaus Izzudin bin Mohd Shahir (16)
SK Taman Tuanku Jaafar 2, Negeri Sembilan


Tahniah buat semua peserta dan para pemenang!

Setinggi-tinggi penghargaan buat Saudari Shafiqah Fasiha Ahmad Safri (Johan Pidato Kategori Sekolah Menengah), Cikgu Nor Azwa Bunyamin dan seluruh warga SM Sains Selangor atas kejayaan yang cukup gilang-gemilang ini. Semoga Allah terus merahmati!

Thursday, September 24, 2015

PERTANDINGAN DEBAT TUNAS MUDA INTEGOMB 2015


Pertandingan Debat Tunas Muda INTEGOMB 2015
Sabtu & Ahad, 24 & 25 Oktober 2015, SBPI Gombak.

Penyertaan terbuka kepada pasukan debat Bahasa Melayu daripada semua sekolah menengah. 

Setiap pasukan diwakili oleh 3 orang pendebat (pelajar menengah rendah, Form 1-3 sahaja) & seorang guru pengiring. Setiap sekolah dibenarkan secara maksimumnya untuk menghantar sehingga 2 buah pasukan debat Bahasa Melayu.

Penginapan, makan-minum dan sijil penyertaan akan disediakan. Urusan pengangkutan adalah atas tanggungjawab sekolah masing-masing.

Kuota Penyertaan : 12 pasukan debat BM
Yuran Penyertaan : RM300.00 sepasukan
Format : Bahas Ala Parlimen, sistem power match

Tentatif Program

Hari Pertama : Sabtu, 24 Oktober 2015
0800 - 0930 : Pendaftaran Pasukan
0930 - 1030 : Sesi Taklimat Pertandingan
1030 - 1100 : Minum Pagi
1100 - 1300 : Pusingan Awal 1
1300 - 1400 : Makan Tengah Hari
1400 - 1600 : Pusingan Awal 2
1600 - 1630 : Minum Petang
1630 - 1830 : Pusingan Awal 3
1900 - 2000 : Makan Malam
2000 - 2200 : Pusingan Awal 4

Hari Kedua : Ahad, 25 Oktober 2015
0730 - 0800 : Sarapan
0800 - 1000 : Peringkat Suku Akhir
1000 - 1030 : Minum Pagi
1030 - 1230 : Peringkat Separuh Akhir
1230 - 1400 : Makan Tengah Hari
1400 - 1600 : Pertandingan Akhir
1600 - 1630 : Majlis Perasmian Penutup
1700 - 1800 : Daftar Keluar Penginapan

Edaran Surat Jemputan : 12 - 16 Oktober 2015
Pengumuman Senarai Usul : 16 Oktober 2015
Tarikh Tutup Penyertaan : 20 Oktober 2015
Pembayaran Yuran : 24 Oktober 2015

Senarai Usul Pertandingan

Pusingan Awal 1 :
SEKOLAH SATU ALIRAN JAWAPAN KEPADA MASALAH PERPADUAN.

Pusingan Awal 2 :
ATLIT MALAYSIA MAMPU MERAIH PINGAT EMAS OLIMPIK.

Pusingan Awal 3 :
PROGRAM REALITI TV MAMPU MELAHIRKAN BAKAT MUDA BERKUALITI.

Pusingan Awal 4 : 
ADAT TRADISI MENGHALANG KEMAJUAN.

Peringkat Suku Akhir :
JEREBU DAPAT DIBENDUNG JIKA UNDANG-UNDANG LEBIH KETAT.

Peringkat Separuh Akhir :
'PAHLAWAN PAPAN KEKUNCI' (KEYBOARD WARRIORS) WAJAR DIHUKUM PENJARA.

Pertandingan Akhir :
BEBAN KERJA RUMAH PUNCA HILANGNYA KESERONOKAN BELAJAR.

Penyertaan Pasukan (setakat 10 Oktober 2015)
1. SBP Integrasi Gombak (INTEGOMB A)
2. SBP Integrasi Gombak (INTEGOMB B)
3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR A)
4. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR B)
5. Sekolah Tun Fatimah, Johor (STF A)
6. Sekolah Tun Fatimah, Johor (STF B)
7. SAM Muhammadiah, Sabak (SAMONE)
8. SM Agama Persekutuan Kajang (SMAPK)
9. The Malay College Kuala Kangsar (MCKK A)
10. The Malay College Kuala Kangsar (MCKK B)
11. Sekolah Sultan Alam Shah (SAS A)
12. Sekolah Sultan Alam Shah (SAS B)

Nota : Pasukan ke-13 dan seterusnya akan diletakkan dalam senarai menunggu. Sekiranya ada pasukan yang menarik diri, maka pasukan dalam senarai menunggu akan menggantikannya.

Info selanjutnya akan dimaklumkan kemudian.

Bagi yang berminat untuk menyertai, sila mesej butiran berikut ke inbox fb saya @ sms saya;

a) Nama & Alamat Lengkap Institusi
b) No. Faks (bagi tujuan surat jemputan)
c) Nama & No. HP Guru Pembimbing

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada;
En. Harmi bin Mohammad Jamil
Emel : mjharmi@yahoo.com
HP : 012-2154945 (sms amat digalakkan)

Friday, September 11, 2015

PAKEJ SESI LATIHAN & BENGKEL BAHAS & PIDATO 2016

PAKEJ
KANDUNGAN PAKEJ
BAHAS
PIDATO
A

SESI LATIHAN
10 jam @ 5 sesi
Bahas : 8 orang pelajar
Pidato : 2 orang pelajar

RM 1000.00
RM 800.00
B

SESI LATIHAN
16 jam @ 8 sesi
Bahas : 8 orang pelajar
Pidato : 2 orang pelajar

RM 1500.00
RM 1000.00
C

SESI LATIHAN
24 jam @ 12 sesi
Bahas : 8 orang pelajar
Pidato : 2 orang pelajar

RM 2000.00
RM 1200.00
D

BENGKEL
4 jam @ Separuh Hari
Bahas : 30-50 orang pelajar
Pidato : 30-50 orang pelajar

RM 1200.00
RM 1200.00
E

BENGKEL
6 jam @ Sehari
Bahas : 30-50 orang pelajar

RM 1800.00
-

Nota : Semua pakej ini TIDAK TERMASUK kos logistik yang dikira secara berasingan bergantung kepada lokasi dan perjalanan program (kos logistik melibatkan penambahan 10% hingga 30% daripada harga pakej). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya di talian 012-215 4945 (sms amat digalakkan).

Thursday, April 16, 2015

Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan 2015

Tarikh : 25-28 Mei 2015
Tempat : Pulau Pinang

Senarai Sekolah Wakil Negeri 2015 (berdasarkan rekod sejak 2012)

PERLIS - tiada maklumat terkini

KEDAH - SMK Sik, Baling (pertama kali)

PULAU PINANG - tiada maklumat terkini

PERAK - SMK Taman Tasik, Taiping (wakil negeri 2012 & 2014)

SELANGOR - SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (pertama kali)

KUALA LUMPUR - SMK Zon R1 Wangsa Maju (wakil negeri 2014)

PUTRAJAYA - SMK Putrajaya Presint 8(1) (pertama kali)

NEGERI SEMBILAN - SMKA Dato' Hj. Abu Hassan Hj. Sail (wakil negeri 2012 & 2014)

MELAKA - pertandingan peringkat negeri 21-22 April

JOHOR - SMKA Maahad Pontian (pertama kali)

PAHANG - SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan (wakil negeri 2013 & 2014)

TERENGGANU - SM Imtiaz Dungun (pertama kali)

KELANTAN - Maktab Sultan Ismail (wakil negeri 2014)

SABAH - SMKA Tun Said, Kota Belud (wakil negeri 2012, 2013 & 2014)

SARAWAK - SMK Long Lama, Miri (pertama kali)

LABUAN - SMK Pantai (wakil negeri 2012)

Statistik
Wakil Baru - 6 buah negeri
Wakil Lama - 7 buah negeri
Tiada Info - 3 buah negeri

Thursday, April 2, 2015

KUMPULAN BAHAS BAHASA MELAYU HKSBP 2015

Pertandingan Bahas Bahasa Melayu HKSBP Piala Perdana Menteri 2015
21-26 Mei 2015, Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, Johor Darul Ta'azim

KUMPULAN A
A1 : MCKK (The Malay College Kuala Kangsar)
A2 : SEMASHUR (SM Sains Hulu Selangor)
A3 : SAKTI (SM Sains Kota Tinggi)
A4 : BRaINS (SBPI Batu Rakit)
A5 : SAINSKU (SM Sains Kuching)

KUMPULAN B
B1 : SMSSI (SM Sains Sultan Iskandar)
B2 : SMSSMJ (SM Sains Sultan Muhammad Jiwa)
B3 : INTEK (SBPI Kuantan)
B4 : SMSL (SM Sains Labuan)

KUMPULAN C
C1 : SASER (SM Sains Tuanku Munawir)
C2 : SMSGM (SM Sains Gua Musang)
C3 : SMACH (SM Sains Machang)
C4 : SMSLD (SM Sains Lahad Datu)

KUMPULAN D
D1 : SEMSAH (SM Sultan Abdul Halim)
D2 : SSP (Sekolah Seri Puteri)
D3 : SGS (SM Sains Perempuan Seremban)
D4 : SESMA (SM Sains Sultan Mahmud)

KUMPULAN E
E1 : SABDA (SM Sains Bagan Datoh)
E2 : SEPINTAR (SBPI Rawang)
E3 : SMSJ (SM Sains Johor)
E4 : MOZAC (SM Sains Muzaffar Shah)
E5 : SMSD (SM Sains Dungun)

KUMPULAN F
F1 : KISAS (Kolej Islam Sultan Alam Shah)
F2 : SEMESTI (SM Sains Teluk Intan)
F3: SBPIS (SBPI Selandar)
F4 : SAIS (SM Sains Setiu)

KUMPULAN G
G1 : SMSTSP (SM Sains Tuanku Syed Putra)
G2 : KUSESS (SM Sains Kuala Selangor)
G3 : SDAR (Sekolah Dato' Abdul Razak)
G4 : SHAH (SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan)

KUMPULAN H
H1 : TKC (Kolej Tunku Khursiah)
H2 : KUPSIS (SBPI Kubang Pasu)
H3 : INTEGOMB (SBPI Gombak)
H4 : SAHUT (SM Sains Hulu Terengganu)
H5 : SEMSAS

KUMPULAN I
I1 : MTD (Maktab Tentera Diraja)
I2 : SESTA (SM Sains Tapah)
I3 : INTEJ (SBPI Jempol)
I4 : SEMESTA (SM Sains Tengku Abdullah, Raub)
I5 : SAKURA (SM Sains Kuching Utara)

KUMPULAN J
J1 : SMESH (SM Sains Sabah)
J2 : SAINA (SM Sains Pokok Sena)
J3 : SMSS (SM Sains Selangor)
J4 : SMAPL (SM Agama Persekutuan Labu)

KUMPULAN K
K1 : SEHEBAT (SM Sains Batu Pahat)
K2 : KEBSAS (SM Sains Kepala Batas)
K3 : SESERI (SM Sains Seri Puteri)
K4 : SMSTMFP (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra)

KUMPULAN L
L1 : INTESABER (SBPI Sabak Bernam)
L2 : IGOP (SBPI Gopeng)
L3 : STF (Sekolah Tun Fatimah)
L4 : INSTAR (SBPI Tun Abdul Razak)

KUMPULAN M
M1 : STAR (Sekolah Tuanku Abdul Rahman)
M2 : BASIS (SM Sains Banting)
M3 : SASEM (SM Sains Sembrong)
M4 : JESS (SM Sains Jeli)

KUMPULAN N
N1 : SMSPP (SM Sains Pasir Putih)
N2 : SERATAS (SM Sains Raja Tun Azlan Shah)
N3 : ASIS (SM Sains Alam Shah)
N4 : SAMURA (SM Sains Muar)
N5 : SESTER (SM Sains Terengganu)

KUMPULAN O
O1 : SAS (Sekolah Sultan Alam Shah)
O2 : IKUPS (SBPI Kubang Pasu)
O3 : SEMESRA (SM Sains Rembau)
O4 : SUPERB (SM Agama Persekutuan Bentong)

KUMPULAN P
P1 : SMAPK (SM Agama Persekutuan Kajang)
P2 : SMSTSSS (SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin)
P3 : STJ (SM Sains Tuanku Jaafar)
P4 : SBPIT (SBPI Temerloh)
P5 : SAINSRI (SM Sains Miri)

Friday, March 27, 2015

PERTANDINGAN DEBAT JUNIOR SEHEBAT 2015




MAKLUMAT AM
Tarikh Pertandingan : Jumaat - Ahad, 3 - 5 April 2015
Lokasi Pertandingan : Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, Johor Darul Takzim
Yuran Penyertaan : RM300.00 sepasukan
Jumlah Pasukan : 8 buah pasukan
Setiap pasukan diwakili oleh 4 orang pembahas dan 2 orang pengiring.
Setiap pasukan wajib menyenaraikan 2 orang peserta Tingkatan 1 dan 2 orang peserta Tingkatan 2.
Dua orang pengiring pula terdiri daripada seorang guru bertanggungjawab dan seorang pembimbing (sama ada jurulatih, guru, pelajar menengah atas atau bekas pelajar).

PENYERTAAN 8 BUAH PASUKAN BERTANDING

1. Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, Johor (SEHEBAT)
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah, Sabah (TUNAS)
3. Sekolah Sultan Alam Shah, W.P. Putrajaya (SAS)
4. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar, Johor (MAAHAD MUAR)
5. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak (STAR)
6. Sekolah Tun Fatimah, Johor (STF)
7. Sekolah Dato' Abdul Razak, Negeri Sembilan (SDAR)
8. Maktab Rendah Sains Mara Batu Pahat, Johor (MRSMBPJ)

TENTATIF PROGRAM
Jumaat, 3 April 2015
2.00 petang – 6.00 petang
Sesi Pendaftaran Pasukan
Daftar Masuk Penginapan
6.30 petang – 7.30 malam
Makan Malam
8.00 malam – 9.30 malam
Sesi Taklimat Peserta
Undian Pertandingan
9.30 malam – 10.30 malam
Sesi Taklimat Hakim
10.30 malam – 11.00 malam
Minum Malam

Sabtu, 4 April 2015
7.00 pagi – 8.00 pagi
Sarapan
8.00 pagi – 10.00 pagi
Pusingan Awal 1
10.00 pagi – 11.00 pagi
Minum Pagi
11.00 pagi – 1.00 petang
Pusingan Awal 2
1.00 petang – 2.00 petang
Rehat/Makan Tengah Hari/Solat Zohor
2.30 petang – 6.30 petang
Lawatan
6.30 petang – 7.30 malam
Makan Malam
8.00 malam – 10.00 malam
Pusingan Awal 3
10.00 malam – 10.30 malam
Minum Malam

Ahad, 5 April 2015
7.00 pagi – 8.00 pagi
Sarapan
8.00 pagi – 10.00 pagi
Peringkat Separuh Akhir
10.00 pagi – 11.00 pagi
Minum Pagi
11.00 pagi – 12.30 tengah hari
Pertandingan Akhir
12.30 tengah hari – 1.30 petang
Majlis Perasmian Penutup
1.30 petang – 2.30 petang
Makan Tengah Hari/Solat Zohor
3.00 petang – 4.00 petang
Daftar Keluar Penginapan

JADUAL PERTANDINGAN

PUSINGAN AWAL 1
Sabtu, 4 April 2015
8.00 pagi – 10.00 pagi

USUL

MALAYSIA MAMPU MENGANJURKAN SUKAN OLIMPIK.

KOD
KERAJAAN
PEMBANGKANG
SIDANG
P1
A
B
1
P2
C
D
2
P3
E
F
3
P4
G
H
4

PUSINGAN AWAL 2
Sabtu, 4 April 2015
11.00 pagi – 1.00 petang

USUL

GST MENGUNTUNGKAN.

KOD
Peranan akan diundi sebelum sesi kuarantin.
SIDANG
P5
MENANG P1
KALAH P2
1
P6
MENANG P3
KALAH P4
2
P7
KALAH P1
MENANG P2
3
P8
KALAH P3
MENANG P4
4

PUSINGAN AWAL 3
Sabtu, 4 April 2015
8.00 malam – 10.00 malam

USUL

AKTA KEHARMONIAN KAUM PERLU DIWUJUDKAN.

KOD
Peranan akan diundi sebelum sesi kuarantin.
SIDANG
P9
S
MENANG P6
X
KALAH P7
1
P10
U
MENANG P8
V
KALAH P5
2
P11
R
MENANG P5
Y
KALAH P8
3
P12
T
MENANG P7
W
KALAH P6
4

NOTA:
Selepas tamatnya 3 pusingan awal, pasukan yang memenangi P9, P10, P11 dan P12 akan layak ke peringkat separuh akhir seperti berikut:

PUSINGAN SEPARUH AKHIR
Ahad, 5 April 2015
8.00 pagi – 10.00 pagi

USUL

UPSR WAJAR DIMANSUHKAN.

KOD
KERAJAAN
PEMBANGKANG
SIDANG
P13
Pemenang P9
Pemenang P10
1
P14
Pemenang P11
Pemenang P12
2

PERTANDINGAN AKHIR
Ahad, 5 April 2015
11.00 pagi – 12.30 tengah hari

USUL

KANAK-KANAK PATUT DIBERI
HAK MENGUNDI DALAM PILIHANRAYA

KOD
KERAJAAN
PEMBANGKANG
SIDANG
P15
Pemenang P13
Pemenang P14
Dewan Besar

PUSINGAN AWAL 1
TEMA : PENGANJURAN SUKAN BERTARAF ANTARABANGSA

Sukan Olimpik Musim Panas yang pertama kalinya dianjurkan pada tahun 1896 merupakan temasya sukan pelbagai acara terulung di dunia. Temasya sukan ini telah banyak berevolusi daripada sekadar 42 buah acara dengan lebih kurang 250 orang atlet mewakili 14 buah negara kepada 300 buah acara pelbagai disiplin sukan dengan penyertaan lebih 10,000 orang atlet dari 205 buah negara di seluruh dunia. Sukan Olimpik Musim Panas 2008 yang dihoskan oleh Beijing menerima kunjungan 10,500 orang atlet yang bertanding dalam 302 buah acara sukan.

Amerika Syarikat pernah menganjurkan 4 kali Sukan Olimpik Musim Panas, paling banyak dalam kalangan tuan-tuan rumah yang lain. United Kingdom pula mengelolakan Sukan Olimpik 2012, iaitu kali ketiga London menjadi hosnya. Australia, Perancis, Jerman dan Greece pernah menganjurkannya sebanyak dua kali. Negara-negara lain yang pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas adalah Belgium, China, Kanada, Finland, Itali, Jepun, Mexico, Belanda, Korea Selatan, Sepanyol, Soviet Union dan Sweden. Pada tahun 2016, Rio de Janeiro, Brazil akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2016 dan kemudiannya disusuli oleh Tokyo, Jepun pada tahun 2020 kelak.

PUSINGAN AWAL 2
TEMA : PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI NEGARA

GST mula-mula diperkenalkan di Perancis pada tahun 1954 oleh Maurice Laure untuk menggantikan sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbangkan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.

GST merupakan sejenis cukai penggunaan berasaskan konsep nilai tambah dan diambil kira dalam setiap peringkat urus niaga. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa ke atas cukai. Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekalkan melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan.

PUSINGAN AWAL 3
TEMA : PENGUKUHAN ASPEK KEHARMONIAN NEGARA

Malaysia tidak terlepas daripada pelbagai ancaman yang boleh menggugat keselamatan dan kesejahteraan negara. Antara bentuk ancaman yang dihadapi di negara kita termasuklah tindakan subversif, keganasan, ektremisme, sabotaj, pencerobohan dan lain-lain bentuk ancaman yang dapat menghakis keamanan negara. Sebagai contoh, ancaman pengganas komunis, kumpulan militan, puak pelampau agama mahupun kumpulan-kumpulan yang telah diharamkan.

Sebagai sebuah negara majmuk, Malaysia sentiasa berhadapan dengan kemungkinan berlakunya insiden perselisihan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan keselamatan negara. Insiden 13 Mei 1969, peristiwa Kampung Medan (4 Mac 2001) dan insiden Kampung Rawa, Pulau Pinang (27 Mac 1998) merupakan contoh-contoh insiden pertelagahan kaum di negara kita. Tambahan pula, kini elemen pertelagahan ini kian berleluasa di alam maya menerusi provokasi dan konfrontasi melampau yang banyak menyentuh sensitiviti perkauman di Malaysia.

SUKU AKHIR
TEMA : TABIAT PEMAKANAN GENERASI MUDA

Malaysia menduduki tempat keenam di rantau Asia Pasifik bagi masalah obesiti dan mendahului senarai di Asia Tenggara untuk masalah obesiti dan kencing manis.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya baru-baru ini berkata bahawa terdapat kira-kira 3 juta rakyat Malaysia yang mengalami lebihan berat badan dan bilangannya semakin meningkat dalam situasi apabila kira-kira 5 juta individu menderita pelbagai peringkat penyakit kencing manis.

Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia, Prof. Dr. Mohd Ismail Noor pula berkata situasi masa kini cukup membimbangkan sehingga langkah-langkah pencegahan perlu dimulakan segera memandangkan generasi muda dan kanak-kanak Malaysia sudah mula mengalami masalah berat badan sedari kecil lagi. Selain aspek pemakanan yang kurang sihat, gaya hidup yang tidak aktif banyak menyumbang kepada masalah ini.

SEPARUH AKHIR
TEMA : PEMUPUKAN NILAI INTEGRITI DALAM DUNIA PENDIDIKAN

Pihak polis telah mengambil keterangan daripada 30 individu untuk membantu siasatan berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng dalam satu kenyataan berkata bahawa pihak polis menjangkakan akan ada tangkapan dalam masa terdekat dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid-murid Tahun 6 mendudukinya pada 11 September 2014 manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 pula terpaksa ditangguhkan sebelum mereka sempat mendudukinya pada hari yang sama. Pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia telah menetapkan 30 September 2014 sebagai tarikh baru peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut.

AKHIR
TEMA : HAK ASASI KANAK-KANAK

Konvensyen mengenai hak kanak-kanak (CRC) telah dibentangkan dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 20 November 1989. Dokumen ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak dari sebarang bentuk pengabaian, penderaan dan eksploitasi serta menjamin kanak-kanak untuk mendapatkan hak-hak asasi mereka.

Antara lain, prinsip-prinsip konvensyen ini menggariskan bahawa kanak-kanak tidak seharusnya didiskriminasikan, kanak-kanak mempunyai hak untuk memperoleh kehidupan berkualiti dan perkembangan yang sihat, kepentingan terbaik bagi kanak-kanak hendaklah diberi keutamaan dan kanak-kanak harus diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam semua perkara yang menyentuh kehidupan mereka serta diberi kebebasan untuk menyuarakan pendapat masing-masing.

NOTA:
Deskripsi usul berasaskan tema di atas merupakan panduan bagi memudahkan persediaan pasukan mencari bahan dan membuat kajian. Senarai 6 usul pertandingan yang rasmi akan diumumkan pada hari Isnin, 16 Februari 2015.