Friday, July 5, 2013

SMK Seri Serdang, Selangor Johan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Tahun 2013

Legasi Debat SMKSS Yang Hebat Berterusan - Johan Kebangsaan 2007, 2011 & terkini 2013
Liputan Media Cetak & Elektronik Sarawak terhadap kejayaan SMKSS
Meneruskan kejuaraan 2007 & 2011 dengan kejuaraan 2013!
Memikul amanah dengan penuh dedikasi & komitmen jitu.
Sibu memang tuan rumah kebangsaan terbaik! Terima kasih Sibu!
Legasi kecemerlangan menjuarai pertandingan bahas kebangsaan diteruskan!
Sokongan padu para pentadbir SMKSS kunci kejayaan pasukan bahas sekolah.
Pasukan Bahas SMKSS - Haziqa, Anis, Safiuddin, Asyraf & Fara

Penghargaan khas buat Puan Pengetua SMKSS & para pentadbir, pihak PIBG & guru-guru SMKSS, pihak JPN Negeri Selangor, PPD Petaling Perdana serta pegawai-pegawai teknikal bahas daerah & negeri (terutamanya buat En. Rosli Ali & Puan Hajah Norliza bt. Md Zaki) - terima kasih atas segala bimbingan, dorongan motivasi, doa & restu semua sehingga membolehkan pasukan bahas SMKSS merangkul kejuaraan buat kali ke-3 sepanjang penampilan 5 kali di peringkat kebangsaan (2007, 2009, 2011, 2012 & 2013).

Setinggi-tinggi tahniah & jutaan terima kasih juga dirakamkan khusus buat Puan Suria Aida Ab. Malek & Puan Zurita bt. Yeh (guru pembimbing) yang telah bertungkus-lumus menguruskan segala keperluan & kebajikan para pelajar sejak awal lagi sehinggalah ke peringkat kebangsaan. Begitu juga, terima kasih diucapkan kepada saudara Kamraj Shanmuganathan atas sokongan padu memotivasikan pasukan SMKSS. Tidak dilupakan buat Ustaz Nazmi bin Jaafar dan anak-anak didiknya di Sekolah Kebangsaan Abang Leman atas keberkatan doa titipan mereka sepanjang masa buat ahli-ahli pasukan bahas SMKSS.

Penghormatan terbesar & penghargaan tertinggi saya tujukan secara ikhlasnya kepada barisan pembahas SMKSS - Nur Haziqa, Anis Shakinah, Ahmad Safiuddin, Muhammad Amirul Asyraf, Nur Fara Fadilah, Janaarthanan, Muhammad Hazimi, Mohd Haikal Rashydan, Danial Fikhry & Ahmad Akmal - atas komitmen padu, disiplin diri, dedikasi jitu & semangat altruisme yang membakar di jiwa masing-masing. Syukur ke hadrat Allah Taala kerana telah mengurniakan kepada saya, adik-adik yang sudi berjuang bersama-sama, menikmati perit jerit & liku-liku perjuangan, merasai jatuh bangunnya pasukan sehingga berjaya menjadi Johan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2013 - Legasi Kehebatan Debat SMKSS Terus Meluncur Kegemilangan!

Berikut merupakan kronologi pertandingan yang melibatkan SMK Seri Serdang di peringkat kebangsaan:

Awal : Aktiviti Kesukarelawan Meningkatkan Integriti Belia.
Kerajaan : SMK Seri Serdang, Selangor
Pembangkang : SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan, Pahang
Keputusan : Usul diterima.
Pembahas Terbaik : Anis Shakinah (Selangor)

Suku Akhir : Globalisasi Membentuk Remaja Kreatif & Kritis.
Kerajaan : SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban, Negeri Sembilan
Pembangkang : SMK Seri Serdang, Selangor
Keputusan : Usul ditolak.
Pembahas Terbaik : Ahmad Safiuddin (Selangor)

Separuh Akhir : Inovasi Melonjakkan Kemakmuran Negara.
Kerajaan : SMK Seri Serdang, Selangor
Pembangkang : SMK Sg. Kob, Kulim, Kedah
Keputusan : Usul diterima.
Pembahas Terbaik : Anis Shakinah (Selangor)

Pertandingan Akhir : Pendidikan Vokasional Dimulakan Pada Peringkat Sekolah Rendah
Kerajaan : SMK Seri Serdang, Selangor
Pembangkang : SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor
Keputusan : Usul diterima.
Pembahas Terbaik : Ahmad Safiuddin (Selangor)

5 comments:

Unknown said...

Tahniah buat pasukan SMKSS! Tahniah Cikgu Harmi!

-Pasukan Debat SMSTSSS@SOKSEK-

Unknown said...

Tahniah buat pasukan SMKSS! Tahniah Cikgu Harmi!

-Pasukan Debat SMSTSSS@SOKSEK-

Harmi bin Mohammad Jamil said...

Terima kasih Dalila. Rasa kerdil pula saya apabila mendapat tahu Dalila pun ada membaca entri ini. Huhuhu..
Sampai kita ketemu nanti ya, sampaikan salam takzim saya kepada semua ahli pasukan debat SMSTSSS ya.

Unknown said...

tahniah abg harmi....
alhamdulilah..berkat usaha dibalas dgn gelaran juara :)

Harmi bin Mohammad Jamil said...

Terima kasih Fikri atas doanya.
InsyaAllah, lain masa kita bekerjasama lagi ya.