Tuesday, March 26, 2013

Belasungkawa : Almarhum Dr. Muhammad Uthman El Muhammady (1943-2013)


Negara dan dunia Islam telah kehilangan tokoh ilmuan yang amat disegani iaitu, Dr. Muhammad Uthman El Muhammady. Dikhabarkan bahawa beliau telah meninggal dunia di kediamannya di ISTAC, Taman Duta kira-kira jam 7.00 malam semalam, 25 Mac 2013. 
Dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan, Dr. Muhammad Uthman merupakan tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkaitan ketamadunan Islam. Buah fikirannya berkaitan hal-ehwal dunia Islam amatlah bernas dan disanjung tinggi oleh ramai pihak.
Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama golongan yang diredhai Allah. Al-Fatihah.

Wednesday, March 20, 2013

Johan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Negeri Kelantan 2013

Pasukan Bahas SMKA Naim Lilbanat - Johan Bahas Negeri Kelantan 2013

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan bahas Bahasa Melayu SMKA Naim Lilbanat atas kejayaan merangkul Johan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Kelantan 2013 pada 20 Mac yang lalu. Dalam pertandingan akhir, SMKA Naim Lilbanat (PPD Kota Bharu) telah menewaskan SMK Kubang Bemban (PPD Pasir Mas) dan akan mewakili negeri Kelantan ke pertandingan bahas kebangsaan yang akan diadakan di Sibu, Sarawak pada awal Julai kelak.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian pasukan bahas SMKA Naim Lilbanat menyertai Program Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Institusi-Institusi Pendidikan Zon Timur 2013 yang telah diadakan di IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu pada 2 Mac 2013 yang lalu. Saya amat menghargai kehadiran pasukan bahas SMKA Naim Lilbanat ini kerana menjadi satu-satunya sekolah dari negeri Kelantan yang menghantar wakil menyertai bengkel berkenaan.

Hanya satu pantun yang boleh menggambarkan situasi kegigihan SMKA Naim Lilbanat ini yang sanggup mengembara jauh semata-mata ingin menuntut ilmu berguna dan mencari pengalaman berharga;

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.  

Alhamdulillah, berkat usaha gigih para pembahas dan sokongan padu guru pembimbing serta dokongan pihak pentadbir sekolah, maka SMKA Naim Lilbanat berjaya muncul sebagai johan pertandingan bahas peringkat negeri Kelantan bagi tahun 2013 ini. Tahniah sekali lagi saya ucapkan.

Benarlah nukilan bahawa 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih' dan pepatah Arab 'man jadda wa jada', sesiapa yang berusaha, pasti dia akan dapat memperoleh hasilnya. Jika SMKA Naim Lilbanat boleh melakukannya, bagaimana pula dengan anda?

Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak 2013

Pertandingan Akhir Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak 2013

Usul : Sains dan Teknologi Pemangkin Modal Insan Cemerlang
Johan : SMK Rosly Dhoby, Sibu (Kerajaan)
Naib Johan : SMK Meradong, Sarikei (Pembangkang)
Pembahas Terbaik : Pembangkang Kedua (SMK Meradong)

Tahniah buat semua pihak yang telah berjaya!

Berikut disenaraikan nama sekolah yang mewakili bahagian masing-masing ke peringkat negeri yang diadakan di Kapit pada 20-22 Mac 2013;

MUKAH : SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Normah, Daro

MIRI : SMK Marudi, Baram

LIMBANG : SMK Kubong

BETONG : SMK Kabong

KUCHING : SMK Bako

BINTULU : SMK Assyakirin

SRI AMAN : SMK Simanggang

SIBU : SMK Rosly Dhoby

KAPIT : SMK Kapit

SAMARAHAN : SMK Wira Penrissen

SARIKEI : SMK Meradong

Monday, March 18, 2013

Keputusan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Tahun 2013 - Terkini

Tarikh pelaksanaan & keputusan rasmi pertandingan akhir peringkat negeri masing-masing;

KEDAH (7 Mac 2013)
Johan : SMK Sg. Kob, Kulim
Naib Johan : SMK Jitra

NEGERI SEMBILAN (16 Mac 2013)
Johan : SMKA Sheikh Hj. Mohd Said, Seremban 1
Naib Johan : Wakil Daerah Jempol

KELANTAN (20 Mac 2013)
Johan : SMKA Naim Lilbanat, Kota Bharu
Naib Johan : SMK Kubang Bemban, Pasir Mas

WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA (21 Mac 2013)
Johan : SMK Putrajaya Presint 11(1)
Naib Johan : SMK Putrajaya Presint 16(1)

SARAWAK (22 Mac 2013)
Johan : SMK Rosly Dhoby, Sibu
Naib Johan : SMK Meradong, Sarikei

PERLIS (tarikh pertandingan akhir belum ditentukan lagi)
SMK Syed Ahmad lwn SMK Derma

JOHOR (2-4 April 2013)
Johan : -belum ada maklumat terkini-
Naib Johan : -belum ada maklumat terkini-

PAHANG (5-7 April 2013)
Johan : -belum ada maklumat terkini-
Naib Johan : -belum ada maklumat terkini-

MELAKA (16-17 April 2013)
Johan : -belum ada maklumat terkini-
Naib Johan : -belum ada maklumat terkini-

Nota: Bagi negeri-negeri lain, belum ada maklumat terkini setakat ini.

Tuesday, March 12, 2013

Kejayaan Pasukan-Pasukan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Malaysia 2013

SMK Bandar Baru Sg. Buloh - Naib Johan Bahas Daerah Gombak 2013
SMK Seri Serdang - Johan Bahas Daerah Petaling Perdana 2013
SMK Bandar Tun Hussein Onn 2 - Johan Bahas Daerah Hulu Langat 2013


Monday, March 11, 2013

Senarai Pasukan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat Negeri Selangor 2013 - Wakil Daerah

Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat Negeri Selangor

Tarikh : April/Mei 2013 (jangkaan)
Lokasi : SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang

SMK Seri Serdang, Petaling Perdana

SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, Hulu Langat

SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sabak Bernam

SMK Bukit Sentosa, Hulu Selangor

SMK Gombak Setia, Gombak

SMK Tengku Ampuan Rahimah, Klang

SMK Seksyen 10, Kota Damansara, Petaling Utama
(maklumat belum disahkan)

SMK Dato' Harun, Kuala Selangor

SMK Telok Datok, Kuala Langat

SAM Sg. Merab Luar, Sepang