Friday, January 18, 2013

Program Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Menengah 2013 - Info Terkini

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera,

Dukacitanya dimaklumkan bahawa program Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Menengah 2013 anjuran bersama pihak Minda Intelek Global dan Kelab Seni Pengucapan Awam (KESPA) IPG Kampus Pendidikan Islam yang dijadualkan pada hari Sabtu, 26 Januari 2013 kelak bakal DITANGGUHKAN ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Hal ini kerana timbulnya beberapa kekangan luar jangka yang dihadapi oleh pihak konsultan. Maka, untuk memudahkan urusan pihak yang terlibat, penangguhan program untuk sementara waktu dibuat bagi kebaikan semua.

Namun begitu, pihak konsultan Minda Intelek Global amat berbesar hati untuk mengadakan program bengkel bahas secara PERCUMA (tanpa dikenakan apa-apa bayaran) khusus buat sekolah-sekolah yang telah berdaftar dan menghantar borang penyertaan.

Program ini dilaksanakan menurut syarat-syarat berikut:

i) Hanya terbuka untuk sekolah-sekolah yang telah berdaftar dan menghantar borang penyertaan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

ii) Program ini diadakan di sekolah berkenaan dengan menggunakan dewan atau bilik kuliah yang dilengkapi peralatan untuk mengadakan sesi ceramah.

iii) Program bengkel ini diadakan sama ada untuk tempoh 4 jam (separuh hari) atau 6 jam (sehari) bagi jumlah peserta tidak melebihi 50 orang pelajar.

iv) Tiada sebarang bayaran yang akan dikenakan untuk penganjuran program bengkel bahas ini.

Pihak sekolah berkenaan akan dihubungi oleh pihak penganjur berkenaan tawaran ini menerusi guru pembimbing masing-masing dalam jangka masa terdekat. Sebarang perbincangan lanjut akan dilaksanakan bersama-sama para guru pembimbing berkenaan berhubung cadangan tarikh program dan perkara-perkara lain yang berkaitan.

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Keprihatinan dan kerjasama pihak Tuan/Puan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Harmi bin Mohammad Jamil
Konsultan Minda Intelek Global

2 comments:

Penipuan said...

salam..saya merupakan senior dalam pasukkan bahas sekolah menengah kebangsaan bandar sungai buaya rawang hulu selangor. saya juga bekas pemidato daerah h.selangor dan merupakan pembahas terbaik nadwah kepimpinan islam kebangsaan . saya juga sudah pun menamatkan sesi persekolahan namun masih membantu sekolah untuk perdebatan tahun ini. hampir 11 tahun sekolah SMKBSB ini wujud. kali pertama kami menghantar wakil untuk pertandingan bahas pada tahun lepas dan kami terus berjaya keperingkat akhir bertemu smk bukit sentosa. melihat kepada pencapaian yang begitu menakjubkan ini maka saya bercadang mahu meneruskan perbahasan ini bagi sekolah saya . soalannya,bagaimana sekolah saya mahu mengikuti bengkel yang disediakan oleh pihak tuan? saya harap sekiranya kami dapat mengikuti bengkal tuan dapatlah kami menambah ilmu berkaitan debat ini agar pasukkan altercior smkbsb terus mencapai kemajuan.

Harmi bin Mohammad Jamil said...

Tahniah atas kejayaan Saudara & SMKBSB.

Ada dua kaedah untuk menyertai program bengkel yang dikendalikan oleh saya:

i) program bengkel bahas yang terbuka untuk semua sekolah - dijadualkan berlangsung pada 26 Januari 2013 tetapi ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, tarikh baru bengkel belum ditetapkan lagi, bergantung kepada kekosongan jadual saya.

ii) program bengkel bahas tertutup hanya kepada sesebuah sekolah sahaja - kaedah ini bergantung kepada jemputan rasmi daripada pihak sekolah berasaskan pakej-pakej bengkel yang dipaparkan di bahagian PAKEJ PERKHIDMATAN sepertimana di atas. Pelaksanaan program ini juga tertakluk kepada kekosongan jadual saya, sila rujuk bahagian TAKWIM untuk maklumat lanjut.

Jika ingin berhubung terus dengan saya, bolehlah SMS kepada nombor 012-2154945 (En. Harmi). Terima kasih.