Monday, December 26, 2011

Debat Terbuka Online (DTO) 2011 - PA102

PUSINGAN AWAL 1

Tarikh/Masa : Sabtu, 10 Disember 2011, 9.00 pagi hingga 9.00 malam
Tema : Politik Antarabangsa - Pertahanan Negara

Kerajaan : Haziq Abdullah
Pembangkang : Safiuddin Ibrahim

Usul : NATO PATUT MENYERANG IRAN


Perdana Menteri (Haziq)

Assalamualaikum , salam perbahasan dan salam perpaduan . Selaku Perdana Menteri pada hari ini mohon izin Tuan Yang Di-Pertua untuk mengagaskan satu usul yang cukup penting demi kemaslahatan rakyat jelata . Usul berbunyi “NATO patut menyerang Iran”, maka selaku kerajaan yang baik kami menyokong penuh usul yang yang dipercayai dewan.

Seterusnya kita ke arena pendefinisian frasa demi frasa . Frasa pertama “Nato”. NATO merupakan perikatan ketenteraan antara beberapa negara Eropah dan Amerika Syarikat. NATO ditubuhkan pada 4 April 1949 dengan Perjanjian Atlantik Utara. Negara-negara ahlinya bersetuju bekerjasama dari segi ketenteraan kalau salah satu daripada ahlinya diserang.

Frasa kontroversi pada hari ini adalah “patut menyerang”. Selaku kerajaan yang yang baik membincangkan usul , frasa “patut menyerang” saya ukur kepada 3 indikator utama. Pertama , permasalah yang berlaku dalam sistem pemerintahan di Iran . Kedua , dasar ekonomi tertutup Iran dan ketiga penerimaan rakyat kepada kerajaan . Pihak pembangkang perlu faham bahawa bentuk serangan NATO tidak terikat dengan serangan menggunakan senjata sahaja tetapi dapat menggunakan serangan secara lebih bijak.Contohnya dengan menyalurkan dana kepada rakyat Iran yang memerlukan mampu membawa kepada perubahan mentaliti rakyat Iran itu sendiri. Pihak pembangkang perlu faham , tujuan sebenar serangan adalah mengembalikan hak sebenar rakyat iran dan menghapuskan penindasan kerajaan sedia ada kepada rakyat.

Dan frasa terakhir adalah frasa “Iran” . Iran merupakan sebuah negara yang menyimpan antara tamadun yang tertua di dunia. Berumur hampir 6000 tahun, Iran terletak di tengah-tengah benua Eurasia dan ini menjadikan ia cukup penting dalam tamadun dunia kerana mempunyai kedudukan geografi yang strategik. Iran juga adalah ahli pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Persidangan Islam,Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dan Organisasi Kerjasama Ekonomi. Merupakan antara kuasa rantau yang terpenting di Asia Barat Daya, Iran memainkan peranan yang penting dalam ekonomi dunia melalui simpanan minyaknya yang banyak.

Tuan Yang Di-Pertua , sekalu kerajaan pada hari ini kami tampil dengan pendirian yang cukup kuat iaitu “serangan keatas iran wajar dilakukan oleh NATO” . Melihatkan kepada 3 unjuran rasional iaitu yang pertamanya permasalah yang berlaku dalam sistem pemerintahan di Iran . Kedua , dasar ekonomi tertutup Iran dan ketiga penerimaan rakyat kepada kerajaan . Maka . apabila ketiga-tiga indikator ini menjadi bukti kukuh kewajaran Nato untuk menyerang Iran dalam mengembalikan hak sebenar rakyat iran dan menghapuskan penindasan kerajaan sedia ada kepada rakyat.

Kita teruskan dengan menganalisis hujah perdana saya dibawah kata kunci “permasalah yang berlaku dalam sistem pemerintahan di Iran”.Fakta pertama , Pemimpin Agung Iran yang bertanggungjawab terhadap "polisi-polisi umum Republik Islam Iran" dan beliau juga merupakan ketua pasukan bersenjata dan badan perisikan Iran dan mempunyai kuasa mutlak untuk mengisytiharkan perang. Ketua kehakiman, stesen radio dan rangkaian televisyen, ketua polis dan tentera dan enam daripada dua belas ahli Majlis Wali Iran juga dilantik oleh Pemimpin Agung. Majlis Pakar pula bertanggungjawab mengundi dan juga memecat Pemimpin Agung atas justifikasi populariti individu itu.

Selaku kerajaan yang baik , kami terkilan kerana kredabiliti pemimpin itu diukur hanya pada populariti seseorang individu itu . Mampukah beliau sandarkan populariti sebagai kredebiliti untuk memerintah sebuah negara dan mengekalkan kestabilan ekonomi di negara itu ? Kita bukan membincangkan kepada populariti semata-mata sebaliknya kemampuan seorang pemimpin itu untuk memerintah.

Di samping itu , pelbagai cara digunakan oleh golongan pemerintah di Iran untuk menjadi presiden dan mendapat kuasa memerintah di bumi itu . Buktinya , pada pilihanraya untuk melantik pemimpin mereka , berlaku penyelewengan undi dan mengakibatkan berlakunya pepecahan politik di Iran .Hal ini seterusnya membawa kepada permasalahan yang berlaku dalam kalangan rakyat terhadap penerimaan kepada kerajaan . Masalah ini akan saya bincang dalan hujah saya yang kedua nanti .

Maka , pihak pembangkang perlu membuktikan bhwa kerajaan iran skrg ini adalah 100% tidak mempunyai masalah politik. Seandainya pihak pembangkang gagal membuktikan walaupun dengan kadar 0.01% beban tugas diatas maka usul perdebatan pada hari ini seharusnya diterima sebulat suara tanpa bangkangan.

Saya tegakkan kembali pendirian kerajaan iaitu kami yakin dan percaya “serangan keatas iran wajar dilakukan oleh NATO” . Melihatkan kepada 3 unjuran rasional iaitu yang pertamanya permasalah yang berlaku dalam sistem pemerintahan di Iran . Kedua , dasar ekonomi tertutup Iran dan ketiga penerimaan rakyat kepada kerajaan . Maka . apabila ketiga-tiga indikator ini menjadi bukti kukuh kewajaran Nato untuk menyerang Iran dalam mengembalikan hak sebenar rakyat iran dan menghapuskan penindasan kerajaan sedia ada kepada rakyat. Mohon untuk terus mencadang.


Ketua Pembangkang (Safiuddin)

Bismillahirahmanirahim..
Salam Perdebatan seisi dewan,
TYDP selaku Ketua Pembangkang pada hari ini mohon Izin untuk membangkang usul gagasa YAB Perdana Menteri iaitu "NATO patut menyerang Iran”.

Sebelum bicara hujah bermula izinkan saya untuk membuat semakan dan bidasan definisi konsep kerajaan.Kami menerima definisi konsep kerajaan dengan sedikit pindaan bagi frasa “PATUT MENYERANG”.Kerajaan meletakkan rasional tindakan ini melihat kepada kepincangan Iran dari segi politik,ekonomi dan sosial dan serangan ini bertujuan mengembalikan hak sebenar rakyat iran dan menghapuskan penindasan kerajaan sedia ada kepada rakyat.Soal saya negara mana yang tidak ada masalah dari segi ketiga-tiga aspek ini Malaysia sendiri walaupun negara aman dengan demokrasi tetap menghadapi masalah dalaman tetapi masih stabil dan terkawal begitu juga dalam konteks Iran dan mengapa masalah Iran yang mampu ditangani secara diplomasi oleh kerajaan mereka memerlukan serangan militari NATO.NATO bertujuan menjaga keselamatan dan keamanan negara-negara ahli mereka daripada ancaman negara luar dan adakah Iran mengancam ahli NATO?apa kaitan peranan NATO dalam keamanan dalam pentadbiran Iran.Ini yang gagal Kerajaan fahami.

Maka frasa ini kami tafsirkan sebagai :
-Suatu tindakan militari oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) rentetan kegagalan kuasa-kuasa dunia memberi kesan tekanan diplomatik terhadap Iran dalam persetujuan bersama Majlis Keselamatan PBB (2006-2008) yang mengeluarkan Resolusi 1737,1747 dan 1803 kepada Iran supaya menghentikan pembangunan Nuklearnya.

-3 keadaan utama tindakan ini kami perlihatkan :
1. Tidak mampu mencapai matlamat
2. Tidak membawa impak positif
3. Gagal menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul.

Selesai bidasan konsep.
TYDP,dalam hujah pertama mereka bercerita mengenai “permasalah yang berlaku dalam sistem pemerintahan di Iran”.Mereka mempersoal kredabiliti pemimpin itu diukur hanya pada populariti seseorang individu itu.Kerajaan perlu faham dalam konteks politik frasa populariti pemimpin bukan sahaja merujuk kepada sejauhmana rakyat mengenali pemimpin itu tetapi menggambarkan tahap penerimaan majoriti rakyat terhadap corak kepemimpinan pemimpin itu sendiri.Kerajaan juga ada menyatakan berkenaan ajlis Pakar yang bertanggungjawab mengundi dan juga memecat Pemimpin Agung atas justifikasi populariti individu itu. Ini menunjukkan bagaimana wujudnya mekanisme yang menilai tahap kualiti kredibiliti pemimpin itu sendiri.Maka apa masalahnya dalam kredibiliti pemimpin Iran.Isu penyelewangan undi.Ini merupakan masalah normal kebanyakkan negara.Malaysia sendiri sebuiah negara aman demokrasi mengalami masalah sama maka itu semua negara mempunyai pemerhati dalam pilihanraya bagi mengatasi masalah ini walaupun tidak dapat ditangani secara total tetapi mekanisme untuk mengekang penularan masalah itu tetap ada.Maka adakah disebabkan isu-isu sebegini Iran perlu diserang NATO? Selesai bidasah hujan pertama kerajaan.

Premis kami iaitu Iran tidak wajar diserang NATO.
TYDP sila analisi hujah pertama kami iaitu “Serangan ke atas Iran melanggar perjanjian dalaman NATO”.

Fakta pertama : NATO berperanan menjaga keselamatan negara ahlinya sekiranya diserang.
TYDP,dalam isu Iran mereka tidak pernah menggugat mana-mana anggota ahli NATO seperti Amerika Syarikat, Perancis, Itali ,United Kingdom dan banyak lagi.Sebaliknya anggota negara mereka iaitu AS yang membuat pencerobohan udara menggunakan pesawat tanpa pemandu AS RQ-170 yang digunakan untuk serangan. Ironisnya NATO yang sebelum ini menggugat keselamatan Iran tetapi Iran tidak pula menyerang mana-mana negara anggota ahli mereka hanya sedar tindakan tangkapan mengikut undang-undang.Tidak cukup dengan serangan ketenteraan yang tidak berasas dikenakan pula tekanan ekonomi dan diplomatik oleh negara-negara ahli NATO.Tindakan ini jelas bercanggah dengan peranan sebenar Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) iaitu menjaga keselamatan dan keamanan negara anggota daripada ancaman dan serangan luar dan bertindak menyerang SEKIRANYA negara anggota DISERANG. Realiti hari ini menunjukkan kepada dunia siapa serang siapa dahulu?hanya yang bijak dan celik mampu menjawab.Matlamat untuk menyerang Iran oleh NATO umum ketahui kerana Iran membangunkan Projek Nuklearnya.Persoalan saya pada hari ini,untuk membangunkan teknologi nuklear itu adalah HAK Iran selagi tidak melanggar dalam perjanjian Nuclear Non-Proliferation Treaty (NPT) yang disertainya.Uranium Iran hanya bawah had 5% untuk tujuan damai berbanding ketenteraan iaitu 97%.

Jadi apa rasional dan relevannya NATO menyerang Iran.Maka itulah kami katakan Serangan keatas Iran melanggar perjanjian dalaman NATO SEKALIGUS Mohon Usul Ditolak.
Benarlah Iran tidak wajar diserang NATO. Mohon membangkang.


Menteri Kedua (Haziq)

Asalamualaikum , salam perdebatan . Tuan Yang Di-Pertua , usul pada hari ini masih sama ,”NATO patut menyerang Iran”.Justeru , bertindak selaku Menteri Kedua saya menyokong penuh gagasan usul Y.A.B Perdana Menteri .
Kiata mulakan sesi bidasan.Pertamanya, ingin saya tegakkan pendefinisian konsep di pihak kerajaan melalui frasa patut menyerang” saya ukur kepada 3 indikator utama. Pertama , permasalah yang berlaku dalam sistem pemerintahan di Iran . Kedua , dasar ekonomi tertutup Iran dan ketiga penerimaan rakyat kepada kerajaan . Pihak pembangkang perlu faham bahawa bentuk serangan NATO tidak terikat dengan serangan menggunakan senjata sahaja tetapi dapat menggunakan serangan secara lebih bijak.Contohnya dengan menyalurkan dana kepada rakyat Iran yang memerlukan mampu membawa kepada perubahan mentaliti rakyat Iran itu sendiri. Tujuan sebenar serangan adalah mengembalikan hak sebenar rakyat iran dan menghapuskan penindasan kerajaan sedia ada kepada rakyat.

Kedua , pihak pembangkang mngatakan masalah yang dihadapi oleh Iran mampu diselesaikan secara diplomasi . Saya bidas isi ini kerana pihak pembangkang gagal mengemukakan bukti kukuh bahawa ada masalah yang telah berjaya diselesaikan secara diplomasi malahan situasi kian runcing berlaku di Iran . Ketiga , pihak pembangkang memberi lambakkan akta tentang serangan militari Nato .Saya bidas begini , pihak pembangkang terlepas pandang apabila perjanjian yang dibuat antara NATO dan PBB pada 16 Disember 2002.Dengan perjanjian ini , Nato diberi kuasa untuk menggunakan asset dalam menyelesaikan krisis antarabangsa dengan syarat Nato tidak melanggar ‘hak penolakan pertama’ dan terbukti tindakan nato untuk menyelesaikan masalh di iran tidak melanggar mna-mana ‘hak penolakkan pertama’.Oleh itu saya kira isi penhujahan pembngkang langsung tidak boleh diguna pakai dalam sesi perdebatan kali ini . Keempat , pebangkang membicarakan premis mereka Iran tidak wajar menyerang Nato.Rasionalnya hanya kerana iran tidak mengancam mana-mana ahli Negara nato . TYDP,pembngkng tidak sedar bahawa ada cara yang lebih suci utk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh iran seperti yang dilakukan kerajaan. Sekiranya serangan militari terus diambil seperti yang dimahukan pembangkang saya kira permasalahan yang berlaku tidak akan selesai sebaliknya kian runcing. Selesai bidasan.

TYDP, kita teruskan dengan dengn hujah kedua kerajaan iaitu ‘penerimaan rakyat kepada kerajaan’.TYDP,dalam hujah ini saya menceritakan bagaimana rakyat tidak boleh menerima kerajaan pimpinan sekarang .Buktinya , berlakunya himpunan tunjuk perasaan kepada pimpinan kerajaan dek kerana pemimpin yang tidak mengendahkan rakyat .Masalah pertambah apabila seramai 75 orang mati sewaktu himpunan tersebut . Mana masalah yang telah berjaya diselesaikan pembangkang secara diplomasi ? Oleh itu , kerajaan memikirkan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi iran dengan bantuan Nato termasuk menyelesaikan masalah siapa serang siapa .

Kita teruskan dengan hujah ketiga kami dibawah kata kunci ‘dasar ekonomi tertutup iran’.Kami terkilan pembangkang melemparkan fitnah apabila iran mendapat tekanan ekonomi dan diplomatik oleh negara-negara ahli NATO.Faktaya , Ekonomi Iran adalah campuran Ekonomi Perancangan Berpusat dengan sumber minyak dan perusahaan-perusahaan utamanya dimiliki kerajaan, dan juga terdapat beberapa perusahaan-perusahaan swasta. Pertumbuhan ekonomi Iran adalah STABIL semenjak dua abad yang lalu.
Pada awal abad ke-21, peratusan sektor perkhidmatan dalam pengeluaran negara kasarnya,PNK, adalah yang tertinggi, diikuti dengan perlombongan dan pertanian. 45% daripada belanjawan negara adalah hasil perlombongan minyak dan gas asli, dan 31% pula adalah dari cukai. Pada tahun 2004, PNK Iran dianggarkan sebanyak $163 bilion atau $2,440 per kapita.
Rakan dagangan Iran pula adalah China, Rusia, Jerman, Perancis, Itali, Jepun dan Korea Selatan yang rata-ratanya juga ahli Negara Nato. Manakala, semenjak lewat 90-an, Iran mula meningkatkan kerjasama ekonomi dengan beberapa negara membangun termasuklah Syria, India dan Afrika Selatan.Ini jelas membuktikan dasar ekonomi tertutup dalam negara Iran itu sendiri yang menjadi punca masalah. Buktinya , kemiskinan rakyat di Iran makin bertambah malahan harga barang yang mahal dan dasar ekonomi yang tidak terbuka dilaksanakan pemimpin Iran .
Oleh itu . terang lagi bersuluh , usul pada hari ini wajar diterima sebulat suara tanpa sebarang bangkangan melihat kepada kegagalan pembangkang menolak usul secara relevan . Mohon untuk terus mencadang .


Pembangkang Kedua (Safiuddin)

Bismillahirahminirahim..
Salam perdebatan & salam keamanan tanpa serangan
TYDP,selaku Pembangkang Kedua saya tidak bersetuju dengan gagasan usul YAB Perdana Menteri iaitu “NATO PATUT MENYERANG IRAN”.
Sebelum bicara hujah bermula izinkan saya menegakkan kembali definisi konsep kami bagi frasa :
“PATUT MENYERANG”: -Suatu tindakan militari oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) rentetan kegagalan kuasa-kuasa dunia memberi kesan tekanan diplomatik terhadap Iran dalam persetujuan bersama Majlis Keselamatan PBB (2006-2008) yang mengeluarkan Resolusi 1737,1747 dan 1803 kepada Iran supaya menghentikan pembangunan Nuklearnya.

-3 keadaan utama tindakan ini kami perlihatkan :
1. Tidak mampu mencapai matlamat
2. Tidak membawa impak positif
3. Gagal menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul.

Baik,kita mulakan rentak bidasan terhadap Menteri kedua menerusi hujah ketiga perwakilam kerajaan.

Hujah 3 : ekonomi tertutup iran
- Cerita beliau Pembangkang melemparkan fitnah apabila iran mendapat tekanan ekonomi dan diplomatik oleh negara-negara ahli NATO dan hakikatnya ekonomi Iran stabil.Ingin saya tegaskan disini merujuk resolusi 1803 oleh Majlis Keselamatan PBB jelas mengatakan sekatan kewangan atau barangan dwi-kegunaan untuk tunjuan Nuklear Iran.Saya sedar fakta yang dinyatakan kerajaan berkaitan ekonomi Iran yang dijelaskan sumber autoritatif wikipedia mengenai maklumat Negara Iran .Namun mari kita berbalik kepada realiti,ya ekonomi Iran kini stabil namun dalam kestabilan itu kita perlu sedar akibat Resolusi 1803 itu telah menghalang Iran untuk terus maju dan stabil dari segi ekonominya kerana dana untuk Teknologi Nuklear bagi tujuan damai untuk menjana tenaga disekat.Jika tidak disekat Iran mampu menjimatkan penggunaan sumber asli untuk menjana tenaga kerana dengan teknologi nuklear mereka dapat menjimatkan 15% penggunaan tenaga negara.Namun apabila disekat kewangan Iran terpaksa membelanjakan 30 billion USD setahun dan membebankan.Bukankan ini tekanan ekonomi?.Berkenaan kemiskinan rakyat Iran jangan salahkan kerajaan tetapi kita perlu sedar tindakan tekanan daripada kuasa-kuasa dunia terutama Amerika yang mengheret keadaan.Harga barang mahal mengapa? Ini kerana pasaran barangan mengikut keadaan ekonomi dunia adakah wajar disalahkan kerajaan Iran juga?Maka tidak releven disebabkan dasar ekonomi Iran perlu dikenakan tindakan militeri oleh Nato.

Hujah 2 :Penerimaan rakyat kepada kerajaan
- Kerajaan mengatakan berlakunya himpunan tunjuk perasaan kepada pimpinan kerajaan dek kerana pemimpin yang tidak mengendahkan rakyat .Masalah bertambah apabila seramai 75 orang mati sewaktu himpunan tersebut.TYDP,isu ini berlaku kerana perbezaan ideologi politik yang berbeza dalam kalangan rakyat Iran dan himpunan hanyalah daripada kelompok minoriti yang tidak menyokong kerajaan.Adakah minoriti menggambar perasaan seluruh rakyat Iran terhadap tampok kepemimpinan negara?
Hanya berkaitan isu ini tidak relevan NATO campur tangan kerana tindakan mereka hanya menaikkan kemarahan rakyat Iran dan masyarakat dunia sepertimana berlaku di Iraq,Afghanistan dan Lubnan.

Selesai bidasan hujah Menteri Kedua.

Hujah 1 : permasalah yang berlaku dalam sistem pemerintahan di Iran

-TYDP,mereka tidak boleh menghukum dengan sandaraan kepada populariti untuk melihat kredibiliti pemimpin Iran.Itu merupakan sistem pemerintah Iran yang yang berasaskan perlembagaan dan perlu dihormati.Tindakan serangan ketenteraan hanya akibat faktor ini amatlah tidak relevan dan menunjukkan betapa NATO sengaja mengambil kesempatan terhadap Iran.
Selesai Bidasan Perdana Menteri.
Premis kami cukup mudah betapa Iran tidak wajar diserang NATO

TYDP,sila analisi hujah kami.

Hujah 2 : Serangan ke atas Iran menyebabkan ekonomi dunia terkesan

Fakta 1 : Peningkatan Harga Minyak

- Iran bukanlah kuasa besar ekonomi dunia seperti Amerika tetapi umum ketahui Iran merupakan pengeluar minyak kelima terbesar.Jika Iran diserang sudah tentu sumber pengeluaran minyak dunia terjejas.Kekurangan pengeluaran ini menyebabkan permintaan melebihi penawaran dan inflasi akan terjadi sekaligus membebankan masyarakat dunia.Statistik menunjukkan apabila Iraq negara ke-12 pengeluar minyak terbesar dunia diserang NATO pada 2003 menyebabkan harga minyak dunia meningkat lima kali ganda. Kini harga minyak US$92 per barreI merupakan peningkatan tertinggi dalam dagangan Asia.Apatah lagi sekiranya Iran negara kelima pengeluar minyak terbesar dunia diserang berapa kali ganda impak kenaikkan perlu dunia tanggung?

Fakta 2 : Teori Domino Ekonomi
Rentetan daripada krisis harga minyak akibat serangan ke atas Iran kita melihat akan berlakunya kesan rantaian kepada harga barangan keperluan asas seperti makanan.Terkesan juga terhadap industri automotif dan perkhidmatan.Tempiasnya juga terkesan kepada kerjasama ekonomi dunia seperti China, Rusia, Jerman, Perancis, Itali, Jepun dan Korea Selatan dalam perdagangan minyak dan gas asli.Impak ekonomi yang begitu teruk sekali jika NATO menyerang Iran.

Hujah 3 : Serangan membawa kepincangan politik dunia

Fakta 1 : Revolusi masyarakat Islam Dunia

- Tindakan menyerang Iran hanya akan menimbul kemarahan masyarakat Islam dunia kerana tindakan NATO sememangnya merupakan agenda licik Amerika dalam memporak perandakan masyarakat Islam.Sejarah Iraq,Afghanistan dan Lubnan sudah cukup mengajar kita betapa konspirasi NATO-Amerika serta sekutunya Israel menindas negara Islam.Kemungkinan kebangkitan masyarakat dunia adalah tinggi.Kini seramai 759 rakyat Britain telah keluar daripada kerakyatan mereka sebagai protes tindakan negara Barat menindas negara Islam apatah lagi semangat masyarakat Islam.Sudah pasti hubungan Negara Islam dan BARAT akan berlaku kepincangan.

Maka benarlah serangan NATO menyebabkan krisis ekonomi dan kepincangan politik antarabangsa betapa premis kami Iran tidak patut diserang NATO.
Mohon membangkang.


Menteri Ketiga (Haziq)

Asalamualaikum , salam keamanan dan kesejahteraan . Selaku yang ketiga pada hari ini tetap menyokong usul ‘Nato patut menyerang Iran’.Rasional yang cukup kuat iaitu “serangan keatas iran wajar dilakukan oleh NATO” . Melihatkan kepada 3 unjuran rasional iaitu yang pertamanya permasalah yang berlaku dalam sistem pemerintahan di Iran . Kedua , dasar ekonomi tertutup Iran dan ketiga penerimaan rakyat kepada kerajaan . Maka . apabila ketiga-tiga indikator ini menjadi bukti kukuh kewajaran Nato untuk menyerang Iran dalam mengembalikan hak sebenar rakyat iran dan menghapuskan penindasan kerajaan sedia ada kepada rakyat.Soal perpaduan dunia bukan satu perkara mainan dan boleh di anggap enteng .

Maka pada hari ini saya akan melakukan 2 gerak kerja utama .
1.Sesi bidasan di perwakilan pembangkang
2.Pengukuhan kes kerajaan

Kita mulakan yang pertama . TYDP , konsep pembangkang pada hari ini melihat

‘Suatu tindakan militari oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) rentetan kegagalan kuasa-kuasa dunia memberi kesan tekanan diplomatik terhadap Iran dalam persetujuan bersama Majlis Keselamatan PBB (2006-2008) yang mengeluarkan Resolusi 1737,1747 dan 1803 kepada Iran supaya menghentikan pembangunan Nuklearnya’. Kesalahan paling BESAR pembangkang kerana melakukan PELARIAN konsep dengan mengecilkan ruang linkup perdebatan melalui frasa ‘patut menyerang’ iaitu hanya melakukan serangan secara militari semata-mata sedangkan kerajaan telah berulang-kali menetap ruang lingkup yang lebih besar bahawa kita perlu faham bentuk serangan NATO tidak terikat dengan serangan menggunakan senjata sahaja tetapi dapat menggunakan serangan secara lebih bijak.

Hujah 3 - Serangan membawa kepincangan politik dunia

TYDP , beliau menceritakan bahawa akan menimbul kemarahan masyarakat Islam dunia kerana tindakan NATO menyerang Iran .Malah mengatakan niat baik Nato adalah untuk menindas rakyat Islam .Maka bakal wujudlah revolusi kebangkitan kata beliau . Namun saya bidas begini , TYDP , pertama kesalahan beliau megemukakan isi tentang perkara yang AKAN berlaku apabila Nato TELAH menyerang Iran secara MILITARI .Ini yang dikatakan pelarian TYDP , beliau tidak langsng mengemukakan isi untuk menentang konsep kerajaan iaitu menyerang dengan cara yang lebih bijak .Tidak langsung beliau kemukakan kelemahan pendekatan secara dalaman ini .Sebaliknya menceritaka tentang perkara yang akan berlaku pada sesuatu yang Nato tidak lakukan .
Beliau tidak memahami bahawa usul pada hari iailah CADANGAN dan belum dilaksanakan.Setahu saya semua rakyat , bangsa , agama , dan Negara inginkan keamanan bukan sesetangah pihak seperti yang dikatakan pembangkang .

Hujah 2 - Serangan ke atas Iran menyebabkan ekonomi dunia terkesan

beliau menceritakan masalah ekonomi yang akan berlaku apabila serangan dilakukan.
Sekali lagi TYDP , beliau megemukakan kesan yang akan berlaku apabila serangan secara militari dilakukan.Berkali-kali telah dikatakan bahawa Nato tidak akan meyerang secara militari semata-mata seperti yang di hebohkan pembangkang tetapi denagn cara yang lebih baik . Sdangkan TYDP, pendekatan yang dilakukan oleh Nato untuk memuhlihkan keadaan dalamn Iran supaya kerajaan pimpinan mereka dapat meuruskan sumber itu dengan baik.Jika rakyat sendiri menentang , siapa yang ingin menguruskan sumber tersebut ? Jika pengambilan tenaga buruh asing , bukah itu memerlukan perbelanjaan yang banyak dan mempengaruhi harga minyak.Maka , jika krisis dalaman iran dapat diselesaikan maka sumber itu dapat diuruskan dengan baik dan harga minyak dapat dijaga ?

Hujah 1 –seranagn keatas iran melanggar perjanjian dalaman

Saya bidas begini , perjanjian yang dibuat antara NATO dan PBB pada 16 Disember 2002.Dengan perjanjian ini , Nato diberi kuasa untuk menggunakan asset dalam menyelesaikan krisis antarabangsa dengan syarat Nato tidak melanggar ‘hak penolakan pertama’ dan terbukti tindakan nato untuk menyelesaikan masalh di iran tidak melanggar mna-mana ‘hak penolakkan pertama’.Malahan , perkara ini dapat diselesaikan tanpa menggadaikan sebarang nyawa ?

Pengukuhan kes kerajaan

Kronologi perdebatan daripada pihak kerajaan denagn hujah pertama permasalah yang berlaku dalam sistem pemerintahan di Iran . Kedua , dasar ekonomi tertutup Iran dan ketiga penerimaan rakyat kepada kerajaan . Maka . apabila ketiga-tiga indikator ini menjadi bukti kukuh kewajaran Nato untuk menyerang Iran dalam mengembalikan hak sebenar rakyat iran dan menghapuskan penindasan kerajaan sedia ada kepada rakyat.Objektifnya Cuma satu , DEMI KEAMANAN .Perlu diingatkan , setiap perkara yang berlaku perlu diselesaikan dari mana iai bermula.Maka jelaslah usul pada hari ini wajar DITERIMA . Mohon untuk terus mencadang.


Pembangkang Ketiga (Safiuddin)

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum dan selamat bersidang,
TYDP,selaku Pembangkang Ketiga pada hari ini,saya tidak bersetuju dengan gagasan usul YAB Perdana Menteri iaitu NATO PATUT MENYERANG IRAN.
Ini melihat kepada premis kami betapa Iran tidak wajar diserang NATO.

TYDP,rentak bicara pertama saya ialah membuat bidasan Menteri Ketiga
TYDP dalam bidasan beliau menerusi hujah ketiga kami iaitu SERANGAN MEMBAWA KEPINCANGAN POLITIK ANTARABANGSA beliau mempertikai dengan merujuk pelarian konsep.Sebenarnya apabila kerajaan meletakkan rasional “PATUT DISERANG” melihat kepada masalah pemerintahan,dasar ekonomi dan penerimaan rakyat maka perlunya serangan NATO secara militari dan pendekatan bijak.Soal saya,adakah isu-isu ini perlu campur tangan NATO yang melibatkan serangan militari dan mengakibatkan korban nyawa jika keadaan masih stabil.Konteks Iran kini mereka masih lagi stabil dan Presiden Ahmadinejad telah menegaskan bahawa campur tangan NATO tidak diperlukan di sokong lagi dengan pendirian rakyatnya,pertubuhan negara-negara Islam dan rakyat Britain sendiri menolak tindakan serangan NATO.Melihat kepada pendekatan NATO SEBELUM INI di Iraq adakah mungkin mereka akan menggunakan pendekatan bijak kali ini?

Bidasan beliau dalam hujah kedua mengenai Serangan ke atas Iran menyebabkan ekonomi dunia terkesan.Kata beliau Nato tidak akan meyerang secara militari semata-mata.Ini menunjukkan tetap berlaku serangan ketenteraan dan apabila wujudserangan ketenteraan maka ia tetap menyebabkan krisis ekonomi itu tidak dapat dinafikan lagi.Beliau mempertikai pengurusan sumber oleh Kerajaan Iran supaya sumber itu dapat diuruskan dengan baik.Soal saya,adakah Iran gagal menguruskan sumber negara mereka.Kerajaan sendiri telah menunjukkan keadaan ekonomi Iran yag stabil dalam hujah ketiga beliau.Jelas percanggahan kes Kerajaan.
Bidasan beliau dalam hujah pertama kami iaitu Iran tidak mengancam negara-negara NATO.
Katanya perjanjian antara NATO dan PBB pada 16 Disember 2002 memberi kuasa untuk menggunakan asset dalam menyelesaikan krisis antarabangsa dengan syarat Nato tidak melanggar ‘hak penolakan pertama’.Isunya sekarang serangan NATO keatas iran bukanlah disebabkan mereka hendak menyelesaikan masalah dalam Iran yang hakikatnya tidak perlu campur tangan mereka tetapi desakan kuasa dunia untuk mereka menggugat pembangunan nuklear sepertimana dalam definisi konsep kami.

Selesai bidasan Menteri Ketiga.Beralih kepada bidasan hujah Menteri Kedua.
TYDP,dalam hujah ketiga Kerajaan iaitu Dasar ekonomi tertutup iran.
Dalam hujah ini jelas percanggahan apabila mereka menghukum disebabkan dasar ekonomi tertutup IRAN Itu sendiri yang menjadi punca masalah .Tetapi dalam masa yang sama beliau nyatakan kesuburun dan kestabilan pertumbuhan ekonomi Iran dan Iran mula meningkatkan kerjasama ekonomi dengan beberapa negara membangun termasuklah Syria, India dan Afrika Selatan.Adakah ini suatu masalah?
Beliau sendiri telah membuktikan kemaslahatan ekonomi Iran.Mereka gagal buktikan kepincangan ekonomi Iran sebaliknya menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang sihat .Mereka sebenarnya perlu tunjukkan bagaimana kepincangan ekonomi Iran mutakhir ini.Barulah relevan dikatakan dasar ekonomi tertutup Iran merupakan punca masalah.Namun gagal dibuktikan.Cukup sekadar kadar kemiskinan meningkat (statistik tidak dinyatakan menimbulkan keraguan).Harga barang meningkat? Semua negara dunia terikat kepada indeks pasaran antarabangsa dalam menentukan harga barangan kerana harga barang bukan kawalan mutlak kerajaan .Itu gagal difahami mengenai teori pemasaran.

Hujah kedua kerajaan : Penerimaan rakyat kepada kerajaan
Beliau bercerita bagaimana berlaku tunjuk perasaan dek kerana pemimpin tidak mengendahkan rakyat.Beliau tidak membuktikan secara jelas berkenaan rusuhan ini.Jika benar ini berlaku ia hanya melibatkan golongan minoriti rakyat Iran kerana sokongan rakyat Iran kini 89% menyokong Ahmedinejad selaku Presiden berbanding Moosavi Hossein.Perbezaan ideologi politik adalah normal dan statistik yang menunjukkan 89% menyokong kepemimpinan Presiden dan ketidakwujudan penularan Arab Springs ke atas Iran jelas menggambarkan penerimaan rakyat kepada kerajaan .Maka campur tangan NATO tidak relevan dan tidak mampu memberi impak positif.

Hujah pertama kerajaan : Permasalah yang berlaku dalam sistem pemerintahan di Iran

Isu yang mereka timbulkan ialah kredabiliti pemimpin itu diukur hanya pada populariti seseorang individu itu .Kerajaan perlu faham dalam dunia politik populariti pemimpin itulah yang dijadikan ukuran kerana konsep populariti ini menunjukkan tahap kesedaran rakyat terhadap kewujudan pemimpin dan tahap penerimaan terhadap corak kepemimpinan negara.Di Malaysia sendiri populariti dijadikan ukuran apabila Pensyarah daripada UIAM membuat kajian mengenai populariti Dato’ Seri Najib yang meningkat menggambarkan penerimaan rakyat terhadap kepemimpinan beliau begitu juga dalam konteks sistem pemerintahan Iran yang berasaskan perlembagaan dan perlu kita hormati.Kerajaan juga menuntut Pembangkang membuktikan bahawa Iran 100% tidak mempunyai masalah politik.Ini dikira keterlaluan kerana masalah politik adalah asam garam dalam pentadbiran.Tiada negarapun yang tiada masalah dalam politik kalau ada Kerajaan perlu tunjukkan negara mana ? apa yang penting adalah kestabilan politik itu sendiri dan kini Iran mengecapi kestabilan politik .Apa SIGNIFIKANNYA NATO dalam hal ini,umum ketahui serangan NATO hanyalah bertujuan mengekang pembangunan Teknologi Nuklear Iran itu sahaja hal ini tidak dapat disangkal lagi dengan pengeluaran sekatan melalui Resolusi MKPBB.
Pengukuhan kes kami ialah kami telah tunjukkan impak akibat serangan NATO mengikut tuntutan kuasa dunia Ssecara militari yang mengakibatkan krisis ekonomi dan politik antarabangsa.Walaupun Kerajaan menyatakaan NATO akan menggunkan pendekatan bijak juga namun gagal dibuktikan mekanisme sepanjang penghujahan.
TYDP,benarlah betapa Iran tidak wajar diserang NATO.
Mohon Membangkang.


Penggulungan Pembangkang (Safiuddin)

Bismillahirahmanirahim..
Salam Keamanan.
Bersua kita di arena penggulungan medan menyuluh kebenaran diikat pembuktian.

Pertama saya akan melakukan rumusan dan bidasan kes perwakilan kerajaan.
Kedua rumusan dan pembuktian kes pembangkang.

KERAJAAN -
RUMUSAN Hujah 1 : Permasalahan yang berlaku dalam sistem pemerintahan di Iran

Mereka bercerita mengenai isu kredabiliti pemimpin yang hanya disandarkan pada populariti.Namun kami jelaskan,bahawa dalam konteks politik, populariti pemimpin itu bukan sahaja menunjukkan sejauh mana pemimpin itu dekenali rakyatnya tetapi memperlihatkan tahap penerimaan rakyat terhadap corak kepemimpinan pemimpin itu.Maka relevan kredibiliti diukur menerusi tahap populariti kerana populariti juga membuktikan kredibiliti.Cerita mereka lagi mengenai isu berlaku penyelewengan undi dan mengakibatkan berlakunya pepecahan politik di Iran.Kerajaan menuntut Pembangkang membuktikan Iran100% tidak mempunyai masalah politik.Kami katakan masalah politik masalah normal semua negara ,yang membezakan cuma stabil ataupun tidak.Dalam konteks Iran mereka masih stabil dan soal saya NEGARA MANA yang 100% syumul sifar masalah politik namun gagal ditunjukkan Kerajaan.Kita perlu menghormati Sistem politik Iran yang berasaskan perlembagaan.

RUMUSAN Hujah 2 : Penerimaan rakyat kepada kerajaan

Cerita mereka berkenaan tunjuk perasaan rakyat Iran sebagai protes terhadap pemimpin.Namun kami jelaskan bahawa jika benar ia berlaku maka ia datang daripada kelompok minoriti yang berbeza ideologi politik.Kami tunjukkan bagaimana 89% rakyat Iran menyokong kepemimpinan Presiden Ahmedinejad.Kegagalan Kerajaan dalam isu ialah tidak menyatakan bila dan di era pemimpin Iran mana perkara ini terjadi .Gagal dibuktikan timbul lagi keraguan.

RUMUSAN Hujah 3 : Dasar Ekonomi tertutup Iran
Menarik dalam hujah ini ialah kerajaan mengatakan bahawa dasar ekonomi tertutup Iran ini asbab kepincangan ekonomi Iran namun dalam masa yang sama beliau buktikan betapa ekonomi Iran kini stabil dengan kerjasama ekonomi dengan rakan dagangan negara luar.Beliau cuba mengatakan kemiskinan rakyat meningkat namun gagal dibuktikan dengan kukuh dan menyalahkan kerajaan akibat peningkatan harga barang.Sedar ataupun tidak harga barangan bukan kawalan mutlak kerajaan kerana ia bergantung kepada situasi ekonomi semasa dunia.Namun gagal difahami Kerajaan.

PEMBANGKANG-

RUMUSAN Hujah 1 : Serangan keatas Iran melanggar perjanjian dalaman NATO

-Kami buktikan serangan NATO terhadap Iran tidak relevan kerana tiada ancaman Iran terhadap negara anggota NATO .NATO hanya boleh menyerang negara yang mengancam negara anggotanya.Walaupun dalam kerjasama PBB NATO boleh bertindak atas tiket polisi dunia tetapi agenda sebenar mereka adalah untuk menghentikan pembangunan teknologi Nuklear Iran sepertimana yang diusulkan dalam Majlis Keselamtan PBB jelas melanggar perjanjian tunggak ketiga (NPT) dan tiada sebab NATO hendak menyerang Iran kerana Iran masih stabil tiada pergolakan seperti Libya yang mana mereka mengambil tindakan serangan udara.Serangan dengan agenda ini jelas mencabuli hak Iran sebagai anggota (NPT) untuk membangunkan Nuklear walaupun had uranium di bawah 5% untuk tujuan damai bukan 97% untuk ketenteraan seperti Amerika,Rusia dan Korea Utara.Serangan NATO keatas Iran tidak mampu mencapai matlamat .Maka itu kami katakan Iran tidak wajar diserang NATO.

RUMUSAN Hujah 2 : Serangan ke atas Iran menyebabkan ekonomi dunia terkesan

-Kami jelaskan impak akibat serangan NATO kepada Iran yang mengakibatkan harga minyak meningkat dan berlakunya inflasi melihat kepada sejarah serangan NATO keatas Iraq pada tahun 2003.Kami tunjukkan sektor yang terjejas seperti harga makanan,industri automotif dan perkhidmatan yang membebankan dunia.Kami tampil dengan teori domino ekonomi impak kepada peningkatan harga minyak akibat serangan dibuat keatas Iran dan tindakan ini menggangu hubungan dagangan minyak dan gas asli antara Iran dengan negara rakan dagangannya.Namun faktor ini gagal dijawab dengan baik perwakilan kerajaan dan mereka cuba mengelirukan dewan dengan menyatakan premis kami ialah Iran patut menyerang NATO.Intiharnya serangan NATO keatas Iran tidak mmpu menunjukkan impak yang positif? Maka benarlah Iran tidak wajar diserang NATO.

RUMUSAN Hujah 3 : Serangan membawa kepincangan politik antarabangsa.

-Kami terangkan bagaimana risiko berlakunya revolusi masyarakat Islam dunia akan berlaku sekiranya NATO menyerang iran.Ini kerana NATO merupakan sekutu Amerika-Israel adalah musuh negara-negara Islam.Sejarah telah bercerita tentang keganasan NATO yang menyebabkan kemusnahan dan kepincangan ekonomi,politik dan sosial negara Iraq,Afghanistan dan Lubnan yang membangkitkan kemarahan masyarakat Islam dunia.Kini rakyat Britain dan sesetengah warga Israel sendiri memprotes tindakan NATO dan pemimpin-pemimpin barat yang zalim..Konklusinya Iran tidak wajar diserang NATO.

Saya tegakkan kembali pendirian kami betapa Iran Tidak Wajar Diserang NATO

TYDP,diplomasi itu lebih dekat dengan keamanaan berbanding konfrontasi militari NATO.Maka demi kemaslahatan rakyat Iran dan rakyat sejagat mohon usul ini ditolak.


Penggulungan Kerajaan (Haziq)

Assalamualaikum . salam 1 malaysia . TYDP kita berada diarena yang lebih tenang iaitu arena penggulungan . Moga-moga niat baik Nato untuk menyelesaikan krisis di Iran masih tidak dipandang serong .TYDP pada hari ini saya akan melakukan 2 gerak kerja .
Pertamanya , gulungan kes pembangkang dan kedua gulungan kes kerajaan .

Kita mulakan yang pertama , meneliti dari konsep pihak pembangkang yang kelihatan kuat namun sedar atau tidak konsep pembangkang membicarakan tentang serangan militari semata-mata . Kegagalan konsep dapat dilihat apabila beliau hanya membicarakan tentang kesan yang akan berlaku apabila serangan militari dikenakan sedangkan TYDP kerajaan membawa konsep serangan secara bijak tanpa menggadaikan sebarang nyawa . Sekiranya mereka pembangkang yang baik , mereka perlu buktikan kepada semua bahawa pendekatan secara bijak oleh Nato gagal untuk membawa kepada pnyelesaian yang baik.Namun dari mula hingga akhir , langsung mereka tidak sentuh tentang perkara ini.

Seterusnya , kronologi pihak pembangkang bermula dangan hujah pertama mereka dibwah kata kunci “serangan keatas iran melanggar perjanjian dalaman”. Namun begitu , kelompangan isi ini tampak jelas apabila beliau langsung tidak mengemukakan perjanjian tersebut dari mula hingga tamatnya tempoh beliau berhujah. Apa perjanjian yang Nato langgar ? Langsung tidak dijelaskan.Saya telah buktikan bahawa Nato diberi kuasa untuk menangani mana-mana krisis antara bangsa merujuk kepada perjanjian Nato dan PBB.Malahan , saya telah buktikan pendekatan secara murni dengan megeluarkan dana kepada rakyat Iran dilakukan oleh Nato dan bukannya serangan milirati seperti yang diheboh pembangkang .

Kedua , hujah mereka “Serangan ke atas Iran menyebabkan ekonomi dunia terkesan”.
Beliau menceritakan serangan tersebut bakal mengakibatkan peningkatan harga minyak dan disokong teori domino ekonomi .Persoalan mula timbul kerana peningkatan harga telah pun berlaku walaupun mana-mana serangan belum dibuat.Beliau tunjukkan impak SERANGAN kepada masalah inflasi langung tidak boleh digunakan .Dek kerana pemimpin yang tidak berjiwa murnilah yang megenakan harga yang tinggi . Bukankah apabila Nato berjaya menyelesaikan isu pimpinan ini maka harga minyak setidak-tidaknya dapat DIKAWAL oleh entiti yang lebih bertanggungjawab. Saya buktikan , walaupun Iran stabil dari segi ekonomi namun dalamannya cukup rumit .

Ketiga , mereka menceritakan “Serangan membawa kepincangan politik dunia” . beliau menceritakan bahawa akan timbul kemarahan masyarakat Islam dunia kerana tindakan NATO menyerang Iran .Malah mengatakan niat baik Nato adalah untuk menindas rakyat Islam .Maka bakal wujudlah revolusi kebangkitan kata beliau., pihak pembangkang menyatakan bahawa serangan NATO akn membawa kepincangan dunia.Masalahnya TYDP pihak pembangkang perlu faham bahawa kami sendiri telah meletakkan indikator khusu bagi frasa serangan.Serangan yang dicadangkan NATO bukanlah semata-mata serangan berbentuk militari. Pihak pembangkang pada hari ni cuba mengecilkan ruang lingkup perdebatan kita pada hari ni TYDP. Serangan yang tidak berbentuk militari juga merupakan kemungkinan buat NATO dan serangan berbentuk sebegini tidak sama sekali menjurus kepada kepincangan dunia. TYDP retorik bukanlah semata-mata boleh dijadikan kayu ukur tentang isu di IRAN ini. Apa yg berlaku di Afghanistan,Iraq mahupun Libya merupakan isu yang berbeza. Justeru kami tegaskan, NATO mengambil kira simptom-simptom semasa dalam erti kata lain sensitif terhadap bentuk serangan yang bakal dilancarkan kpd Iran.

Secara keseluruhannya ,pihak pembangkang gagal membuktikan masalah yang akan timbul sekiranya pendekatan secara bijak digunakan seperti memberi dana kepada yang memerlukan sebaliknya menunjukan kesan apabila serangan militari dilakukan .Terbukti mana-mana negara pengeluar yang besar jika diserang secara miltari akan meyebabkan kesan-kesan yang sama dan tidak semestinya Iran sahaja .Itulah sebabnya pendekatan yang bijak dilakukan oleh Nato namun tidak pernah disangkal pembangkang .

Kita teruskan dengan kes kerajaan , pertama hujah saya “permasalahan yang berlaku dalam sistem pemerintahan di Iran” .Dalam penghujahan ini telah saya buktikan kredabiliti seorang pemimpin yang hanya diukur pada populariti . Namun pembangkang menyatakan populariti pemimpin itu bukan sahaja menunjukkan sejauh mana pemimpin itu dekenali rakyatnya tetapi memperlihatkan tahap penerimaan rakyat terhadap corak kepemimpinan pemimpin itu.Namun begitu , adakah kita sandarkan hanya pada keyakinan semata-mata tnpa melihat kemampuan seseorang itu memerintah ? Ternyata tidak !

Kedua , “dasar ekonomi tertutup Iran” . Saya telah buktikan masalah kemiskinan tegar yang berlaku dalam negara itu sendiri . Dalam hujah ini pihak pembangkang gagal membuktikan bahawa Iran 100% tidak mempunyai masalah ekonomi yg membebankan rakyat.Setidak-tidaknya pengurangan masalah serendah 0.01% .Dalam kes ini berjaya kami ibaratkan ‘kera dihutan disusukan , anak sendiri mati kelaparan’ dalam konteks ekonomi dalaman iran itu sendiri .

Ketiga, “penerimaan rakyat kepada kerajaan”. Kami buktikan apabila berlakunya rusuhan tunjuk perasaan . Namun pihak pembangkang menyatakan ini golongan minority semata-mata.Tapi jelas kerajaan buktikan apabila berlakunya pelbagai masalah maka golongan minoriti itu akan menular kepada golongan majoroti yang akhirnya ingin menggulung kerajaan sendiri . Saya tegakkan kembali pendirian kerajaan iaitu kami yakin dan percaya “serangan keatas iran wajar dilakukan oleh NATO” . Maka . apabila ketiga-tiga indikator ini menjadi bukti kukuh kewajaran Nato untuk menyerang Iran dalam mengembalikan hak sebenar rakyat iran dan menghapuskan penindasan kerajaan sedia ada kepada rakyat.Mohon usul diterima sebulat suara demi KEAMANAN sejagat. Mohon untuk terus mencadang.



KEPUTUSAN PERLAWANAN : USUL DITOLAK
JUMLAH JURI : 5-0


Diesktrak daripada group facebook 'Pertandingan Debat Terbuka Online (DTO) 2011' untuk tatapan anda. Semoga boleh dimanfaatkan bersama.

1 comment:

wan muhammad Qadri said...

pasal tarikh 13-16/7 tu ader perlawanan debaat..boleh detailkan sikit boleh x??

BORANG TEMPAHAN PROGRAM BENGKEL & SESI LATIHAN BAHAS

Powered by 123ContactForm | Report abuse