Monday, November 18, 2013

Perancangan Program Pengucapan Awam Tahun 2014

Dijemput penyertaan daripada pihak institusi Tuan/Puan/Encik/Cik untuk program-program pengucapan awam berikut:

Pertandingan Debat 10 Penjuru MRSM Tun Ghafar Baba
Sabtu - Ahad, - tarikh akan dimaklumkan kemudian -
MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin, Melaka
Terbuka kepada sekolah-sekolah menengah terpilih sekitar Melaka sahaja.

Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Wilayah Pantai Timur
(Pahang, Terengganu & Kelantan)
Sabtu, 8 Februari 2014
Universiti Malaysia Pahang, Gambang, Kuantan
Terbuka kepada sekolah-sekolah menengah sekitar Pahang, Terengganu & Kelantan
Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Negeri Sembilan
Sabtu, 15 Februari 2014

Universiti Teknologi Mara Cawangan Negeri Sembilan, Kuala Pilah
Terbuka kepada sekolah-sekolah menengah sekitar Negeri Sembilan.

Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Negeri Perak
Sabtu, 22 Februari 2014
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Ulu Kinta, Perak
Terbuka kepada sekolah-sekolah menengah sekitar Perak.

Bengkel Bahas & Pidato Sekolah-Sekolah Daerah Kota Belud
Sabtu, 1 Mac 2014
Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan II Kota Belud, Sabah
Terbuka kepada sekolah rendah & menengah sekitar Kota Belud.

Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Menengah 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Selangor
Sabtu, 8 Mac 2014
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Bandar Tun Razak, Cheras
Terbuka kepada sekolah-sekolah menengah sekitar Kuala Lumpur & Selangor.

Bengkel Bahas & Pidato Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Labuan
Sabtu, 15 Mac 2014
Pusat Sumber BTPN Wilayah Persekutuan Labuan
Terbuka kepada sekolah rendah & menengah sekitar Labuan.

Pertandingan Debat Junior SEHEBAT
Jumaat - Ahad, 4 - 6 April 2014
Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, Johor
Terbuka kepada para pelajar menengah rendah (Tingkatan Satu & Dua) sahaja.

Pertandingan Debat Persahabatan ADCE-MiG
Jumaat - Ahad, 25 - 27 April 2014
Lokasi pertandingan akan dimaklumkan kemudian.
Terbuka kepada sekolah menengah (terutamanya sebagai persediaan menghadapi HKSBP SESMA) dan IPG.

Pertandingan Debat, Pidato & Forum Piala Koperasi SMKSS (DEKO VI)
Jumaat - Ahad, 20 Jun - 22 Jun
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang, Selangor
Terbuka kepada para pelajar sekolah-sekolah menengah seluruh negara. 

Pertandingan Debat PERMATA UMP
Jumaat - Ahad, 29 Ogos - 1 September
Universiti Malaysia Pahang, Gambang, Kuantan
Terbuka kepada para pelajar sekolah/IPT seluruh negara

Kehadiran anda amat dialu-alukan dalam menyertai atau menghadiri program-program tersebut. 
Borang pendaftaran penyertaan (online registration) turut dilampirkan sepertimana di bawah.
Harap maklum, terima kasih.

6 comments:

Harmi bin Mohammad Jamil said...

Tiada halangan untuk Kolej Vokasional menyertainya asalkan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Harap maklum.

KDBM STAR IPOH said...

Hebat, penggerak debat sekolah-sekolah Malaysia !

IMANSHAH said...

Kenapa posting saya di blog KDBM ngan Blog Personal tak update di blog tuan ye ?

Harmi bin Mohammad Jamil said...

Rasanya ada updated posts dari blog Cikgu & KDBM STAR..

KDBM STAR IPOH said...

Ahah, baru update, dah dua hari x update.. hehe

Unknown said...

SMAMMI
Boleh sertai lagi tak Pertandingan Debat, Pidato & Forum Piala Koperasi SMKSS (DEKO VI)
Jumaat - Ahad, 20 Jun - 22 Jun
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang, Selangor
Terbuka kepada para pelajar sekolah-sekolah menengah seluruh negara.