Thursday, October 13, 2016

PERTANDINGAN DEBAT TUNAS MUDA INTEGOMB 2016

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak SBP Integrasi Gombak akan menganjurkan pertandingan debat ini bagi edisi kedua menurut butiran seperti berikut;

TARIKH : 21 hingga 23 Oktober 2016
HARI      : Jumaat, Sabtu dan Ahad
MASA     : 8.00 pagi hingga 10.30 malam
TENTATIF : - sila rujuk tentatif di atas -
LOKASI  : SBP Integrasi Gombak


PESERTA : 3 orang pelajar & 1 orang guru pengiring
KELAYAKAN : Pelajar Tingkatan 1 hingga 3 sahaja
KUOTA    : 24 buah pasukan debat Bahasa Melayu
YURAN    : RM400.00 sepasukan

Penginapan, makan-minum & sijil penyertaan akan disediakan oleh pihak penganjur. Namun begitu, pengangkutan adalah atas tanggungjawab sekolah masing-masing.

Surat jemputan dan borang penyertaan akan diedarkan oleh pihak penganjur pada September 2016. Hanya 24 buah pasukan terawal yang menghantar borang penyertaan dan membuat pembayaran yuran penyertaan akan diterima.

Penyertaan pasukan telah ditutup.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi.

En. Zulkifli Md. Top
Guru Penyelaras Pertandingan
SBP Integrasi Gombak
Tel : 013 513 0388

En. Harmi Mohammad Jamil
Penyelaras Teknikal Penghakiman
ADC Enterprise
Tel : 012 215 4945

Kami amat mengalu-alukan penyertaan aktif dan penglibatan langsung pasukan-pasukan debat muda dalam edisi kedua kali ini. Semoga usaha murni kita membudayakan seni debat penuh hikmah ini akan terus subur sepanjang zaman. Insya Allah.

No comments: