Saturday, March 15, 2014

Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Menengah Zon Selatan Tahun 2014


Program
Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Menengah Zon Selatan

Tarikh/Masa
Jumaat, 4 April 2014
8.30 pagi - 5.00 petang

Lokasi
Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, Johor Darul Takzim.

Anjuran
Azwan Dot Com Enterprise - Minda Intelek Global
Panitia Bahasa Melayu SM Sains Batu Pahat.

Penyertaan
Jumlah Peserta : 5 orang pelajar & 2 orang guru pengiring bagi setiap sekolah
Yuran Penyertaan : RM 200.00 setiap sekolah
Tarikh Tutup Penyertaan : Isnin, 31 Mac 2014
Kod Program : 009 (Kod program untuk melengkapkan proses pendaftaran atas talian.)

Pengesahan Penyertaan (setakat 20 Mac 2014)

1. SM Sains Batu Pahat
2. SMK Seri Medan
3. SM Agama Parit Raja
4. Maktab Rendah Sains MARA Mersing

Maklumat Am

1. Penyertaan terbuka kepada 30 buah sekolah sekitar Johor, Melaka dan Negeri Sembilan yang terawal mendaftar secara atas talian menerusi borang penyertaan sepertimana yang dipaparkan di bawah.

2. Namun begitu, penyertaan daripada sekolah-sekolah dari luar zon selatan turut dialu-alukan.

3. Setiap sekolah diwakili oleh 5 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring sahaja.

4. Yuran penyertaan bagi setiap sekolah adalah RM 200.00 (Dua Ratus Ringgit Sahaja). Namun begitu, jika ada sekolah yang ingin membawa individu tambahan (pelajar/guru/jurulatih/pemandu), maka bayaran tambahan sebanyak RM 50.00 (Lima Puluh Ringgit Sahaja) akan dikenakan bagi setiap individu.

5. Yuran penyertaan bolehlah dijelaskan secara tunai atau cek semasa hari pendaftaran. Butiran lanjut berhubung proses pembayaran akan dimaklumkan menerusi surat jemputan rasmi yang akan dihantar menerusi emel kepada pihak sekolah Tuan/Puan dalam jangkamasa 20 hingga 31 Mac 2014.

6. Makan-minum sepanjang program, bahan-bahan bengkel dan segala kemudahan yang difikirkan perlu akan disediakan oleh pihak penganjur. Namun begitu, pengangkutan atau penginapan (jika ada) adalah bawah tanggungjawab sekolah sendiri.

7. Surat jemputan akan dihantar kepada sekolah-sekolah yang telah mendaftar secara atas talian (online registration) menerusi borang penyertaan di bawah. Sila masukkan kod program 009 bagi pendaftaran program bengkel bahas ini.

8. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan adalah pada hari Isnin, 31 Mac 2014.

TENTATIF PROGRAM

Masa
Aktiviti
Lokasi
8.00 pagi
Pendaftaran Peserta
Dewan
8.30 pagi
Pengenalan Asas : Format & Konsep
Permulaan Ucapan Substantif
9.30 pagi
Minum Pagi
Kafeteria
10.00 pagi
Definisi Konsep
Dewan
Premis & Strategi Pasukan
11.00 pagi
Hujah
Celahan
12.30 tgh hari
Makan Tengah Hari / Solat Jumaat
Kafeteria / Surau
2.00 petang
Bidasan
Dewan
Izin Laluan
3.15 petang
Penggulungan
Asas Penghakiman / Sesi Tayangan
4.30 petang
Minum Petang
Kafeteria
5.00 petang
Bersurai

9. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah diajukan kepada penama berikut:

Nama : En. Harmi bin Mohammad Jamil
Talian : 012 215 4945
Emel : mjharmi@yahoo.com 

Untuk mendapatkan surat jemputan program daripada pihak penganjur, bolehlah menghubungi penama berikut:

Nama : En. Zainudin bin Dirin (SM Sains Batu Pahat)
Talian : 012 769 1325
Emel : zbd_zd@yahoo.com


Harap maklum. Terima kasih. 

No comments: