Tarikh : 29 dan 30 Oktober 2012
Hari : Isnin dan Selasa
Tempat : Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan
Penyertaan :
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (INTEK)
Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS)
Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan (SHAH PEKAN)
Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Kuantan (SMART)
Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad, Pekan
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin, Kuantan
Informasi berguna untuk aplikasi bermakna. Berkongsi tips, teknik & format terkini? Sertai sesi latihan, bengkel & pertandingan? Layarilah untuk maklumat lanjut.
Thursday, November 8, 2012
Friday, November 2, 2012
Johan Pertandingan Pidato Sekolah Rendah Karnival Anugerah Seri Asrama Terbilang 2012 Peringkat Negeri Sarawak - Teks Pidato
[Dimohon agar sesiapa sahaja yang berminat mengekstrak teks pidato atau bahan-bahan lain dari blog ini untuk memohon keizinan terlebih dahulu daripada penulis. Sila perkenalkan diri selengkapnya dengan memaparkan nama penuh & nama institusi dan bukannya hanya nama timangan atau pengenalan diri yang samar. Hormatilah hakcipta dan integriti keilmuan. Terima kasih.]
ILMU PELITA HIDUP
Bismillahirrahmannirrahim,
Terima kasih peneraju acara, panel juri teguh saksama dan seluruh warga
dewan berkarisma. Assalamualaikum dan salam ceria buat semua.
Hayatilah, sebuah pidato
cetusan minda kurniaan Allah.. ILMU
PELITA HIDUP.
Hadirin sekalian,
ILMU sebagai PELITA
HIDUP bolehlah ditakrifkan sebagai prakarsa membudayakan pemahaman teori
dan praktikaliti dalam segenap aspek kehidupan kerana diyakini ilmu mampu
menghijrahkan manusia dari gelita kejahilan kepada cahaya kebenaran.
Maka, marilah sama-sama kita
menilai potensi ilmu dalam menerangi kehidupan manusia.
Hadirin sekalian,
Hayatilah pragmatik pertama, pembudayaan ilmu meningkatkan darjat
manusia.
Kita sedar bahawa ilmu manusia
cuma setitis berbanding ilmu Tuhan yang selautan. Namun bezanya darjat manusia, apabila berilmu pasti dipandang
mulia.
Menyedari hakikat ini, maka Falsafah
Pendidikan Kebangsaan memacu pelaksanaan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang memfokuskan kepada usaha membangunkan
modal insan berilmu menerusi proses pendidikan berkualiti.
Natijahnya, menurut laporan
agensi Program Pembangunan PBB (UNDP) 2011,
kadar literasi rakyat kita mencecah 92.7%, kadar pengangguran menurun 3.1% dan indeks kebolehpasaran graduan
pula mencatatkan 88.4%. Angka-angka kejayaan ini membuktikan bahawa dengan menguasai ilmu berguna,
untung nasib rakyat dapat dibela sekaligus taraf hidup mereka mampu dijana.
Hadirin sekalian,
Pragmatik kedua, penerokaan ilmu mampu menjana minda bangsa.
Dek kerana budaya ilmulah, rakyat
Jepun tidak pernah malu menggunakan kaedah Kanji dan Katagana, maka kita juga
mampu melakar kejayaan negara dengan mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa
wasilah ilmu.
Bahkan, kerajaan turut
berkobar-kobar memperkasakan gerakan
budaya membaca. Hasilnya, peningkatan purata 6 buah buku setahun dalam Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2008-2011 membuktikan bahawa kita yakin bangsa Malaysia akan berjaya sekiranya ilmu
dikongsi bersama, bertitik-tolak dari budaya membaca. Benarlah bahawa, nadi
ilmu amalan membaca yang membuka minda bangsa.
Hadirin sekalian,
Pragmatik ketiga, pembudayaan ilmu memantapkan kemandirian
bangsa.
Hikayat Melayu pernah
menukilkan kepintaran Tun Perak menangkis serangan Siam ke atas Melaka dan
kecerdikan Hang Nadim menyelamatkan Singapura dari serangan todak. Bukti jelas
bahawa kemandirian sesebuah bangsa banyak bergantung kepada kebijaksanaan
golongan ilmuannya.
Lantaran itulah, sistem
pendidikan kita kini ditransformasikan. Namakan sahaja, dari pelancaran program
i-Think
dan Permata Pintar; pemerkasaan pendidikan teknikal dan vokasional; sehinggalah
program Brain Gain di peringkat IPT, semuanya bertujuan untuk
melahirkan golongan ilmuan berpemikiran kritis dan kreatif sekaligus memberi
sumbangan bermakna kepada kesejahteraan negara.
Hadirin sekalian,
Pragmatik keempat, ketinggian ilmu cerminan budi dan sahsiah
bangsa terpuji.
Ibnu Khaldun dalam tamsilnya al-Muqaddimah menegaskan bahawa al-insan madani bi al-taba’, manusia
sentiasa membina tamadun dengan ilmu dan sahsiahnya. Bahkan pepatah Melayu turut
menggesa agar kita mengikut resmi padi, semakin
berisi, semakin tunduk.
Lantaran itulah, modal insan berilmu dan berakhlak kini bukan lagi satu pilihan tetapi satu keperluan. Menerusi sistem pendidikan, subjek Sivik dan Kewarganegaraan
kita perkasakan, pendidikan agama dan moral kita mantapkan bahkan kempen budi
bahasa kita jayakan. Hal ini kerana kita sedar bahawa apalah gunanya ketinggian
akal fikir manusia tanpa keluhuran budi bahasa.
Maka hadirin sekalian, bangunlah,
siapapun diri anda. Hanya melalui pembudayaan ilmu dalam kehidupan seharian,
kita mampu meningkatkan martabat diri,
keluarga, masyarakat dan negara. Sesungguhnya benarlah kalam pencipta, kalimah
iqra’ menyemarakkan budaya ilmu lantaran ilmu adalah cahaya, pelita hidup
manusia. Yakinilah bahawa, ILMU itu PELITA HIDUP.
Disediakan oleh : Ustaz Nazmi b. Jaafar & En. Harmi b. Mohd Jamil
Disampaikan oleh : Sdr. Izan Hakimi (SK Abang Leman, Kabong)
Johan Pertandingan Pidato Sekolah Rendah
Karnival Anugerah Seri Asrama Terbilang 2012
Peringkat Negeri Sarawak
Nota: Tahniah kepada adik Izan Hakimi atas kejayaan cemerlang memperoleh keputusan 5A dalam UPSR 2012 yang diumumkan baru-baru ini. Semoga terus sukses!
Disediakan oleh : Ustaz Nazmi b. Jaafar & En. Harmi b. Mohd Jamil
Disampaikan oleh : Sdr. Izan Hakimi (SK Abang Leman, Kabong)
Johan Pertandingan Pidato Sekolah Rendah
Karnival Anugerah Seri Asrama Terbilang 2012
Peringkat Negeri Sarawak
Nota: Tahniah kepada adik Izan Hakimi atas kejayaan cemerlang memperoleh keputusan 5A dalam UPSR 2012 yang diumumkan baru-baru ini. Semoga terus sukses!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Powered by 123ContactForm | Report abuse