Wednesday, July 31, 2013

Johan Pertandingan Pidato Piala DiRaja Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2013

Johan Pidato Piala DiRaja WPKL - Sdr. Muhamad Muhaimin bin Muhd Masri (SMSS)
Para peserta pertandingan pidato mewakili zon masing-masing.
Dari Kiri: Sdr. Ahmad Zulhilmi (SMK Segambut Jaya), Sdr. Muhamad Muhaimin (SM Sains Selangor), Komandan MTD, Penolong Kanan Kokurikulum MTD, Sdr. Ahmad Mustakim (SMK Taman Setiawangsa)
Dari Kiri: Puan Azwa (SMSS), Sdr. Muhaimin, En. Hairul Badarul Shah (MTD) & penulis.
Bersama-sama pelapis pidato SM Sains Selangor - Harith Iman
KEPUTUSAN PERTANDINGAN PIDATO SEKOLAH MENENGAH
30 JULAI 2013, MAKTAB TENTERA DIRAJA, SG. BESI

Johan Pidato Piala DiRaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Muhamad Muhaimin bin Muhd Masri
Sekolah Menengah Sains Selangor

Naib Johan Pidato Piala DiRaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Ahmad Mustaqim bin Nordin
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa

Tempat Ketiga Pidato Piala DiRaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Ahmad Zulhilmi bin Ahmad Zaini
Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya


SENARAI PENYERTAAN SEKOLAH

Muhamad Shafiq bin Md. Ramli
SMK Seri Bintang Selatan

Shahira Amira binti Shaari
SMK Alam Damai

Siti Aisyah binti Mohd Fadly
SMK Segambut

Siti Nurfatiah binti Rosstam
SMK Danau Kota

Nur Aqilah binti Hashim
SMK Dato' Lokman

Nurul Shahila binti Mohammad Yussoff
SMK Bandar Tasik Selatan

Ikhwan Nasir bin Mohamat Tahir
SMK Taman Sri Rampai

Puteri Mariam Diana binti Ahmad Masadik
SMK Taman Tun Dr. Ismail

Farah Sofea binti Razali
SM Sains Seri Puteri

Nurul Dayana binti Mohd Zahari
SMK Padang Tembak

Nurul Syaqira binti Abd Hadi
SMK Dato' Ibrahim Yaacob

Iffah binti Amzan
SMK Seri Saujana

Onnelea Dion Sandosam
SMK Seri Hartamas

Saturday, July 13, 2013

Pertandingan Debat Piala Koperasi SMK Seri Serdang (DEKO V) 2013 - Makluman Awal

Piala Pusingan Debat Koperasi SMKSS
Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera,
Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Kelab Bahasa Melayu Kreatif SMKSS dengan kerjasama Koperasi SMKSS dan konsultan pengucapan awam, MiG-ADCE akan menganjurkan pertandingan debat tahunan menurut ketetapan berikut:

Aktiviti : Pertandingan Debat Piala Koperasi SMKSS 2013 (DEKO V)
Tarikh : 19 hingga 21 Oktober 2013 (Sabtu hingga Isnin)
Lokasi Pertandingan : SMK Seri Serdang, Seri Kembangan.
Lokasi Penginapan : Kolej Serumpun UPM, Serdang 

Secara umumnya, penyertaan hanya terbuka kepada para pelajar menengah rendah (Tingkatan 1, 2 & 3) sahaja. Namun begitu bagi institusi-institusi pendidikan yang hanya mempunyai para pelajar Tingkatan 4 & 5, maka penyertaan hanya dibenarkan untuk pelajar Tingkatan 4 sahaja. Setiap pasukan diwakili oleh tiga (3) orang pembahas sahaja (tanpa pembahas simpanan) dan seorang guru pengiring. Setiap institusi dibenarkan menghantar sama ada satu (1) atau dua (2) buah pasukan debat Bahasa Melayu sahaja.

Senarai Tema Pertandingan (setiap pusingan)
- tema-tema ini bukanlah usul pertandingan tetapi hanyalah skop isu-isu bayangan yang bakal didebatkan dalam setiap pusingan berkenaan.
- senarai usul rasmi pertandingan akan dimaklumkan pada hari Jumaat, 4 Oktober 2013 kelak.

Pusingan Awal 1 (Kump. A, B, C & D)
Tema : Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Pusingan Awal 1 (Kump. E, F, G & H)
Tema : Kecantikan Adalah Hak Milik Setiap Insan

Pusingan Awal 2 (Kump. A, B, C & D)
Tema : Sebuah Janji Ditepati

Pusingan Awal 2 (Kump. E, F, G & H)
Tema : Perjuangan Tidak Pernah Ada Noktahnya

Pusingan Awal 3 (Kump. A, B, C & D)
Tema : Now Everyone Can Fly!

Pusingan Awal 3 (Kump. E, F, G & H)
Tema : Pengguna Prihatin, Hak Terjamin

Pusingan Kedua
Tema : Transformasi Ke Arah Semangat Berdikari

Pusingan Suku Akhir
Tema : Rakyat Didahulukan

Pusingan Separuh Akhir
Tema : Berdiri Sama Tinggi, Duduk Sama Rendah

Pertandingan Akhir
Tema : Pengguna Bijak Manfaatnya Banyak

Yuran penyertaan, syarat pertandingan, tentatif program dan segala maklumat lain akan dimaklumkan menerusi surat jemputan yang akan diedarkan mulai 26 Ogos 2013 kelak. Surat jemputan hanya akan dihantar kepada mana-mana sekolah yang berminat sahaja. Penyertaan terhad kepada 30 buah pasukan yang terawal mendaftar kelak.

Yuran Penyertaan
Pakej A (dengan penginapan) : RM350.00 sepasukan  
- Pakej A hanya untuk 15 buah pasukan sahaja
Pakej B (tanpa penginapan) : RM250.00 sepasukan

Penyertaan dibuka kepada semua sekolah menengah harian (SMK), sekolah swasta, sekolah berasrama penuh (SBP) dan sekolah menengah agama (SMKA/SAM). Surat jemputan akan dihantar kepada sekolah-sekolah berikut (yang telah menyatakan minat untuk menyertai DEKO V 2013);

1. Sekolah Menengah Sains Banting, Selangor.

2. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak. (Pasukan A)
3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak. (Pasukan B)
4. The Malay College Kuala Kangsar, Perak. (Pasukan A)
5. The Malay College Kuala Kangsar, Perak. (Pasukan B)
6. Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras, W.P Kuala Lumpur
7. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras, W.P Kuala Lumpur
8. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad, Melaka
9. Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban
10. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang (Pasukan A)
11. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang (Pasukan B)
12. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling
13. Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Methodist, Kuala Lumpur
14. Sri Ayesha School, Bandar Baru Bangi 
15. Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam
16. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak (Pasukan A)
17. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak (Pasukan B)
18. Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru. 
19. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka. 
20. Sekolah Menengah Seri Al-Amin Bangi, Selangor 
21. Sekolah Menengah Agama Telok Kemang (Pasukan A)
22. Sekolah Menengah Agama Telok Kemang (Pasukan B)
*masih ada 10 kekosongan tempat lagi.

Bagi mendapatkan surat jemputan, bolehlah memaklumkan alamat lengkap sekolah, nombor faksimili sekolah & nama guru pengiring yang bertanggungjawab kepada saya, En. Harmi Mohd Jamil di talian: 012-2154945 (sms amat digalakkan) atau emel: mjharmi@yahoo.com.

Semoga penyertaan anda dalam DEKO V akan dapat memeriahkan lagi edisi pertandingan kali ini. InsyaAllah.

Friday, July 5, 2013

SMK Seri Serdang, Selangor Johan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Tahun 2013

Legasi Debat SMKSS Yang Hebat Berterusan - Johan Kebangsaan 2007, 2011 & terkini 2013
Liputan Media Cetak & Elektronik Sarawak terhadap kejayaan SMKSS
Meneruskan kejuaraan 2007 & 2011 dengan kejuaraan 2013!
Memikul amanah dengan penuh dedikasi & komitmen jitu.
Sibu memang tuan rumah kebangsaan terbaik! Terima kasih Sibu!
Legasi kecemerlangan menjuarai pertandingan bahas kebangsaan diteruskan!
Sokongan padu para pentadbir SMKSS kunci kejayaan pasukan bahas sekolah.
Pasukan Bahas SMKSS - Haziqa, Anis, Safiuddin, Asyraf & Fara

Penghargaan khas buat Puan Pengetua SMKSS & para pentadbir, pihak PIBG & guru-guru SMKSS, pihak JPN Negeri Selangor, PPD Petaling Perdana serta pegawai-pegawai teknikal bahas daerah & negeri (terutamanya buat En. Rosli Ali & Puan Hajah Norliza bt. Md Zaki) - terima kasih atas segala bimbingan, dorongan motivasi, doa & restu semua sehingga membolehkan pasukan bahas SMKSS merangkul kejuaraan buat kali ke-3 sepanjang penampilan 5 kali di peringkat kebangsaan (2007, 2009, 2011, 2012 & 2013).

Setinggi-tinggi tahniah & jutaan terima kasih juga dirakamkan khusus buat Puan Suria Aida Ab. Malek & Puan Zurita bt. Yeh (guru pembimbing) yang telah bertungkus-lumus menguruskan segala keperluan & kebajikan para pelajar sejak awal lagi sehinggalah ke peringkat kebangsaan. Begitu juga, terima kasih diucapkan kepada saudara Kamraj Shanmuganathan atas sokongan padu memotivasikan pasukan SMKSS. Tidak dilupakan buat Ustaz Nazmi bin Jaafar dan anak-anak didiknya di Sekolah Kebangsaan Abang Leman atas keberkatan doa titipan mereka sepanjang masa buat ahli-ahli pasukan bahas SMKSS.

Penghormatan terbesar & penghargaan tertinggi saya tujukan secara ikhlasnya kepada barisan pembahas SMKSS - Nur Haziqa, Anis Shakinah, Ahmad Safiuddin, Muhammad Amirul Asyraf, Nur Fara Fadilah, Janaarthanan, Muhammad Hazimi, Mohd Haikal Rashydan, Danial Fikhry & Ahmad Akmal - atas komitmen padu, disiplin diri, dedikasi jitu & semangat altruisme yang membakar di jiwa masing-masing. Syukur ke hadrat Allah Taala kerana telah mengurniakan kepada saya, adik-adik yang sudi berjuang bersama-sama, menikmati perit jerit & liku-liku perjuangan, merasai jatuh bangunnya pasukan sehingga berjaya menjadi Johan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2013 - Legasi Kehebatan Debat SMKSS Terus Meluncur Kegemilangan!

Berikut merupakan kronologi pertandingan yang melibatkan SMK Seri Serdang di peringkat kebangsaan:

Awal : Aktiviti Kesukarelawan Meningkatkan Integriti Belia.
Kerajaan : SMK Seri Serdang, Selangor
Pembangkang : SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan, Pahang
Keputusan : Usul diterima.
Pembahas Terbaik : Anis Shakinah (Selangor)

Suku Akhir : Globalisasi Membentuk Remaja Kreatif & Kritis.
Kerajaan : SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban, Negeri Sembilan
Pembangkang : SMK Seri Serdang, Selangor
Keputusan : Usul ditolak.
Pembahas Terbaik : Ahmad Safiuddin (Selangor)

Separuh Akhir : Inovasi Melonjakkan Kemakmuran Negara.
Kerajaan : SMK Seri Serdang, Selangor
Pembangkang : SMK Sg. Kob, Kulim, Kedah
Keputusan : Usul diterima.
Pembahas Terbaik : Anis Shakinah (Selangor)

Pertandingan Akhir : Pendidikan Vokasional Dimulakan Pada Peringkat Sekolah Rendah
Kerajaan : SMK Seri Serdang, Selangor
Pembangkang : SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor
Keputusan : Usul diterima.
Pembahas Terbaik : Ahmad Safiuddin (Selangor)

Wednesday, July 3, 2013

Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan 2013

Pusingan Awal, 3 Julai 2013

Usul : Aktiviti Kesukarelawan Meningkatkan Integriti Belia.

Selangor lwn Pahang - Pemenang : Selangor

Sabah lwn Negeri Sembilan - Pemenang : Negeri Sembilan

Kelantan lwn Pulau Pinang - Pemenang : Kelantan

W. P. Labuan lwn Kedah - Pemenang : Kedah

W.P Putrajaya lwn Sarawak - Pemenang : Sarawak

Terengganu lwn Johor - Pemenang : Johor

Perlis lwn W.P Kuala Lumpur - Pemenang : Perlis

Melaka lwn Perak - Pemenang : Melaka


Pusingan Suku Akhir, 3 Julai 2013

Usul : Globalisasi Membentuk Remaja Kreatif & Kritis.

Selangor lwn Negeri Sembilan - Pemenang : Selangor

Kelantan lwn Kedah - Pemenang : Kedah

Sarawak lwn Johor - Pemenang : Johor

Perlis lwn Melaka - Pemenang : Perlis


Peringkat Separuh Akhir, 4 Julai 2013

Usul : Inovasi Melonjakkan Kemakmuran Negara.

Selangor lwn Kedah - Pemenang : Selangor

Johor lwn Perlis - Pemenang : Johor


Pertandingan Akhir, 4 Julai 2013

Usul : Pendidikan Vokasional Dimulakan Pada Peringkat Sekolah Rendah

Selangor (Kerajaan) lwn Johor (Pembangkang) - Pemenang : Selangor



Keputusan Pertandingan Akhir, 4 Julai 2013, Hotel Kingwood Sibu

Johan Kebangsaan : SMK Seri Serdang, Selangor (SMKSS)

Naib Johan Kebangsaan : SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor (SIGS)

Pembahas Terbaik Pertandingan Akhir : Ahmad Safiuddin bin Ibrahim (Selangor)

*Pertandingan akhir 2013 merupakan pengulangan episod final yang sama pada tahun 2011 antara kedua-dua pasukan, SMKSS & SIGS. 
*Bahkan posisinya juga sama & keputusannya juga sama, kemenangan memihak kepada pasukan SMK Seri Serdang sekali lagi. 
*Tahniah atas legasi kecemerlangan SMKSS!