Wednesday, March 20, 2013

Johan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Negeri Kelantan 2013

Pasukan Bahas SMKA Naim Lilbanat - Johan Bahas Negeri Kelantan 2013

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan bahas Bahasa Melayu SMKA Naim Lilbanat atas kejayaan merangkul Johan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Kelantan 2013 pada 20 Mac yang lalu. Dalam pertandingan akhir, SMKA Naim Lilbanat (PPD Kota Bharu) telah menewaskan SMK Kubang Bemban (PPD Pasir Mas) dan akan mewakili negeri Kelantan ke pertandingan bahas kebangsaan yang akan diadakan di Sibu, Sarawak pada awal Julai kelak.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian pasukan bahas SMKA Naim Lilbanat menyertai Program Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Institusi-Institusi Pendidikan Zon Timur 2013 yang telah diadakan di IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu pada 2 Mac 2013 yang lalu. Saya amat menghargai kehadiran pasukan bahas SMKA Naim Lilbanat ini kerana menjadi satu-satunya sekolah dari negeri Kelantan yang menghantar wakil menyertai bengkel berkenaan.

Hanya satu pantun yang boleh menggambarkan situasi kegigihan SMKA Naim Lilbanat ini yang sanggup mengembara jauh semata-mata ingin menuntut ilmu berguna dan mencari pengalaman berharga;

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.  

Alhamdulillah, berkat usaha gigih para pembahas dan sokongan padu guru pembimbing serta dokongan pihak pentadbir sekolah, maka SMKA Naim Lilbanat berjaya muncul sebagai johan pertandingan bahas peringkat negeri Kelantan bagi tahun 2013 ini. Tahniah sekali lagi saya ucapkan.

Benarlah nukilan bahawa 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih' dan pepatah Arab 'man jadda wa jada', sesiapa yang berusaha, pasti dia akan dapat memperoleh hasilnya. Jika SMKA Naim Lilbanat boleh melakukannya, bagaimana pula dengan anda?

6 comments:

IMANSHAH said...

Tahniah Naim, sekolah hebat ni.

Harmi bin Mohammad Jamil said...

Setelah bertahun-tahun mencuba, 2013 barulah berjaya. Berkat usaha gigih.

Unknown said...

wow!!!! mesti mantap pasukannya kan? final bahas selangor bila abg harmi? :)

Harmi bin Mohammad Jamil said...

Huhuhu.. pelajar-pelajar Naim ni memang pelajar terpilih, SBT juga tu..

Bahas negeri Selangor belum lagi ditetapkan tarikhnya, mungkin April/Mei kelak.

nizam's daughter said...

Hai. Kami pasukan bahas Melaka-SMKA Sharifah Rodziah. Jumpa di sibu :D

nizam's daughter said...

Hai, kami wakil melaka ke kebangsaan - SMKA Sharifah Rodziah. Jumpa di Sibu :D