Monday, April 7, 2014

Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Menengah Zon Tengah Tahun 2014

Program
Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Menengah Zon Tengah

Tarikh/Masa
Sabtu, 12 April 2014
8.30 pagi - 5.00 petang

Lokasi
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Bandar Tun Razak, Cheras.

Anjuran
Azwan Dot Com Enterprise - Minda Intelek Global
Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Ilmu Khas

Penyertaan
Jumlah Peserta : 5 orang pelajar & seorang guru pengiring bagi setiap sekolah
Yuran Penyertaan : RM 200.00 setiap sekolah
Tarikh Tutup Penyertaan : Jumaat, 4 April 2014
Kod Program : 006

Penyertaan telah ditutup pada hari Jumaat, 4 April 2014. Tiada sebarang penyertaan baru yang akan diterima. Harap maklum, terima kasih.

Senarai Institusi (Jumlah Peserta & Jumlah Yuran)

1. SM Setia Budi, Gombak (6 orang : RM200.00)
2. SM Integrasi Sains Tahfiz MAIWP KL (6 orang : RM200.00)
3. MRSM Lenggong, Perak (10 orang : RM440.00)
4. SM Sains Banting (6 orang : RM200.00)
5. SM Sains Selangor (6 orang : RM200.00)
6. SMK (L) Methodist Kuala Lumpur (6 orang : RM200.00)
7. SMK Seksyen 10 Kota Damansara (6 orang : RM200.00)
8. SMK (P) Taman Petaling (7 orang : RM260.00)
9. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya (6 orang : RM200.00)
10. SMK Bandar Baru Seri Petaling (6 orang : RM200.00)
11. SBPI Rawang (A) (6 orang : RM200.00)
12. SBPI Rawang (B) (6 orang : RM200.00)
13. Maktab Tentera Diraja (6 orang : RM200.00)
14. SAMT Kuala Kubu Bharu (6 orang : RM200.00)
15. SMK Desa Perdana (6 orang : RM200.00)
16. Pusat PERMATApintar Negara (A) (6 orang : RM200.00)
17. Pusat PERMATApintar Negara (B) (6 orang : RM200.00)

Maklumat Am

1. Penyertaan terbuka kepada 30 buah sekolah sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor yang terawal mendaftar secara atas talian menerusi borang penyertaan sepertimana yang dipaparkan di bawah.

2. Namun begitu, penyertaan daripada sekolah-sekolah dari luar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor turut dialu-alukan.

3. Setiap sekolah diwakili oleh 5 orang pelajar dan seorang guru pengiring sahaja.

4. Yuran penyertaan bagi setiap sekolah adalah RM 200.00 (Dua Ratus Ringgit Sahaja). Namun begitu, jika ada sekolah yang ingin membawa individu tambahan (pelajar/guru/jurulatih/pemandu), maka bayaran tambahan sebanyak RM 60.00 (Enam Puluh Ringgit Sahaja) akan dikenakan bagi setiap individu.

5. Yuran penyertaan bolehlah dijelaskan secara tunai atau cek semasa hari pendaftaran. Butiran lanjut berhubung proses pembayaran akan dimaklumkan menerusi surat jemputan rasmi yang akan dihantar menerusi emel kepada pihak sekolah Tuan/Puan dalam jangkamasa 14 hingga 21 Mac 2014.

6. Makan-minum sepanjang program, bahan-bahan bengkel dan segala kemudahan yang difikirkan perlu akan disediakan oleh pihak penganjur. Namun begitu, pengangkutan atau penginapan (jika ada) adalah bawah tanggungjawab sekolah sendiri.

7. Surat jemputan akan dihantar kepada sekolah-sekolah yang telah mendaftar secara atas talian (online registration) menerusi borang penyertaan di bawah. Sila masukkan kod program 006 bagi pendaftaran program bengkel bahas ini.

8. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan adalah pada hari Jumaat, 4 April 2014.

TENTATIF PROGRAM

Masa
Aktiviti
Lokasi
8.30 pagi
Pendaftaran Peserta & Sarapan Pagi
Dewan
9.00 pagi
Pengenalan Asas : Format & Konsep
Permulaan Ucapan Substantif
10.00 pagi
Rehat
Kafeteria
10.30 pagi
Definisi Konsep
Dewan
Premis & Strategi Pasukan
11.30 pagi
Hujah
Celahan
1.00 petang
Makan Tengah Hari / Solat
Kafeteria / Surau
2.00 petang
Bidasan
Dewan
Izin Laluan
3.15 petang
Penggulungan
Asas Penghakiman / Sesi Tayangan
4.30 petang
Minum Petang
Kafeteria
5.00 petang
Bersurai


9. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah diajukan kepada penama berikut:

Nama : En. Harmi bin Mohammad Jamil
Talian : 012 215 4945
Emel : mjharmi@yahoo.com 

Harap maklum. Terima kasih. 

No comments: