Thursday, December 29, 2016

Pertandingan Debat Junior SEHEBAT 2017


Tarikh : 6 - 9 Julai 2017
Hari : Jumaat - Ahad
Lokasi : SM Sains Batu Pahat, Johor

Kuota : 20 buah pasukan debat BM
Kelayakan : 2 orang pendebat Tingkatan 1 & 2 orang pendebat Tingkatan 2 pada tahun 2017 serta seorang guru pengiring.
Yuran Penyertaan : RM350.00 sepasukan

Untuk pertanyaan & pendaftaran, sila hubungi En. Zainudin Dirin (Guru Penyelaras SEHEBAT) di talian 012-7691325 atau En. Harmi Mohd Jamil (Penyelaras Teknikal Penghakiman) di talian 012-2154945 (SMS/Whatsapp amat digalakkan).

Surat jemputan pertandingan hanya akan diedarkan bagi sekolah yang berminat pada bulan Jun 2017. Hanya 20 buah pasukan terawal mendaftar dan telah mengesahkan penyertaan yang akan bertanding.

Senarai Pasukan Yang Bertanding

1. SMPN Dumai 2 (A), Indonesia
2. SMPN Dumai 2 (B), Indonesia
3. SM Sains Batu Pahat, Johor
4. SM Sains Muar, Johor
5. SM Sains Johor, Johor
6. SM Sains Kota Tinggi, Johor
7. SM Sains Sembrong, Johor
8. Sekolah Tun Fatimah, Johor
9. SM Sains Selangor, Kuala Lumpur
10. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak
11. Maahad Tahfiz Negeri Pahang
12. SBP Integrasi Gopeng, Perak
13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
14. SMKA Tun Ahmadshah, Sabah
15. SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor
16. SM Sains Kuching Utara, Sarawak
17. MRSM Batu Pahat, Johor
18. The Malay College Kuala Kangsar, Perak
19. SMK Sultan Ismail, Johor Bahru
20. SM Sains Banting, Selangor

Senarai Usul Pertandingan

Pusingan Awal 1 : Sukan
Dewan Ini Akan Menggalakkan Penajaan Sektor Korporat Dalam Meningkatkan Mutu Sukan Negara.

Pusingan Awal 2 : ICT
Dewan Ini Akan Mewujudkan Unit Khas Pahlawan Papan Kekunci (Keyboard Warriors) Bagi Menangani Serangan Siber.

Pusingan Awal 3 : Sains
Penggunaan Teknologi Menjadikan Manusia Malas Berfikir.

Pusingan Awal 4 : Sosial
Malaysia Belum Mesra Orang Kelainan Upaya.

Nota Penting : 

4 pusingan awal sahaja akan diadakan.

Suku Akhir : Kemerdekaan / Sikap Rakyat
- akan diumumkan semasa sesi taklimat.

Separuh Akhir : Undang-Undang / Jenayah
- akan diumumkan semasa sesi taklimat.

Akhir : Pendidikan / Perpaduan
- akan diumumkan semasa sesi taklimat.

Sila rujuk Kertas Konsep Pertandingan Debat Junior SEHEBAT 2017 seperti yang tertera di atas untuk format dan peraturan.