Saturday, July 13, 2013

Pertandingan Debat Piala Koperasi SMK Seri Serdang (DEKO V) 2013 - Makluman Awal

Piala Pusingan Debat Koperasi SMKSS
Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera,
Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Kelab Bahasa Melayu Kreatif SMKSS dengan kerjasama Koperasi SMKSS dan konsultan pengucapan awam, MiG-ADCE akan menganjurkan pertandingan debat tahunan menurut ketetapan berikut:

Aktiviti : Pertandingan Debat Piala Koperasi SMKSS 2013 (DEKO V)
Tarikh : 19 hingga 21 Oktober 2013 (Sabtu hingga Isnin)
Lokasi Pertandingan : SMK Seri Serdang, Seri Kembangan.
Lokasi Penginapan : Kolej Serumpun UPM, Serdang 

Secara umumnya, penyertaan hanya terbuka kepada para pelajar menengah rendah (Tingkatan 1, 2 & 3) sahaja. Namun begitu bagi institusi-institusi pendidikan yang hanya mempunyai para pelajar Tingkatan 4 & 5, maka penyertaan hanya dibenarkan untuk pelajar Tingkatan 4 sahaja. Setiap pasukan diwakili oleh tiga (3) orang pembahas sahaja (tanpa pembahas simpanan) dan seorang guru pengiring. Setiap institusi dibenarkan menghantar sama ada satu (1) atau dua (2) buah pasukan debat Bahasa Melayu sahaja.

Senarai Tema Pertandingan (setiap pusingan)
- tema-tema ini bukanlah usul pertandingan tetapi hanyalah skop isu-isu bayangan yang bakal didebatkan dalam setiap pusingan berkenaan.
- senarai usul rasmi pertandingan akan dimaklumkan pada hari Jumaat, 4 Oktober 2013 kelak.

Pusingan Awal 1 (Kump. A, B, C & D)
Tema : Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Pusingan Awal 1 (Kump. E, F, G & H)
Tema : Kecantikan Adalah Hak Milik Setiap Insan

Pusingan Awal 2 (Kump. A, B, C & D)
Tema : Sebuah Janji Ditepati

Pusingan Awal 2 (Kump. E, F, G & H)
Tema : Perjuangan Tidak Pernah Ada Noktahnya

Pusingan Awal 3 (Kump. A, B, C & D)
Tema : Now Everyone Can Fly!

Pusingan Awal 3 (Kump. E, F, G & H)
Tema : Pengguna Prihatin, Hak Terjamin

Pusingan Kedua
Tema : Transformasi Ke Arah Semangat Berdikari

Pusingan Suku Akhir
Tema : Rakyat Didahulukan

Pusingan Separuh Akhir
Tema : Berdiri Sama Tinggi, Duduk Sama Rendah

Pertandingan Akhir
Tema : Pengguna Bijak Manfaatnya Banyak

Yuran penyertaan, syarat pertandingan, tentatif program dan segala maklumat lain akan dimaklumkan menerusi surat jemputan yang akan diedarkan mulai 26 Ogos 2013 kelak. Surat jemputan hanya akan dihantar kepada mana-mana sekolah yang berminat sahaja. Penyertaan terhad kepada 30 buah pasukan yang terawal mendaftar kelak.

Yuran Penyertaan
Pakej A (dengan penginapan) : RM350.00 sepasukan  
- Pakej A hanya untuk 15 buah pasukan sahaja
Pakej B (tanpa penginapan) : RM250.00 sepasukan

Penyertaan dibuka kepada semua sekolah menengah harian (SMK), sekolah swasta, sekolah berasrama penuh (SBP) dan sekolah menengah agama (SMKA/SAM). Surat jemputan akan dihantar kepada sekolah-sekolah berikut (yang telah menyatakan minat untuk menyertai DEKO V 2013);

1. Sekolah Menengah Sains Banting, Selangor.

2. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak. (Pasukan A)
3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak. (Pasukan B)
4. The Malay College Kuala Kangsar, Perak. (Pasukan A)
5. The Malay College Kuala Kangsar, Perak. (Pasukan B)
6. Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras, W.P Kuala Lumpur
7. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras, W.P Kuala Lumpur
8. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad, Melaka
9. Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban
10. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang (Pasukan A)
11. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang (Pasukan B)
12. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling
13. Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Methodist, Kuala Lumpur
14. Sri Ayesha School, Bandar Baru Bangi 
15. Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam
16. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak (Pasukan A)
17. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak (Pasukan B)
18. Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru. 
19. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka. 
20. Sekolah Menengah Seri Al-Amin Bangi, Selangor 
21. Sekolah Menengah Agama Telok Kemang (Pasukan A)
22. Sekolah Menengah Agama Telok Kemang (Pasukan B)
*masih ada 10 kekosongan tempat lagi.

Bagi mendapatkan surat jemputan, bolehlah memaklumkan alamat lengkap sekolah, nombor faksimili sekolah & nama guru pengiring yang bertanggungjawab kepada saya, En. Harmi Mohd Jamil di talian: 012-2154945 (sms amat digalakkan) atau emel: mjharmi@yahoo.com.

Semoga penyertaan anda dalam DEKO V akan dapat memeriahkan lagi edisi pertandingan kali ini. InsyaAllah.

No comments: