MENTALITI KELAS PERTAMA TONGGAK KEJAYAAN 1MALAYSIA
[Dimohon agar sesiapa sahaja
yang berminat mengekstrak teks pidato atau bahan-bahan lain dari blog
ini untuk memohon keizinan terlebih dahulu daripada penulis. Sila perkenalkan diri selengkapnya dengan memaparkan nama penuh & nama institusi dan bukannya hanya nama timangan atau pengenalan diri yang samar. Hormatilah
hakcipta dan integriti keilmuan. Terima kasih.]
Bismillahirrahmannirrahim,
Assalamualaikum dan
Salam Sejahtera,
Terima kasih
peneraju acara, dif-dif kehormat berkarisma, panel juri teguh saksama dan
seluruh warga dewan berbahagia. Salam 1Malaysia.
Sungguh hairan, melihat setiap hari orang menyisir rambutnya tetapi tidak
pernah menyisir otaknya, memperkemas dadanya tetapi tidak pernah menyucikan
hatinya, menggilap kasutnya tetapi tidak akalnya. Walhal, kejayaan sesuatu
perkara itu bukanlah bergantung kepada penampilan zahir semata-mata tetapi juga
ketinggian pemikirannya. Atas pedoman yang sama, percayalah bahawa Mentaliti Kelas Pertama Tonggak Kejayaan
1Malaysia.
Sesungguhnya, mentaliti kelas
pertama bolehlah ditakrifkan sebagai anjakan paradigma pemikiran
manusia yang tinggi akal budinya, cemerlang gaya hidupnya dan teguh nilai
moralnya sehingga mampu menghijrahkan dirinya daripada gelita kemunduran kepada
cahaya kemajuan.
Maka, prakarsa merakyatkan mentaliti kelas pertama diyakini
mampu mengharmonikan perpaduan
disulami penghayatan terhadap prinsip penerimaan, kenegaraan
dan keadilan
demi menjayakan gagasan 1Malaysia,
rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Persoalannya, bagaimanakah kita dapat menjadikan mentaliti kelas pertama sebagai tonggak kejayaan 1Malaysia?
Maka, hayatilah cetusan minda kurniaan Allah, pragmatik pertama;
Budaya Ilmu Disemai,
Insan Berkualiti Dicanai.
Hadirin sekalian,
Kita sedar bahawa kalimah iqra’, kalam Pencipta mentamsilkan ilmu sebagai
cahaya, pelita hidup manusia. Dengan menguasai ilmu berguna, mentaliti kita tidak akan terkongkong bagai
katak di bawah tempurung sebaliknya mampu melihat dunia dengan pandangan mata
burung.
Lantaran itulah, transformasi ke
arah pendidikan global yang kita laksanakan menerusi Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 banyak mengubah persepsi dan mentaliti rakyat
kita dalam membudayakan ilmu. Akses kepada pembelajaran sepanjang hayat kita
sediakan, gerakan membaca kita perkasakan, program i-Think dan Permata Negara
kita arusperdanakan, kemahiran dwibahasa kita tekankan, penguasaan ICT kita
utamakan, semuanya atas nama pendemokrasian pendidikan demi melahirkan modal
insan berminda kelas pertama yang kita impikan.
Hakikatnya, Laporan Daya Saing Global
2012, Forum Ekonomi Dunia meletakkan kualiti pendidikan kita di tangga ke-14 daripada 142 buah
negara dengan kadar literasi 95.7% dan indeks
kebolehpasaran graduan 88.4%. Angka-angka kejayaan ini membuktikan bahawa dengan
keterbukaan minda rakyat menguasai ilmu berguna, terbentuklah mentaliti kelas
pertama menunjangi keadilan sosial teras gagasan 1Malaysia.
Hadirin sekalian, pragmatik kedua; Budaya
Inovasi Dijulang, Mentaliti Rakyat Cemerlang,
Dalam melakar kejayaan 1Malaysia, warga Jepun dan Korea Selatan menjadi
idola berteraskan inovasi dalam aspek pengurusan masa, disiplin diri dan etika kerja, lambang
mentaliti kelas pertama mereka.
Lantaran itulah, pelbagai inovasi telah kita
perkenalkan. Menerusi Program Transformasi Ekonomi misalnya, inovasi keusahawanan
mampu menganjakkan pemikiran rakyat – daripada mentaliti pengguna kepada budaya
pencipta dan daripada mentaliti subsidi kepada semangat berdikari, sekaligus
memungkinkan rezeki secupak boleh menjadi segantang asalkan kita bijak merebut
peluang. Dalam Program Transformasi Kerajaan pula, kualiti perkhidmatan awam
sentiasa ditingkatkan selaras dengan indeks pencapaian utama dan bidang
keberhasilan utama negara.
Hasilnya kini, permit pembantu rumah dapat diuruskan
dalam tempoh hanya 3 hari, pendaftaran perniagaan baru pula kurang 6 jam,
bahkan MyKad boleh siap diproses dalam tempoh 1 jam. Bukankah inovasi budaya
kerja cemerlang sebegini mendahulukan kepentingan rakyat dan mengutamakan kualiti
pencapaian? Hakikatnya jelas, mentaliti rakyat yang inovatif inilah yang mampu menunjangi
kejayaan 1Malaysia kelak.
Hadirin sekalian, pragmatik ketiga; Nilai-Nilai
Murni Dihayati, Kesejahteraan Negara Dinikmati.
Pujangga Melayu selalu berpesan;
Tegak rumah kerana sendi, runtuh sendi rumah binasa,
Tegak bangsa kerana budi, runtuh budi runtuhlah bangsa.
Dalam kita mengejar mentaliti kelas pertama, nilai-nilai
murni adalah pelengkapnya ibarat isi dengan kuku, irama dengan lagu, cinta dengan
rindu.
Maka, demi mengubah mentaliti masyarakat 1Malaysia agar menjiwai
nilai-nilai murni, subjek Sivik dan Kewarganegaraan kita mantapkan, kempen budi
bahasa kita jayakan, budaya integriti kita amalkan bahkan pembinaan sahsiah kita
pergiatkan, semuanya atas kesedaran bahawa apalah gunanya ketinggian akal fikir
manusia tanpa keluhuran budi bahasa.
Tatkala indeks jenayah seluruh negara dilaporkan
menurun 11.1% dan indeks keamanan global meletakkan Malaysia di tangga ke-20
paling aman daripada 158 buah negara, apakah yang memungkinkan semua ini
berlaku? Pastinya nilai kesefahaman dan prinsip penerimaan menyuburkan
mentaliti kelas pertama yang memacu perpaduan bangsa dan kemakmuran negara ke
arah kejayaan 1Malaysia.
Ya, hadirin sekalian. Secara tuntasnya, prakarsa membentuk
mentaliti kelas pertama menuntut kepada pembudayaan ilmu yang berguna, aplikasi
inovasi yang bermakna dan penghayatan nilai-nilai murni sepanjang masa. Apabila kesemua ramuan ini mampu kita adun
bersama-sama, maka transformasi minda rakyat dapat kita jana sekaligus
menjayakan hasrat pembinaan citra gagasan 1Malaysia. Benarlah bahawa “Mentaliti Kelas Pertama Tonggak Kejayaan
1Malaysia”.
Teks disediakan oleh : En. Harmi bin Mohammad Jamil
Disampaikan oleh : Sdr. Muhammad Misykat bin Abdul Rahman
Johan Pertandingan Pidato Piala Diraja Kali Ke-28,
Peringkat Kebangsaan Tahun 2012
352 comments:
«Oldest ‹Older 201 – 352 of 352salam. saya Zainatulakmal dari SMK Tmn Dato harun ingin menjadikan bahan daripada blog tuan sebagai salah satu wadah untuk saya menimba ilmu.
Assalamualaikum..
Saya Amira Hafiza dari SMK Sungai Kob ingin mohon kebenaran cikgu untuk menggunakan teks ini.Sekian,terima kasih
Assalamualaikum..
Saya Amira Hafiza dari SMK Sungai Kob ingin meminta kebenaran cikgu untuk menggunakan teks ini..
Nama saya muhammad azmani bin miskan dari smk syed mashor, batang kali. Saya ingin menggunakan teks pidato ini sebagai rujukan untuk pertandingan pidato prauniversiti di daerah hulu selangor. Harap tidak keberatan memberi izin kepada saya untuk jadikan pidato ini sebagai rujukan.terima kasih
Assalamualaikum.Saya Ammar Firdaus Bin Mohd Noor ingin mengunakan teks pidato ini untuk PLBS saya.Mohon Izin tuan.Jazakallah!
Saya Ammar Firdaus bin Mohamad Noor memohon izin untuk mengestrak pidato ini untuk PLBS saya.JAZAKKALLAH!
saya Ammar Firdaus bin Mohamad Noor ingin mengunakan teks pidato ini untuk ULBS saya.Sekian jazak Allah!
salam encik . .
saya Nur Hasmawati Junaidi dan juga rakan kumpulan lain. . dari IPG Teknik Negeri Sembilan.
izinkan kami untuk jadikan teks teks pidato encik sebagai bahan kerja kursus.
syukran jazilan~
Assalammualaikum, saya Nur Anis Wardah dari SMK Saujana Impian, Selangor, ingin meminta izin menggunakan teks ini untuk kegunaan ujian lisan.
Assalammualaikum, saya Nur Anis Wardah daripada SMK Saujana Impian, Selangor, ingin meminta izin menggunakan teks ini untuk kegunaan ujian lisan. Terima kasih.
Diizinkan bagi semua yang telah menyatakan NAMA PENUH & NAMA INSTITUSI dengan jelas & lengkap.
Bagi yang tidak menyatakan secara jelas & lengkap, saya TIDAK MENGIZINKAN anda menggunakan/mengestrak mana-mana bahan dalam blog ini. Harap maklum.
Saya Priscilla ,asal dari Sarawak menuntut ilmu di Sekolah Kebangsaan Skudai , Johor memohon kebenaran menggunakan teks pidato di atas sebagai panduan saya dalam pertandingan pidato yg akan dtg..
Aswina Saibin,
SJKC(C) Chung Hwa,
Kota Belud, Sabah.
Mohon izin guna semua teks pidato yg ada dlm blog tuan utk tujuan pengajaran (Kelab Bahasa Malaysia) dan pertandingan. Jasa tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Assalamualaikum..saya Kusmawatie Dahan daripada KV Beaufort mohon keizinan daripada tuan untuk menggunakan bahan dalam blog tuan sebagai rujukan dan panduan untuk pertandingan pidato. Saya dahulukan dgn ucapan terima kasih jika dapat keizinan daripada pihak tuan.
Assalamualaikum..saya Kusmawatie Dahan daripada KV Beaufort mohon keizinan daripada tuan untuk menggunakan bahan dalam blog tuan sebagai rujukan dan panduan untuk pertandingan pidato. Saya dahulukan dgn ucapan terima kasih jika dapat keizinan daripada pihak tuan.
Assalamualaikum..saya Kusmawatie Dahan daripada KV Beaufort mohon keizinan daripada tuan untuk menggunakan bahan dalam blog tuan sebagai rujukan dan panduan untuk pertandingan pidato. Saya dahulukan dgn ucapan terima kasih jika dapat keizinan daripada pihak tuan.
ASSALAMUALAIKUM. Saya ingin meminta kebenaran tuan untuk copy pidato ini untuk pertandingan pidato yang akan dilangsungkan oleh pihak sekolah saya.
SARA OSMAN
SMK ASSUNTA
Assalammualaikum. Saya Izreen Amelia Bt Mohd Ismail ingin menggunakan teks Encik sebagai rujukan untuk pertandingan pidato Selasa ini. Diharap Encik mengizinkannya. Saya pelajar 17 tahun dari Sek Men Sultan Abdul Aziz Teluk Inta. :)
Assalamualaikum
Saya Cikgu Sarimah bt Abu bakar dari Kolej Vokasional sibu, Sarawak ingin mohon izin mencetak, menyalin dan menyimpan teks pidato En untuk tujuan rujukan dan manfaat pelajar-pelajar saya. Moga apa yang en lakukan akan menjadi amal jariah...amin.
terima kasih
ASSALAMUALIKUM SAYA INGIN MINTA IZIN TUAN UNTUK MENGGUNAKAN TEKS PIDATO UNTUK MINGGU AKEDEMIK DI SEKOLAH SAYA.
SARA OSMAN, SMK ASSUNTA.
ASSALAMUALIKUM SAYA INGIN MINTA IZIN TUAN UNTUK MENGGUNAKAN TEKS PIDATO UNTUK MINGGU AKEDEMIK DI SEKOLAH SAYA.
SARA OSMAN, SMK ASSUNTA.
Diizinkan bagi semua yang telah meminta kebenaran & memperkenalkan diri (nama & institusi) dengan selengkapnya. Terima kasih.
Salam abg harmi...
Saya Ronald James (FB) guru di SK Baru Jumpa tenom memohon keizinan dan rstu dari tuan harmi menjadikan teks ini sebagai rujukan bg anak murid saya.
terima kasih abg harmi.
Jasa baik amat dikenang
salam, nama saya Elly Thien Siew Li. terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada Encik Harmi. saya sangat berminat membaca blog saudara. saya ingin meminta izin untuk mencetak dan menggunakan sepenuhnya maklumat yang terdapat dalam blog saudara untuk persediaan pertandingan pidota 24 julai ini.Harap saudara benarkan.
Dipersilakan Ronald James & Elly Thien Siew Li, semoga bermanfaat.
Salam tuan, saya dari Johor mohon kebenaran untuk mengambil teks pidato tuan bagi dijadikan rujukan. Semoga Allah swt memberkati usaha dan jasa baik tuan in sha Allah. Terima kasih.
Waalaikumussalam Azrul Aminurasyid,
Mohon untuk perkenalkan diri dari institusi mana?
Assalamualaikum..saya Muhammad Faris Naim bin Ahmad Faizal,dari Maktab Mahmud Alor Star,ingin pinjam idea2 teks pidato ini untuk kegunaan peperiksaan saya, Syukran, kerjasama tuan Harmi amat saya hargai...Barakallahhu Fik
Assalamualaikum..saya Muhammad Faris Naim bin Ahmad Faizal,dari Maktab Mahmud Alor Star,ingin pinjam idea2 teks pidato ini untuk kegunaan peperiksaan saya, Syukran, kerjasama tuan Harmi amat saya hargai...Barakallahhu Fik
Waalaikumussalam Faris Naim, dipersilakan. Semoga bermanfaat.
Assalamualaikum WBT, Saya Mohd Asyraf bin Abd Hamid dari IPG Keningau ingin sekali mengekstrak isi pidato En Harmi ini. Mohon dibenarkan. Terima kasih :)
Assalamualaikum w.b.t En Harmi,
Saya Mohd Asyraf bin Abd Hamid dari IPG Kampus Keningau ingin mengekstrak sedikit isi pidato ini. Mohon kebenaran en Harmi. Sekian terima kasih
Assalamualaikum w.b.t En Harmi,
Saya Mohd Asyraf bin Abd Hamid dari IPG Kampus Keningau ingin mengekstrak sedikit isi pidato ini. Mohon kebenaran en Harmi. Sekian terima kasih
Waalaikumussalam,
Dipersilakan Mohd Asyraf. Semoga bermanfaat.
salam . saya Anis Hazirah dari kedah ingin mengambil rujukan pidato ini bagi kegunaan perlawanan pidato saya . terima kasih
salam . saya anis hazirah dari smk agama baling ingin membuat rujukan ke atas pidato ini . terima kasih
Waalaikumussalam Anis Hazirah,
Dipersilakan, semoga bermanfaat.
assalamualaikum...saya pelajar NOR AZZURA BT NOR AZMAN dari UNIMAS mohon keizinan untuk menggunakan teks dan bahan rujukan di blog encik sebagai panduan dan rujukan untuk pertandingan pidato. sekian terima kasih.
Waalaikumussalam, dipersilakan Sdr. Nor Azzura. Semoga bermanfaat.
Assalamualaikum .. Saya Fathanah Binti Ridwan dari Sekolah Menengah Ugama Islam Kunak Sabah . Saya ingin meminta keizinan dari pihak admin untuk menggunakan teks pidato ini sebagai sumber rujukan saya. harap di izinkan.. :) terima kasih.. ^^
Assalamualaikum .. Saya Fathanah Ridwan dari SM ugama islam Kunak Sabah. Saya ingin meminta keizinan dari pihak admin untuk menjadikan teks ini serta maklumat dalam blog pihak tuan untuk di jadikan sumber rujukan bagi saya. harap mendapat keizinan. :).. ^^
asalamualikumtuan,saya ajlaa aqilah binti mohd hamdan,berusia 16 tahun, daripada smk warisan puteri ],n9ingin mmeminta izin untuk copy maklumat dari blog tuan untuk dijadiakn rujukan,Tk
asalamualikumtuan,saya ajlaa aqilah binti mohd hamdan,berusia 16 tahun, daripada smk warisan puteri ],n9ingin mmeminta izin untuk copy maklumat dari blog tuan untuk dijadiakn rujukan,Tk
assalamualaikum tuan,saya ajlaa aqilah mohd hamdan,dri smk warisan putrei seremban n9.mohon tuan membenrakan saya mengmbil sedkit cetusan idea drpd bolg tuan tq.
assalamualaikum.. saya Nur Farha Adila dari IPG Kampus Tuanku Bainun meminta keizinan untuk mencetak teks pidato ini sebagai rujukan ya encik. terima kasih :)
Assalamualaikum wbt. Sy nor shafina bt abd hafiz ingin meminta izin drpd pihak tuan spya mberi keizinan kpd sya untuk jadikn teks di atas sbgai rujukan. Sekian :)
Assalamualaikum w.b.t,
Saya Najwa Farhana binti Juraimi dari IPGKTI, Johor. Ingin meminta keizinan menggunakan teks ini sebagai rujukan utk tugasan saya. Terima kasih :)
Assalamualaikum.Saya Nurulamira dari Miri Sarawak ingin meminta keizinan untuk menggunakan teks pidato ini untuk rujukan pertandingan pidato.Terima kasih atas perkongsian ilmu ini..
Saya dapati terlalu ramai yang enggan memperkenalkan diri dengan sebaik-baiknya. Bahkan, ada yang mengekstrak teks-teks pidato saya ini tanpa terlebih dahulu memohon izin saya.
Dengan ini, saya TIDAK MENGIZINKAN sesiapapun mengekstrak apa-apa jua bahan menerusi blog ini jika;
i) PENGENALAN DIRINYA TIDAK LENGKAP,
ii) PENGGUNAAN NAMA TIMANGAN YANG SAMAR.
Sila perkenalkan diri selengkapnya dengan memaparkan NAMA PENUH & NAMA INSTITUSI.
Bagi mereka yang sudah memperkenalkan diri dengan nama lengkap (bukan nama timangan) serta nama institusi, maka saya izinkan untuk mengambil bahan dari blog saya ini.
Bagi yang TIDAK memperkenalkan diri sebaik-baiknya (nama penuh & nama institusi), saya TIDAK MENGIZINKAN anda untuk mengambil apa jua bahan dalam blog ini.
Yakinilah bahawa akan hilang keberkatan dan manfaat ilmu yang diperoleh tanpa izin.
saya Nurul Husna , pelajar Uiversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meminta izin untuk menggunakan teks pidato ini sebagai sumber rujukan. Terima kasih .
assalam. tahniah tuan kerana mampu membina teks pidato yang hebat. mohon saya menjadikan teks tuan sebagai panduan melatih peserta pidato sekolah saya; cikgu arfa smk penanti
mohon share cikgu; cikgu arfa smk penanti
Assalamualaikum, saya NURUL FATIN FATINI BT AZHAR, ingin memohon kebenaran untuk menggunakan teks pidato ini sebagai rujukan susunan isi dan sebagainya...diharapkan permintaan ini debenarkan.
Assalamualaikum, saya NURUL FATIN FATINI BT AZHAR ingin memohon kebenaran untuk menggunakan teks pidato ini sebagai rujukan susunan isi dan sebagainya...diharapkan permintaan ini debenarkan.
Saya NUR SAFINA BINTI YAAKOB DARI UITM DUNGUN TERENGGANU ingin menggunakan teks pidato ini sebagai rujukan. Sekiranya boleh, ribuan terima kasih saya ucapkan
salam , saya ASNAWI OMAR , 17 , SMKBS nk mnta izin untuk menjadi teks pidato ini sbg rujukan ,, trima kasih.
Assalamualaikum saya ammar memohon untuk menggunakan skrip tuan sebagai rujukan.. kagum dgn penulisan yg mantap!
Assalammualaikum. Saya Aimi Adibah bt Azmi dari mrsm lenggong. bolehkah saya menggunakan teks pidota tuan sebagai teks pidato saya pada masa akan datang. harap tuan izinkan. terima kasih
Salam, saya Nurul dari UNISZA. Izinkan saya menggunakan teks pidato encik seagai rujukan.
Salam, saya Nurul dari UNISZA. Izinkan saya menggunakan teks pidato encik seagai rujukan.
Assalamualaikum..saya Cik Ros Azlinda dari smk seri bentong memohon izin daripada pihak tuan untuk menggunakan teks pidato/bahas atau apa sahaja perkongsian di blog tuan sebagai panduan dan rujukan bagi perbahasan dan pidato..mohon diizinkan..terima kasih..
Assalamualaikum,saya Nurul Hasya Fathini Bt Hasnul Hisham daripada unisZA ingin meminta izin menjadikan teks pidato tuan sebagai rujukan. :)
Salam sahabat..
izinkan saya utk menggunakan teks pidato ini sebagai teks panduan pidato dlm pertandingan akan datang..pencetus idea kepada pelajar
salam, saya nur alya mohd said dr smk kok lanas mohon untuk menggunakan teks pidato Tuan bagi rujukan sy.
mohon untuk guna teks sbg rujukan pelajar. cik alya dr smk kok lanas
Assalamualaikum , mohon izin untuk menjadikan teks ini sebagai bahan rujukan. Saya dahului dgn ucapan terima kasih.
Maaf, saya Nurul Syafika, mahasiswi dari UMT.
assalammualaikum,
saya cikgu shanty binti saien dari sk tropicana, mohon menggunakan pidato tuan untuk 4 orang anak murid thn 5 pendi. moral saya di dalam kelas. bertepatan dgn nilai murni yang mereka pelajari di dalam kelas. mohon tuan. terima kasih.
assalamualaikum saya ain zaini ingin memohon menggunakan teks tuan sbg rujukan,.t.kasih
assamualaikum ckgu.saya suezetty sulaiman dri smkjalan reko ingin memohon izin tuan untuk menggunakan teks tuan sbg rujukan.terima kasih.
Saya dapati terlalu ramai yang enggan memperkenalkan diri dengan sebaik-baiknya. Bahkan, ada yang mengekstrak teks-teks pidato saya ini tanpa terlebih dahulu memohon izin saya.
Dengan ini, saya TIDAK MENGIZINKAN sesiapapun mengekstrak apa-apa jua bahan menerusi blog ini jika;
i) PENGENALAN DIRINYA TIDAK LENGKAP,
ii) PENGGUNAAN NAMA TIMANGAN YANG SAMAR.
Sila perkenalkan diri selengkapnya dengan memaparkan NAMA PENUH & NAMA INSTITUSI.
Yakinilah bahawa akan hilang keberkatan dan manfaat ilmu yang diperoleh tanpa izin.
Saya hanya mengizinkan mereka yang telah memperkenalkan diri selengkapnya (nama penuh & nama institusi) sahaja untuk mengekstrak apa jua bahan dalam blog ini.
Jika tidak dapat menulis komen di ruangan ini, sila mohon keizinan menerusi sms.
Bagi yang sudah meminta izin & sudah memperkenalkan diri, maka saya izinkan & halalkan segala ilmu yang diperolehi menerusi blog ini. Semoga bermanfaat.
Assalammualaikum, tuan. Nama sama muhammad hamzi bin sazali, saya dari KPTM Kuala Lumpur. Saya akan mewakili kolej untuk pertandingan pidato antara ipts. Saya memohon untuk mengestrak pidato ini untuk rujukan.
salam, saya Muhammad Hamzi bin Sazali, pelajar KPTM Kuala Lumpur. Saya memohon untuk menggunakan teks pidato ini sebagai rujukan.
Assamualaikum.... saya
nur husnina bt ahmad dr smk seri pagi ingin mohon untk menyalin teks pidato dalam blog
ini sebagai rujukan.. terima kasih..
salam cikgu.
saya fatimah adilah binti azhar
dari sekolah menengah kebangsaan jitra. (ckg prnah dtg skolah saya, ckgu igt lgi?)
saya nk minta ambil isi teks pidato ni sbg rujukan utk saringan pemilihan pemidato sekolah. terima kasih cikgu :)
Assalam. saya Ir. Kamarullaffie Hj Ahmad daripada Ipoh, Perak memohon izin untuk mencetak teks-teks pidato tuan bagi kegunaan dan panduan. Terima kasih.
Dipersilakan bagi semua yang telah memperkenalkan diri & memohon izin. Semoga bermanfaat.
Assalamualaikum...saya Noraini bt Mohamad Yusoff dari SMK ST. GABRIEL, KUALA LUMPUR memohon kebenaran untuk menggunakan teks dan bahan dari blog Fn. Harmi sebagai panduan murid saya untuk pertandingan pidato.
salam.mohon share teks pidato.terima kasih.
Saya dapati terlalu ramai yang enggan memperkenalkan diri dengan sebaik-baiknya. Bahkan, ada yang mengekstrak teks-teks pidato saya ini tanpa terlebih dahulu memohon izin saya.
Dengan ini, saya TIDAK MENGIZINKAN sesiapapun mengekstrak apa-apa jua bahan menerusi blog ini jika;
i) PENGENALAN DIRINYA TIDAK LENGKAP,
ii) PENGGUNAAN NAMA TIMANGAN YANG SAMAR.
Sila perkenalkan diri selengkapnya dengan memaparkan NAMA PENUH & NAMA INSTITUSI.
Bagi yang telah berbuat demikian, dipersilakan untuk menggunakan bahan-bahan teks pidato ini.
Yakinilah bahawa akan hilang keberkatan dan manfaat ilmu yang diperoleh tanpa izin.
Assalamualaikum. Saya SYAKIRIN AL -HUSNA daripada SMK GHAFAR BABA ingin menggunakan hanya beberapa patah perkataan daripada karangan di atas. Seperti: Dalam kita mengejar mentaliti kelas pertama, nilai-nilai murni adalah pelengkapnya ibarat isi dengan kuku, irama dengan lagu, cinta dengan rindu. JazakAllah
Assalamualaikum, saya kartini abdullah..bekas penuntut asbkl dan saya berharap saudara mengizinkan saya mencetak dan menggunakan sebahagian isi pidato saudara untuk tujuan rujukan anak didik saya...terima kasih... all the best in ur future
Assalamualaikum
Tuan yang dihormati,
Saya Norazlina Zakaria dari Kedah, mohon kebenaran tuan untuk menggunakan beberapa frasa dan perbendaharaan kata yang digunakan dalam teks ini untuk membantu menyiapkan teks pidato anak saya (pelajar sekolah rendah agama al-Najihin).
Jazakallahu khairal jaza
Salam tuan, saya syahidah bt salependi, graduan UMS kampus antarabangsa Labuan, dari kelab debat, mohon teks tuan untuk dijadikan rujukan.
Salam, saya syahidah bt salependi, graduan UMS Kampus Antarabangsa Labuan. Mohon teks tuan digunakan sebagai rujukan kelab debat saye.
Assalamualaikum saudara Harmi.
Saya Suzana Haji Ali dari IKBN Chembong. Saya mohon keizinan untuk mengekstrak isi2 pidato saudara. saya sangat menyukai susun atur bait2 bicara saudara dlm teks2 pidato saudara.
Terima kasih.
Assalamualaikum wbt .. Saya murnih masran dari smk kudat, saya nak minta izin agar tuan dapat benarkan saya untuk menyalin teks pidato ini sebagai bahan rujukan .. Boleh ya.. Terima kasih :)
Assalamualaikum wbt . Sy muhammad irfan mohd adam, pljr uia pj. Izinkan sy utk menjadikan teks ini sbgi teks utk sy persembahkan di hadapan pelatih di uia. Ini merupakan langkah pertama saya utk menjadi seorg pemidato. Jasa baik tuan amat dihargai.
Nama saya Nurul Asyiqin dari kuliyyah pendidikan UIAM Gombak. Minta bizin untuk jadikan teks pidato dari blog ini sebagai sumber rujukan saya
:)
Assalamualaikum cikgu harmi. ,saya ahmad muhaimin dari smka tun ahmadshah
Saya ingin meminta izin cikgu untuk copy teks diatas sebagai rujukan terima kasih cikgu
assalam tuan , saya fatimah azzahra pelajar UIAM meminta izin untuk menggunakan teks pidato tuan sebagai salah satu rujukan saya dalam penulisan teks pidato.
Terima kasih .
assalam tuan , saya fatimah azzahra pelajar uia mohon izin menjadikan teks tuan sebagai rujukan dalam penulisan teks pidato . Terima kasih tuan .
As salam... Cikgu Harmi, saya Cikgu Norshaliza dari SMK Bandar Tasek Mutiara, ingin memohon kebenaran cikgu utk 'share' teks ini utk dijadikan contoh kepada pelajar saya... jutaan terima kasih cikgu...
asalamualaikum. saya hani basyirah dari maahad tahfiz sains meminta izin en. harmi untuk mengambil sebahagian isi teks sebagai rujukan. harap encik membenarkan.
Assalamualaikum. Nama saya Nur Syahirah dari Johor. Saya mohon keizinan untuk menjadikan contoh teks debat ini sebagai rujukan.
ASSALAMUALAIKUM , SAYA LAILA PELAJAR DARI ACS IPOH . SAYA DAPATI TEKS PIDATO INI SANGAT MENARIK DAN AYATNYA SANGAT DRAMATIK . IZINKAN SAYA MENGAMBIL TEKS PIDATO ENCIK INI UNTUK DIGUNAKAN DALAM UJI BAKAT PERTANDINGAN PIDATO SEKOLAH SAYA NANTI . MOHON JASA BAIK ENCIK . SEMOGA ENCIK DIBERKATI ATAS PERKONGSIAN INI .
assalamualaikum, satu teks yang sangat menarik. jika diberi keizinan, sy memohon izin dari tuan untuk menjadikan teks ini sebagai salah satu rujukan saya. saya Wan Malyana Binti Wan Mohamad penuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Assalamualaikum Saudara, saya Dyg Salmah dr SMK SG Damit,Trn. mohon izin menggunakan teks pidato saudara untuk panduan pembelajaran murid-murid sekolah saya. terima kasih
asslamuaalikum En. Harmi bin Mohammad Jamil. Saya Mohd Zaki bin Arshad, dari Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau, Sabah.
memohon izin pihak tuan untuk menjadikan teks ini sebagai panduan . terima kasih :)
assalamualaikum, saya Nur Siti Aishah Mohd Shah, dr IPGK Tawau, memohon keizinan unuk menjadikan teks pidato encik sebagai rujukan. Terima kasih
Assalammualaikum, tuan. Saya yasseer daripada Perak, ingin mengekstrak sedikit isi sebagai rujukan untuk pertandingan yang akand datang
Assalamualaikum, saya Ain Asmira Binti Sofi pelajar SMK Putra besut, minta kebenaran untuk menggunakan teks ini sebagai panduan dan rujukan saya bagi pertandingan pidato. Tq
Assalamualaikum, saya Ain Asmira Binti Sofi pelajar SMK Putra besut ingin menggunakan skrip tersebut sebagai rujukan dan panduan pidato saya
Assalamualaikum,saya Salina binti Othman dari SMA Al-Khairiah Segamat ingin mohon keizinan menggunakan teks ini sebagai panduan saya.
Salam hormat Tuan Harmi,
Saya Khalid Husseine, dari Politeknik Kuching memohon kebenaran menggunakan kepakaran dan ilmu yang telah tuan terbitkan dalam blog ini.
Terima kasih diucapkan.
Assalamualaikum wbt. . .izinkan saya untuk mengambil teks pidato ini sebagai rujukan. . .saya dahulukan dengan ucapan terima kasih
Nur Hakimah Ahmad
Selangor
Salam,
tuan, saya Nur Hakimah Ahmad, seorang guru dari Selangor.
Mohon izin utk rujukan bg pertandingan pidato sekolah rendah.
terima kasih.
Salam,
tuan, saya Nur Hakimah Ahmad, seorang guru dari Selangor.
Mohon izin utk rujukan bg pertandingan pidato sekolah rendah.
terima kasih
Assalamualaikum...
Saya Nurin Anisah dari Nilai,ingin menggunakan teks ini sebagai bahan rujukan
Saya, Farrah Hanim Fawziah bt Johary, dari UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah mohon izin untuk menjadikan teks ini sebagai inspirasi untuk saya menulis teks pidato yang lain.
Terima kasih.
Assalamualaikum tuan , saya Hainies dari Shah Alam ingin meminta izin untuk teks pidato ini dijadikan sebagai bahan rujukan . terima kasih tuan .
Assalamualaikum tuan , saya Nurul Hainies dari kuis ingin meminta keizinan dari tuan untu menjadikan teks ucapan ini sebagai rujukan untuk saya . terima kasih tuan .
Assalamualaikum En Harmi, saya pernah mengikuti salah satu program modul bahas pada tahun 2014 di Sungai Petani. Saya Ross Nursyazana bt Rossley dari UPM Kampus Bintulu ingin meminta izin untuk menggunakan teks ini sebagai salah satu persiapan untuk pertandingan pidato. Izinkan saya menggunakannya, semoga dihalalkan. Terima kasih.
Assalamualaikum Tuan,
saya ingin memohon kebenaran pihak tuan untuk menggunakan teks pidato ini sebagai bahan rujukan saya.
Terim kasih.
Zuhafiza Zulkifli
Agensi Angkasa Negara
assalamualaikum. saya haifa nazira dari ipgk darulaman. boleh saya minta izin menggunakan teks pidato ini sebagai panduan serta rujukan saya untuk simulasi? terima kasih atas perkongsian encik. semoga perkongsian ini diredhai dan dirahmati..
Assalamualaikum...saya Nurul aqilah Johari.. pelajar uiam Gombak ..saye ingin meminta izin untuk menjadikan contoh rujukan dan mengambil serba sedikit isi dalam teks pidato ini..izinkan saya tn.. :)
Assalamualaikum..saya nur shafiqah Dari Kolej matrikulasi pulau pinang..saya nak share teks ni untuk sesi pengucapan awam..
saya Fira Syafiqah dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur memohon agar diberi keizinan untuk menjadikan teks di dalam blog tuan sebagai rujukan untuk karnival citra bahasa yang akan diadakan di universiti saya. Jika tuan tidak keberatan,adakah tuan mengenali orang yang arif dalam bidang kebahasaan ataupun yang selalu menjadi hakim pertandingan kebahasaan? Saya berharap, jika ada, tuan memberikan nombor telefon mereka ke email saya : firasyafiqah6997@gmail.com secepat mungkin
assalamulaikum Encik Harmi.
saya Nur farzanah binti jainul abideen, saya berminat dengan teks pidato encik bolehkah saya menguna dan mengubah sedikit untuk kegunaan pertangdingan pidato saya peringkat sekolah menengah atas..mohon encik pertimbangkan....terima kasih....wasalamualikum
Assalamualaikum cikgu.mohon untuk saya menggunakan teks pidato cikgu untuk latihan murid. -ustzh safra
Nama :safra masudin
institusi : sekolah rendah agama taman ehsan kepong.
Assalamualaikum,mohon utk diolah utk kgunaan.moga allah murahkan rezeki tuan atas perkongsian ilmu.
Mohamad fikri
Kolej teknologi alpha
Asslamualaikum. Saya Ali Toupan pelajar universiti Malaysia Sabah. Dengan izin encik boleh tak kalau saya nak gunakan teks pidato tersebut untuk pertandingan ? Saya tertarik dengan hasil penulisan bait-bait kata yang dikarang. Bukan tujuan untuk plagiat atau menciplak hasil tulisan encik. Hanya sekadar ingin berkongsi ilmu.
Assalamualaikum, saya Aina Safia dari SMK Taman Tasik mohon untuk menggunakan teks pidato encik yang sangat mantap untuk pertadingan pidato peringkat sekolah nanti.
saya Aina Safia dari SMK Taman Tasik mohon untuk menggunakan teks pidato encik semasa pertandingan pidato peringkat sekolah.
Assalammualaikum..nama sy mohd solihin..ign mmnta kbenaran utk mnggunakan teks ini bgi mnjana idea
Assalammualaikum, cikgu.Saya, Siti Azeyana Hajat. Pelajar di UPSI. Saya ingin mohon keizinan menggunakan teks cikgu sebagai rujukan untuk pertandingan pidato yang akan saya sertai.
Sekian,terima kasih.
Assalamualaikum, saya Saidatul Ashikin, pelajar UiTM Negeri Sembilan memohon kebenaran tuan untuk menggunakan artikel-artikel di bawah label 'Teks Pidato' sebagai rujukan. Dengan ini saya dahulukan jutaan terima kasih.
assalamualaikum.
tuan..mohon benarkan sy ambil idea dan isinya ya
ezzatty muhaimmah,sma al aziz
Assalamualaikum En. Harmi .
Saya Nor Aisyati binti Abdul Fattah dari SMK Bukit Rangin , Kuantan , Pahang .
Saya nak minta izin guna teks pidato ini untuk ujian lisan saya di sekolah . Izinkan saya ye tuan . Terima kasih .
salam, saya shazwan dari u . malaya mohon saya menggunaka teks ini untuk pertandingan pidato anjuran kolej saya.
Saya Ku Arbaiah binti Ku muhammad dari Sk tebing tinggi kelantan ...izinkan saya menggunakan skrip ini sebagai rujukan..tq
Assalamualaikum... saya cikgu su, mohon share teks pidato ni untuk kegunaan s pelajar ye. jazakallahu khairan. semoga allah membalas budi baik kalian... inshaaALLAH. terima kasih ye :)
Assalammualaikum, .Saya, puan su. Saya ingin mohon keizinan menggunakan teks cikgu sebagai rujukan untuk pertandingan pidato yang akan pelajar saya sertai.
Sekian,terima kasih.
Assalammualaikum, cikgu.Saya, Puan suriani dari sekolah model khas. Saya ingin mohon keizinan menggunakan teks cikgu sebagai rujukan untuk pertandingan pidato yang akan pelajar saya sertai.
Sekian,terima kasih.
Assalamualaikum, saya nurul aliah nadira dari smk rawang, izinkan saya menggunakan teks pidato ini sebagai rujukan...
Assalammualaikum tuan, saya Nur Syahnira Amira Binti Abdul Saad pelajar Smk Inanam, Kota Kinabalu ingin meminta izin tuan untuk menggunakan skrip tersebut sebagai bahan rujukan saya dalam membuat persediaan untuk pertandingan pidato akan datang. Harap diizinkan, terima kasih.
Assalamualaikum, saya Noor Azura Ahmad ingin menggunakan teks pidato ini sebagai rujukan untuk mengajar anak murid saya membuat teks pidato. Terima kasih
Saya Nithia dr SJKT Raub. Saya juga ingin meminta kebenaran daripada admin blog ini untuk menjadikan teks pidato ini sebagai rujukan.
Sekian , terima kasih
Assalamualaikum. Nama saya Nur Syazwani bt. Abdullah dan saya merupakan mahasiswi di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Mohon keizinan daripada Taun untuk saya gunakan teks pidato dan juga bahan rujukan dari blog ini untuk kegunaan saya dan ahli orator kelab kami. Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama Tuan. Mohin Tuan membenarkan kami menggunakan blog Tuan sebagai bahan rujukan kami. Terima Kasih.
ASSALAMUALAIKUM TUAN. SAYA CIKGU MOHAMAD KHIR DARI SMK ST.LUKE, SARAWAK MOHON KEIZINAN TUAN UNTUK JADIKAN TEKS PIDATO TUAN INI SEBAGAI RUJUKAN KPD ANAK DIDIK SY. TERIMA KASIH.
Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Saya Nurain binti Rosman dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Izinkan saya untuk menggunakan skrip pidato ini sebagai bahan rujukan. Terima kasih.
Salam Encik Harmi,
Saya Mohd Syahmirza, Guru dari SMK Methodist, Sibu untuk memohon menggunakan bahan pidato yang terdapat dalam blog ini. Jasa baik Encik Harmi saya dahului dengan ucapa terima kasih.
Assalamualaikum. Nama Nurhidayah Izzati dari KUIS, ingin meminta keizinan untuk memanfaatkan teks yang bernas ini sebagai rujukan dan pelajaran. Semoga dengan keizinan ini tuan diberikan kejayaan sepanjang hayat . aamiin.
Assalamualaikum, nama diberi Nurhidayah Izzati dari KUIS, mohon keizinan untuk memanfaatkan teks tuan sebagai rujukan dan pelajaran. Semoga dengan keizinan tuan diberikan kejayaan sepanjang hayat. Aamiin.
Dipersilakan bagi yang telah memohon izin dan memperkenalkan diri. Semoga boleh dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Terima kasih atas kesudian melayari blog saya ini.
Assalamualaikum tuan, Saya Mona Mariana bt Mhd Nur dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Mohon keizinan tuan untuk saya manfaatkan skrip pidato ini sebagai rujukan. Saya dahului dengan ucapan terima kasih. Hanya Allah swt yang mampu membalasnya.
Post a Comment