Informasi berguna untuk aplikasi bermakna. Berkongsi tips, teknik & format terkini? Sertai sesi latihan, bengkel & pertandingan? Layarilah untuk maklumat lanjut.
Friday, February 3, 2012
Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Menengah 2012
Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Menengah 2012 bakal dianjurkan menurut butiran yang dicadangkan seperti berikut:
Anjuran : Pioneer Collection Enterprise
Kerjasama : KESPA IPGKPI
Tarikh Program : Sabtu, 10 Mac 2012
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
Carian : http://maps.google.com
[Maktab Perguruan Islam Bandar Baru Bangi]
Tarikh Tutup Penyertaan : Khamis, 8 Mac 2012
Jumlah Penyertaan : 5 orang pelajar & seorang guru setiap sekolah
Yuran Penyertaan (pakej sekolah) : RM 250.00 setiap sekolah.
Yuran Penyertaan (pakej individu) : RM 70.00 setiap individu.
(Makan minum, sijil & bahan bengkel disediakan)
Hal ini kerana wujudnya sedikit perubahan dan penambahbaikan format baru yang diperkenalkan dalam Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen 2012. Format terkini ini telah dimurnikan dan diputuskan oleh jawatankuasa teknikal bahas peringkat kebangsaan dan bakal dilaksanakan pada tahun ini.
Bagi mana-mana sekolah yang berminat untuk menyertai program bengkel bahas ini, bolehlah menghubungi En Harmi Mohd Jamil (012-2154945). Tempat dan jumlah penyertaan adalah terhad. Harap maklum.
Berikut merupakan senarai sekolah yang telah mengesahkan penyertaan:
1. SMK Bandar Baru Bangi
2. SMK Cheras Jaya
3. SMK Taman Jasmin 2
4. SMK Meru, Klang
5. SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi
6. SMK Bandar Baru Puchong 1
7. SMK Seksyen 18, Shah Alam
8. SMK Saujana Impian
9. MRSM Alor Gajah
10. SMK Telok Panglima Garang
11. SMK Taman Dato' Harun
12. SMK (P) Taman Petaling
13. SMK Seksyen 7, Shah Alam
14. SMK Bandar Tun Hussein Onn 2
15. SMK Puchong
16. SMK Sultan Abdul Aziz Shah
17. SMK Seri Sentosa
18. SMK Cochrane
19. SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah*
20. SMK Seksyen 19, Shah Alam*
21. SMK Bandar Baru Sg. Buloh*
22. SAMT Hishamuddin Kpg. Jawa*
23. SMK Subang Utama*
24. SMKA Tun Ahmadshah, Inanam (Individu)*
25. SMK Bukit Rangin, Kuantan (Individu)*
26. SMK Semambu, Kuantan (Individu)*
27. SMK Bukit Jalor, Tampin (Individu)*
Petunjuk
* - borang penyertaan akan diserahkan semasa pendaftaran.
Nota : Masih ada 13 kekosongan sahaja lagi bagi sekolah-sekolah yang berminat untuk menyertai program bengkel ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by 123ContactForm | Report abuse
4 comments:
Dimaklumkan bahawa jumlah penyertaan adalah terhad kepada 40 buah sekolah yang terawal mendaftar sahaja berdasarkan prinsip 'siapa cepat, dia dapat.' Usah berlengah lagi, hubungi kami untuk mendapatkan surat jemputan & borang penyertaan.
Salam sejahtera…. Ada pertandingan debat ke selepas bengkel nie ????
Salam sejahtera, tiada pertandingan khusus yang diadakan selepas bengkel ini. Bengkel ini diadakan kerana banyak sekolah akan menghadapi pertandingan bahas anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia bagi peringkat zon/daerah/negeri di tempat masing-masing.
salam...kalau sesebuah sekolah tu nak hantar lebih dari 5 org bleh x?
Post a Comment