Wednesday, October 26, 2016

KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN DEBAT TUNAS MUDA INTEGOMB 2016
















Pertandingan Akhir Debat Tunas Muda INTEGOMB 2016

Usul : Hogwarts : Model Sistem Pendidikan Terbaik

Johan : Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru (Pembangkang)

Naib Johan : Maahad Tahfiz Negeri Pahang (Kerajaan)

Keputusan : Juri 4-3, Margin 2.25, Usul Ditolak

Pendebat Terbaik Akhir : Nurul Batrisyia (STF)

Disediakan oleh,
Bahagian Teknikal Penghakiman
Pertandingan Debat Tunas Muda INTEGOMB 2016

Thursday, October 13, 2016

PERTANDINGAN DEBAT TUNAS MUDA INTEGOMB 2016

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak SBP Integrasi Gombak akan menganjurkan pertandingan debat ini bagi edisi kedua menurut butiran seperti berikut;

TARIKH : 21 hingga 23 Oktober 2016
HARI      : Jumaat, Sabtu dan Ahad
MASA     : 8.00 pagi hingga 10.30 malam
TENTATIF : - sila rujuk tentatif di atas -
LOKASI  : SBP Integrasi Gombak


PESERTA : 3 orang pelajar & 1 orang guru pengiring
KELAYAKAN : Pelajar Tingkatan 1 hingga 3 sahaja
KUOTA    : 24 buah pasukan debat Bahasa Melayu
YURAN    : RM400.00 sepasukan

Penginapan, makan-minum & sijil penyertaan akan disediakan oleh pihak penganjur. Namun begitu, pengangkutan adalah atas tanggungjawab sekolah masing-masing.

Surat jemputan dan borang penyertaan akan diedarkan oleh pihak penganjur pada September 2016. Hanya 24 buah pasukan terawal yang menghantar borang penyertaan dan membuat pembayaran yuran penyertaan akan diterima.

Penyertaan pasukan telah ditutup.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi.

En. Zulkifli Md. Top
Guru Penyelaras Pertandingan
SBP Integrasi Gombak
Tel : 013 513 0388

En. Harmi Mohammad Jamil
Penyelaras Teknikal Penghakiman
ADC Enterprise
Tel : 012 215 4945

Kami amat mengalu-alukan penyertaan aktif dan penglibatan langsung pasukan-pasukan debat muda dalam edisi kedua kali ini. Semoga usaha murni kita membudayakan seni debat penuh hikmah ini akan terus subur sepanjang zaman. Insya Allah.

Thursday, October 6, 2016

Usul Pertandingan Debat Tunas Muda INTEGOMB 2016

Usul Pertandingan Debat Tunas Muda INTEGOMB
21-23 Oktober 2016, SBP Integrasi Gombak

PA1 : Kerjaya Pilihan
Usul : Bidang Keusahawanan Jawapan Kepada Masalah Pengangguran.

PA2 : Gaya Hidup Sihat
Usul : Dewan Ini Akan Mengharamkan Penggunaan Produk Kesihatan Alternatif.

PA3 : Bantuan Ekonomi
Usul : Demi Kebajikan Rakyat, Dewan Ini Akan Mengurangkan Lagi Subsidi Bagi Meningkatkan Jumlah BR1M.

PA4 : Prestasi Sukan
Usul : Dewan Ini Akan Membenarkan Penggunaan Dadah Dalam Meningkatkan Prestasi Atlet.

PA5 : Impromptu (Bebas/Spontan
Usul : - usul akan diumumkan 30 minit sebelum bertanding -

Suku Akhir : Geopolitik Serantau
Usul : Demi Menjamin Keselamatan Serantau, Kerjasama Negara ASEAN Perlu Ditingkatkan.

Separuh Akhir : Perpaduan
Usul : Dalam Liputan Isu Perpaduan, Pengamal Media Perlu Mengutamakan Etika Kerja Berbanding Persepsi Umum.

Akhir : Model Pendidikan
Usul : Hogwarts : Model Sistem Pendidikan Terbaik