Saturday, February 9, 2013

Program Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Institusi-Institusi Pendidikan Zon Timur Tahun 2013

Tarikh : Sabtu, 2 Mac 2013
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail, Batu Rakit
Carian : http://maps.google.com [Institut Perguruan Kuala Terengganu]
Laman : ipgmkdri.edu.my

Anjuran : Kelab Debat & Pidato IPG Kampus Dato' Razali Ismail
Kerjasama : Azwan Dot Com (ADC) Enterprise
Moderator 1 : En. Rosli b. Ali (Hakim Bahas Peringkat Kebangsaan)
Moderator 2 : En. Mohd Rofuad Ismail (Hakim Bahas Peringkat Kebangsaan)
Moderator 3 : En. Harmi b. Mohd Jamil (Jurulatih Pasukan Bahas Sekolah)

Terbuka kepada semua pelajar/guru sekolah menengah dan pelatih/pegawai IPG dari Pantai Timur sahaja. Jumlah penyertaan dihadkan kepada 30 buah institusi (180 orang peserta) yang terawal mendaftar sahaja. Setiap institusi diwakili oleh 5 orang peserta dan seorang pengiring sahaja. Turut terbuka untuk para peserta yang ingin hadir secara individu.

Yuran Penyertaan
Pakej Institusi : RM 250.00 setiap institusi 
Peserta/Pengiring tambahan : RM 70.00 setiap seorang
atau
Pakej Individu : RM 100.00 setiap seorang.

Tarikh Tutup Penghantaran Borang Penyertaan : 
ISNIN, 25 FEBRUARI 2013

Pembayaran yuran penyertaan secara tunai/cek boleh dilakukan semasa pendaftaran. Makan-minum, bahan bengkel dan sijil penyertaan akan disediakan untuk setiap peserta. Pengangkutan dan penginapan (jika perlu) adalah bawah tanggungjawab institusi/individu.

Jika berminat untuk mendapatkan surat jemputan, borang penyertaan mahupun maklumat lanjut, sila hubungi salah seorang penama seperti berikut (SMS amat digalakkan):

a) En. Harmi bin Mohammad Jamil    012 215 4945
b) En. Azwan Affandi b. Md Jahaya     017 283 8019

4 comments:

Unknown said...

wah.. kat KDRI. tahniah abg harmi dpt anjurkan bengkel ni :)

Harmi bin Mohammad Jamil said...

Pihak KDRI pun cukup teruja dan bersemangat sepertimana pihak KPI Bangi. Kebetulan juga Iqbal yang banyak usahakan untuk jayakan program ni.

Cuma bengkel ni hanya melibatkan institusi-institusi di zon Timur sahaja.

Untuk di IPGKPI, tarikh baru akan dimaklumkan kemudian jika adanya kelapangan dalam jadual saya.

Unknown said...

tahniah abg harmi! abg telah terpilih sbg salah seorang penerima anugerah cemerlang cikgu fiq.. Anugerah cemerlang bagi subjek Bahasa Melayu..huhu

http://cikgufiq.blogspot.com/2013/02/top-10-penerima-hari-anugerah-cemerlang.html

Harmi bin Mohammad Jamil said...

Alhamdulillah,
Terharunya sebab tak pernah dapat apa-apa anugerah secara maya ni..

Terima kasih buat semua yang sudi menyokong terutamanya Fiq.. Saya banyak belajar selok-belok blogging ni daripada awak (dengan cara memerhatikan & membaca blog awak).

Masih terharu.. (sambil mengesat air mata) Hehehe..