Sunday, September 1, 2013

Pertandingan Debat Piala Koperasi SMKSS 2013 (DEKO V) - Maklumat Am Pertandingan

MAKLUMAT AM PERTANDINGAN

Tarikh
19 - 20 Oktober 2013

Hari
Sabtu & Ahad

Masa
8.00 pagi hingga 6.00 petang

Lokasi Pertandingan
SMK Seri Serdang, Seri Kembangan.

Lokasi Penginapan
Kolej Pendeta Za'ba UKM Bangi.

Tarikh Tutup Penyertaan
Jumaat, 27 September 2013

Anjuran
Koperasi SMK Seri Serdang Berhad
Kelab Bahasa Melayu Kreatif SMKSS

Dengan Kerjasama
Minda Intelek Global
Azwan Dot Com Enterprise

PENYERTAAN PERTANDINGAN

Secara umumnya, penyertaan hanya terbuka kepada para pelajar menengah rendah (Tingkatan 1, 2 & 3) sahaja. Namun begitu bagi institusi-institusi pendidikan yang hanya mempunyai para pelajar Tingkatan 4 & 5, maka penyertaan hanya dibenarkan untuk pelajar Tingkatan 4 sahaja. 

Setiap pasukan diwakili oleh tiga (3) orang pembahas sahaja tanpa pembahas simpanan. Setiap institusi dibenarkan menghantar sama ada satu (1) atau dua (2) buah pasukan debat Bahasa Melayu sahaja.

Penyertaan terhad kepada 28 buah pasukan yang terawal mendaftar sahaja berdasarkan konsep 'first-come-first-serve'.

Surat jemputan pertandingan akan dihantar menerusi faks kepada sekolah-sekolah yang berminat untuk menyertai pertandingan ini. Borang pengesahan penyertaan hendaklah dihantar sebelum atau pada hari Jumaat, 27 September 2013 kepada pihak penganjur sama ada menerusi faks atau emel. Sebarang penyertaan selepas tarikh tutup berkenaan tidak akan diterima.

YURAN PENYERTAAN

Pakej A (dengan penginapan) : RM 350.00 sepasukan
Pakej B (tanpa penginapan) : RM 250.00 sepasukan

Jamuan makan (kecuali makan malam), penginapan (jika perlu), hadiah dan sijil penyertaan untuk sepanjang tempoh pertandingan berlangsung akan disediakan oleh pihak penganjur. Namun begitu, kemudahan pengangkutan sepanjang tempoh pertandingan adalah bawah tanggungjawab pihak sekolah masing-masing.

Pembayaran boleh dilakukan semasa hari pendaftaran (Sabtu, 19 Oktober 2013) secara wang tunai atau cek atas nama Koperasi SMK Seri Serdang Berhad. Resit atau invois pembayaran akan dikeluarkan kepada pihak sekolah berkenaan.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, bolehlah menghubungi:

En. Harmi bin Mohammad Jamil
012-215 4945, mjharmi@yahoo.com

No comments: