Thursday, September 7, 2017

PERTANDINGAN BAHAS PIALA KETUA MENTERI SARAWAK 2017

Berikut dipaparkan jadual perlawanan bagi pertandingan antara zon tersebut ;

Jumaat, 8 September 2017
RTM Sibu, Sarawak

P1 - 0845
SMK Meradong (C) lwn SMK Long Lama (B)
Tajuk : Media Sosial Medium Lambakan Maklumat Sahih.
Pemenang : SMK Meradong

P2 - 0930
SMK Baru Bintulu (C) lwn MRSM Mukah (B)
Tajuk ; Ibu Bapa Bekerjaya Kehidupan Keluarga Sejahtera
Pemenang : SMK Baru Bintulu

P3 - 1045
SMKA Matang (C) lwn SMK BM Saratok (B)
Tajuk : Drama Adaptasi Menghakis Nilai Karya Asli
Pemenang : SMK BM Saratok

P4 - 1145
SMK Kota Samarahan (C) lwn SMK Kubong (B)
Tajuk : Tenaga Kerja Asing : Negara Maju
Pemenang : SMK Kubong


Jumaat, 15 September 2017
RTM Kuching, Sarawak

P5 - 0900
SMK Methodist Sibu (C) lwn SMK Meradong (B)
Tajuk : Kenaikan Kos Sara Hidup Membentuk Budaya Berhemat.
Pemenang : SMK Meradong

P6 - 1000
SMK Baru Bintulu (C) lwn SMKA Tun Ahmad Zaidi (B)
Tajuk : Kesiapsiagaan Generasi Y Pembina Negara Bangsa.
Pemenang : SMK Baru Bintulu


Sabtu, 23 September 2017
RTM Miri, Sarawak

P7 - 0900
SMK Meradong (C) lwn SMK BM Saratok (B)
Tajuk : Pengiklanan Wadah Budaya Pengguna.
Pemenang : SMK BM Saratok

P8 - 1000
SMK Kubong (C) lwn SMK Baru Bintulu (B)
Tajuk : Program Realiti Televisyen Mekanisme Masyarakat Berilmu.
Pemenang : SMK Baru Bintulu


Jumaat, 29 September 2017
RTM Kuching, Sarawak

P9 - 0900 (Penentuan Tempat Ketiga & Keempat)
SMK Meradong (C) lwn SMK Kubong (B)
Tajuk : - akan ditentukan kemudian -

P10 - 1430 (Pertandingan Akhir)
SMK BM Saratok (C) lwn SMK Baru Bintulu (B)
Tajuk : - akan ditentukan kemudian -

Jadual ini akan dikemaskinikan dengan keputusan terbaru kelak. Harap maklum.

Monday, August 28, 2017

BENGKEL PEMANTAPAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH TAHUN 2018

Bengkel Pemantapan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Tahun 2018

MAKLUMAT AM

Tarikh Cadangan :
Sabtu, 24 Februari 2018

Masa Program :
7.30 pagi - 5.00 petang

Lokasi Program :
Gombak, Selangor (akan dimaklumkan kemudian)

Sasaran Penyertaan :

i) Terbuka kepada para pelajar SBP, SMK, SMKA, SAM, SAMT, MRSM & Sekolah/Kolej Swasta seluruh negara.

ii) Format bahas/debat yang diketengahkan dalam bengkel ini adalah selaras dengan Kertas Konsep Bahas KPM, HKSBP, Minggu Bahasa MRSM & pertandingan debat anjuran pelbagai pihak.

iii) Setiap institusi boleh menghantar lebih daripada satu pasukan.

iv) Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 6 orang individu sama ada;
a) 5 orang pelajar & seorang guru pengiring; atau
b) 4 orang pelajar & 2 orang guru pengiring.

v) Setiap individu tambahan selain daripada 6 orang individu sepasukan di atas akan dikenakan yuran tambahan.

Yuran Penyertaan :

a) Yuran Penyertaan Pasukan (6 orang) = RM250.00 sepasukan

b) Yuran Penyertaan Individu Tambahan (jika ada) = RM100.00 bagi setiap individu


- yuran penyertaan merangkumi jamuan makan (sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang), bahan cetakan bengkel & sijil penyertaan.
- pengangkutan & penginapan (jika ada) adalah atas tanggungan sendiri.
- kaedah pembayaran yuran akan dimaklumkan kelak menerusi surat jemputan program.

TENTATIF PROGRAM


Sabtu, 24 Februari 2018

0730 - 0830 : Pendaftaran Peserta & Sarapan
0830 - 0930 : Pengenalan Asas Bahas Ala Parlimen
0930 - 1100 : Pembinaan Kes - Definisi, Premis & Hujah
1100 - 1130 : Minum Pagi
1130 - 1300 : Pembinaan Argumen - Bidasan, Izin Laluan & Celahan
1300 - 1430 : Solat Zohor & Makan Tengah Hari
1430 - 1500 : Pembinaan Rumusan - Penggulungan
1500 - 1630 : Sesi Praktikal (Mock Debate)
1630 - 1700 : Minum Petang & Bersurai

CARA UNTUK MENYERTAI

a) Nama Institusi :
b) Alamat Lengkap Institusi :
c) No. Telefon Institusi :
d) No. Faks Institusi :
e) Emel Institusi (jika ada) :
f) Nama Penuh Guru Pengiring :
g) No. H/P Guru Pengiring :
h) Jumlah Pasukan :
i) Jumlah Individu Tambahan (jika  ada) :


Bagi tujuan tempahan penyertaan dan penghantaran surat jemputan program, sila hantar butiran lengkap di atas menerusi aplikasi Whatsapp atau Telegram kepada En. Harmi Mohammad Jamil di talian  012-2154945.

atau

Anda juga boleh mengisi dengan lengkap BORANG TEMPAHAN PENYERTAAN sepertimana yang dipaparkan dalam ruangan di bawah (sila klik 'website version' untuk mendapatkannya).

Tarikh Edaran Surat Jemputan :
15 Januari - 4 Februari 2018

Tarikh Tutup Penyertaan :
5 Februari 2018

Tempoh Pembayaran Yuran Penyertaan :
6 Februari - 18 Februari 2018


Harap maklum, terima kasih.

Thursday, June 8, 2017

Pertandingan Pidato Terbuka Piala Pusingan YB Tan Sri William Mawan Ikom Peringkat Kebangsaan Tahun 2017


Maklumat Am Pertandingan

Tarikh : 6 - 8 Oktober 2017
Hari : Jumaat hingga Ahad
Masa : 7.30 pagi - 10.30 malam

Penganjur Bersama :
SK Abang Leman, Kabong & 
SMK Kabong, Sarawak

Lokasi Pertandingan : SMK Kabong, Sarawak
Lokasi Penginapan : Pantai Tanjung Kembang Resort, Kabong, Sarawak

Tentatif Program :

Hari Pertama, Jumaat, 6 Okt 2017
1500 - 1800 : Pendaftaran
1900 - 2000 : Makan Malam
2000 - 2130 : Sesi Taklimat (Peserta, Guru Pengiring & Hakim)

Hari Kedua, Sabtu, 7 Okt 2017
0715 - 0800 : Sarapan
0800 - 1030 : Peringkat Awal (Pidato Wajib)
1030 - 1100 : Minum Pagi
1100 - 12.30 : Peringkat Awal (Pidato Spontan)
1230 - 1400 : Makan Tengah Hari
1400 - 1500 : Peringkat Separuh Akhir (Pidato Wajib)
1500 - 1530 : Minum Petang
1530 - 1630 : Peringkat Separuh Akhir (Pidato Spontan)
1800 - 1930 : Makan Malam
2000 - 2130 : Pertandingan Akhir (Pidato Wajib & Spontan)
2130 - 2230 : Majlis Perasmian Penutup

Hari Ketiga, Ahad, 8 Okt 2017
0715 - 0800 : Sarapan
0800 - 0900 : Daftar Keluar Penginapan & Bersurai

Yuran Penyertaan

RM100.00 setiap peserta

a) Setiap sekolah dibenarkan menghantar sama ada seorang (1) atau dua orang (2) peserta sahaja.

b) Setiap sekolah wajib menghantar seorang (1) guru pengiring sahaja yang dikecualikan daripada sebarang bayaran.

c) Individu tambahan (guru pengiring kedua atau lebih, penyokong, jurulatih dan sebagainya, jika ada) akan dikenakan bayaran tambahan RM100.00 seorang.

Hadiah Pemenang
- bagi kedua-dua kategori penyertaan

a) Johan
- Piala Pusingan
- Wang Tunai
- Piala Iringan
- Sijil Penyertaan

b) Naib Johan
- Wang Tunai
- Piala Iringan
- Sijil Penyertaan

c) Tempat Ketiga
- Wang Tunai
- Piala Iringan
- Sijil Penyertaan

d) Semifinalis (Separuh Akhir)
- Piala Iringan
- Sijil Penyertaan

e) Setiap peserta dan guru pengiring akan menerima sijil penyertaan.

Kategori Penyertaan

a) PEMIDATO SEKOLAH RENDAH
- kelayakan umur : 10 hingga 12 tahun.
- murid Tahun 4, 5 atau 6 sahaja.
- terbuka kepada 10 orang peserta sahaja.

b) PEMIDATO SEKOLAH MENENGAH
- kelayakan umur : 14 hingga 16 tahun.
- murid Tingkatan 2, 3 atau 4 sahaja.
- terbuka kepada 15 orang peserta sahaja.

Format Pertandingan

a) Setiap pemidato akan bertanding dalam kategori masing-masing (sekolah rendah & sekolah menengah).

b) Setiap pemidato akan bertanding dalam Pusingan Awal (Saringan).
- Pidato Wajib Sekolah Rendah : 5 minit
- Pidato Spontan Sekolah Rendah : 3 minit
- Pidato Wajib Sekolah Menengah : 7 minit
- Pidato Spontan Sekolah Menengah : 4 minit

c) Dalam Peringkat Awal (Saringan), para peserta boleh mencipta tajuk pidato wajib sendiri berdasarkan 15 tema yang telah disediakan oleh pihak teknikal penghakiman. Senarai tema ini akan turut dimaklumkan menerusi surat jemputan.

Tema Pusingan Awal
- peserta boleh memilih tajuk sendiri berdasarkan salah satu tema berikut:

1. Khazanah Alam Sekitar
2. Keharmonian & Perpaduan Rakyat
3. Produk Pelancongan
4. Pembangunan Luar Bandar
5. Potensi Generasi Muda
6. Kepelbagaian Etnik
7. Kepesatan Sektor Perindustrian
8. Kecemerlangan Sukan
9. Pembangunan Pendidikan
10. Semangat Patriotisme
11. Keprihatinan Pemimpin
12. Kesejahteraan Ekonomi Rakyat
13. Integrasi Nasional
14. Kedaulatan Negara
15. Memartabatkan Bahasa & Budaya

d) Daripada 15 orang peserta, hanya 6 orang peserta bagi setiap kategori yang akan layak ke peringkat Separuh Akhir.

e) Dalam Peringkat Separuh Akhir, para peserta perlu memilih salah satu tajuk pidato wajib yang telah disediakan oleh pihak teknikal penghakiman. Senarai tajuk ini akan turut dimaklumkan menerusi surat jemputan.

Tajuk Peringkat Separuh Akhir
- peserta perlu memilih salah satu tajuk berikut untuk pidato wajib:

1. Sarawak Gemilang Di Pentas Dunia
2. Sarawak Maju Menjelang 2050
3. Sarawak Tanah Tumpahnya Darahku
4. Sarawak Aman Makmur Dalam Malaysia
5. Sarawak Bertuah, Berjaya dan Berdaulat
6. Sarawak : Indah dan Permai

f) Daripada 6 orang peserta separuh akhir, hanya 3 orang peserta bagi setiap kategori yang akan layak ke pertandingan akhir.

g) Dalam Pertandingan Akhir, para peserta boleh memilih salah satu daripada tajuk pidato wajib yang pernah disampaikan sebelum ini (sama ada dalam Peringkat Awal atau Peringkat Separuh Akhir). Sebarang pertukaran atau perubahan tajuk pidato wajib adalah tidak dibenarkan dalam Pertandingan Akhir.

h) Dalam Peringkat Awal (Saringan), Peringkat Separuh Akhir & Pertandingan Akhir, semua tajuk pidato spontan adalah berdasarkan 15 tema yang telah disediakan oleh pihak teknikal penghakiman. Senarai tema ini akan turut dimaklumkan menerusi surat jemputan.

Tema Pidato Spontan
(bagi pusingan awal, peringkat separuh akhir & pertandingan akhir)

1. Khazanah Alam Sekitar
2. Keharmonian & Perpaduan Rakyat
3. Produk Pelancongan
4. Pembangunan Luar Bandar
5. Potensi Generasi Muda
6. Kepelbagaian Etnik
7. Kepesatan Sektor Perindustrian
8. Kecemerlangan Sukan
9. Pembangunan Pendidikan
10. Semangat Patriotisme
11. Keprihatinan Pemimpin
12. Kesejahteraan Ekonomi Rakyat
13. Integrasi Nasional
14. Kedaulatan Negara
15. Memartabatkan Bahasa & Budaya

i) Penentuan peserta yang layak ke peringkat seterusnya dan pemenang pertandingan akhir adalah berdasarkan keputusan juri menurut sistem agregat. Keputusan hakim adalah muktamad.

j) Syarat & peraturan pertandingan akan dipaparkan menerusi Kertas Konsep Pertandingan Pidato Terbuka Kabong 2017 dalam blog ini pada awal Ogos 2017 kelak.

k) Pihak Jawatankuasa Teknikal Pertandingan berhak untuk meminda mana-mana syarat atau peraturan yang difikirkan perlu bagi melancarkan aspek penghakiman dalam pertandingan ini.

Sebarang pertanyaan atau makluman, bolehlah diajukan kepada;

a) Ustaz Mohd Nazmi bin Jaafar
Penyelaras Teknikal Pertandingan (SKAL)
Sekolah Kebangsaan Abang Leman, Kabong
Tel : 013 376 1471

b) En. Harmi bin Mohammad Jamil
Penyelaras Teknikal Penghakiman (ADCE)
Tel : 012 215 4945 (Whatsapp digalakkan)
Emel : mjharmi@yahoo.com
Blog : http://belajardebat.blogspot.com

Surat jemputan akan diedarkan pada Ogos 2017 kepada sekolah-sekolah yang berminat menyertai pertandingan ini.

Harap maklum. Terima kasih.

Saturday, April 1, 2017

Liga Debat Persahabatan Putrajaya 2017


Liga Debat Persahabatan Putrajaya 2017

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Lembaga Pengawas SMK Putrajaya Presint 9(1) berhasrat untuk menganjurkan suatu program debat persahabatan melibatkan pasukan bahas Bahasa Melayu sekolah-sekolah menengah (SMK/ SBP/ MRSM/ Sekolah Swasta) sebagai persediaan pasukan masing-masing untuk menghadapi pertandingan bahas peringkat kebangsaan.

Butiran awal program ini adalah seperti berikut;
Tarikh : Sabtu, 6 Mei 2017
Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : SMK Putrajaya Presint 9(1)
Format : Sistem liga berkumpulan, setiap pasukan akan berbahas sebanyak 3 kali, melawan pasukan berbeza.

Kuota : 24 buah pasukan bahas BM
Yuran Penyertaan : RM250.00 sepasukan
Jumlah Peserta : 4 orang pembahas & 1 orang guru pengiring

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Harmi Mohd Jamil di talian 0122154945. SMS/Whatsapp amat digalakkan. Harap maklum.

Wednesday, March 8, 2017

Pertandingan Debat Piala YAB Menteri Besar Pahang


Pertandingan Debat Piala YAB Menteri Besar Pahang 2017

Tarikh : 28 April - 1 Mei 2017 
Hari : Jumaat - Isnin
Lokasi Pertandingan & Penginapan : 
Maahad Tahfiz Negeri Pahang, Kuantan.

TENTATIF PROGRAM

Jumaat, 28 April 2017
3.00 petang - 5.00 petang
Pendaftaran Pasukan & Hakim
5.00 petang - 6.00 petang
Taklimat Pasukan & Hakim
8.00 malam - 10.00 malam
Pusingan Awal 1

Sabtu, 29 April 2017
7.00 pagi - 8.00 pagi
Sarapan
8.00 pagi - 10.00 pagi
Pusingan Awal 2
10.00 pagi - 11.30 pagi
Rehat
11.30 pagi - 1.30 petang
Pusingan Awal 3
1.30 petang - 3.00 petang
Rehat/Makan Tengah Hari/Solat Zohor
3.00 petang - 5.00 petang
Pusingan Awal 4
6.00 petang - 8.00 malam
Makan Malam
8.00 malam - 10.00 malam
Pusingan Awal 5

Ahad, 30 April 2017
7.00 pagi - 8.00 pagi
Sarapan
8.00 pagi - 10.00 pagi
Pusingan Suku Akhir (BM)
Pusingan Separuh Akhir (BI & BA)
10.00 pagi - 11.30 pagi
Rehat
11.30 pagi - 1.30 petang
Pusingan Separuh Akhir (BM)
1.30 petang - 3.00 petang
Makan Tengah Hari/Solat Zohor
3.00 petang - 5.00 petang
Pertandingan Akhir (BI)
Pertandingan Akhir (BA)
6.00 petang - 8.00 malam
Makan Malam
8.00 malam - 11.00 malam
Pertandingan Akhir (BM)

Isnin , 01 Mei 2017
7.00 pagi - 8.00 pagi
Sarapan
9.00 pagi - 11.00 pagi
Bersurai/ Daftar Keluar Penginapan

Yuran Penyertaan : RM600.00 sepasukan
Kelayakan Umur : 13 - 22 tahun sahaja
Penyertaan Pasukan : 3 orang pendebat & 1 orang pengiring (guru/pegawai)

Tarikh Edaran Jemputan : 28 Mac 2017
Tarikh Tutup Penyertaan : 10 April 2017
Tarikh Makluman Usul : 14 April 2017

Kategori Pertandingan :
- Bahasa Melayu (Kuota 20 pasukan)
- Bahasa Inggeris (Kuota 10 pasukan)
- Bahasa Arab (Kuota 10 pasukan)

Sistem Pertandingan :
- Bahasa Melayu : Sistem power match
- Bahasa Inggeris : Sistem liga berkumpulan
- Bahasa Arab : Sistem liga berkumpulan

Kategori Bahasa Melayu

1. Maahad Tahfiz Negeri Pahang
2. SM Agama Persekutuan Kajang
3. SM Setiabudi, Gombak
4. MRSM Alor Gajah, Melaka
5. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh
6. SBP Integrasi Gombak, Selangor
7. SBP Integrasi Gopeng, Perak
8. Kolej Yayasan Saad, Melaka
9. SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu
10. MRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor
11. IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi
12. SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi
13. Kolej PERMATA Insan, USIM
14. Universiti Teknologi MARA Dungun
15. Universiti Sultan Azlan Shah, Perak
16. SMK Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan
17. SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
18. SM Islam Hidayah Johor Bahru
19. SBP Integrasi Kuantan
20. SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan

Kategori Bahasa Inggeris

1. Maahad Tahfiz Negeri Pahang
2. SM Setiabudi, Gombak
3. MRSM Alor Gajah, Melaka
4. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh
5. SBP Integrasi Gopeng, Perak
6. Kolej Profesional MARA Indera Mahkota
7. SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu
8. SM Islam Hidayah Johor Bahru
9. SMS Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
10. Tenby School Ipoh

Kategori Bahasa Arab

1. Maahad Tahfiz Negeri Pahang
2. SM Setiabudi, Gombak
3. Universiti Sultan Azlan Shah, Perak
4. SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
5. SM Islam Hidayah Johor Bahru
6. SAM Muhammadiah, Pekan Sabak
7. Sekolah Persediaan Arab, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam
8. Sri Ayesha Islamic School
9. Kuota Pasukan Indonesia
10. Kuota Pasukan Singapura

Nota Penting :

a) Setiap pasukan debat kategori Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab diwajibkan untuk menyenaraikan pengiring masing-masing sebagai hakim yang akan bertugas sepanjang pertandingan.

b) Kegagalan mematuhi syarat (a) akan menyebabkan penyertaan pasukan berkenaan terbatal secara automatik.

c) Pengiring pasukan debat Bahasa Melayu dikecualikan daripada syarat ini.