Informasi berguna untuk aplikasi bermakna. Berkongsi tips, teknik & format terkini? Sertai sesi latihan, bengkel & pertandingan? Layarilah untuk maklumat lanjut.
Halaman
▼
Thursday, June 8, 2017
Pertandingan Pidato Terbuka Piala Pusingan YB Tan Sri William Mawan Ikom Peringkat Kebangsaan Tahun 2017
Maklumat Am Pertandingan
Tarikh : 6 - 8 Oktober 2017
Hari : Jumaat hingga Ahad
Masa : 7.30 pagi - 10.30 malam
Penganjur Bersama :
SK Abang Leman, Kabong &
SMK Kabong, Sarawak
Lokasi Pertandingan : SMK Kabong, Sarawak
Lokasi Penginapan : Pantai Tanjung Kembang Resort, Kabong, Sarawak
Tentatif Program :
Hari Pertama, Jumaat, 6 Okt 2017
1500 - 1800 : Pendaftaran
1900 - 2000 : Makan Malam
2000 - 2130 : Sesi Taklimat (Peserta, Guru Pengiring & Hakim)
Hari Kedua, Sabtu, 7 Okt 2017
0715 - 0800 : Sarapan
0800 - 1030 : Peringkat Awal (Pidato Wajib)
1030 - 1100 : Minum Pagi
1100 - 12.30 : Peringkat Awal (Pidato Spontan)
1230 - 1400 : Makan Tengah Hari
1400 - 1500 : Peringkat Separuh Akhir (Pidato Wajib)
1500 - 1530 : Minum Petang
1530 - 1630 : Peringkat Separuh Akhir (Pidato Spontan)
1800 - 1930 : Makan Malam
2000 - 2130 : Pertandingan Akhir (Pidato Wajib & Spontan)
2130 - 2230 : Majlis Perasmian Penutup
Hari Ketiga, Ahad, 8 Okt 2017
0715 - 0800 : Sarapan
0800 - 0900 : Daftar Keluar Penginapan & Bersurai
Yuran Penyertaan
RM100.00 setiap peserta
a) Setiap sekolah dibenarkan menghantar sama ada seorang (1) atau dua orang (2) peserta sahaja.
b) Setiap sekolah wajib menghantar seorang (1) guru pengiring sahaja yang dikecualikan daripada sebarang bayaran.
c) Individu tambahan (guru pengiring kedua atau lebih, penyokong, jurulatih dan sebagainya, jika ada) akan dikenakan bayaran tambahan RM100.00 seorang.
Hadiah Pemenang
- bagi kedua-dua kategori penyertaan
a) Johan
- Piala Pusingan
- Wang Tunai
- Piala Iringan
- Sijil Penyertaan
b) Naib Johan
- Wang Tunai
- Piala Iringan
- Sijil Penyertaan
c) Tempat Ketiga
- Wang Tunai
- Piala Iringan
- Sijil Penyertaan
d) Semifinalis (Separuh Akhir)
- Piala Iringan
- Sijil Penyertaan
e) Setiap peserta dan guru pengiring akan menerima sijil penyertaan.
Kategori Penyertaan
a) PEMIDATO SEKOLAH RENDAH
- kelayakan umur : 10 hingga 12 tahun.
- murid Tahun 4, 5 atau 6 sahaja.
- terbuka kepada 10 orang peserta sahaja.
b) PEMIDATO SEKOLAH MENENGAH
- kelayakan umur : 14 hingga 16 tahun.
- murid Tingkatan 2, 3 atau 4 sahaja.
- terbuka kepada 15 orang peserta sahaja.
Format Pertandingan
a) Setiap pemidato akan bertanding dalam kategori masing-masing (sekolah rendah & sekolah menengah).
b) Setiap pemidato akan bertanding dalam Pusingan Awal (Saringan).
- Pidato Wajib Sekolah Rendah : 5 minit
- Pidato Spontan Sekolah Rendah : 3 minit
- Pidato Wajib Sekolah Menengah : 7 minit
- Pidato Spontan Sekolah Menengah : 4 minit
c) Dalam Peringkat Awal (Saringan), para peserta boleh mencipta tajuk pidato wajib sendiri berdasarkan 15 tema yang telah disediakan oleh pihak teknikal penghakiman. Senarai tema ini akan turut dimaklumkan menerusi surat jemputan.
Tema Pusingan Awal
- peserta boleh memilih tajuk sendiri berdasarkan salah satu tema berikut:
1. Khazanah Alam Sekitar
2. Keharmonian & Perpaduan Rakyat
3. Produk Pelancongan
4. Pembangunan Luar Bandar
5. Potensi Generasi Muda
6. Kepelbagaian Etnik
7. Kepesatan Sektor Perindustrian
8. Kecemerlangan Sukan
9. Pembangunan Pendidikan
10. Semangat Patriotisme
11. Keprihatinan Pemimpin
12. Kesejahteraan Ekonomi Rakyat
13. Integrasi Nasional
14. Kedaulatan Negara
15. Memartabatkan Bahasa & Budaya
d) Daripada 15 orang peserta, hanya 6 orang peserta bagi setiap kategori yang akan layak ke peringkat Separuh Akhir.
e) Dalam Peringkat Separuh Akhir, para peserta perlu memilih salah satu tajuk pidato wajib yang telah disediakan oleh pihak teknikal penghakiman. Senarai tajuk ini akan turut dimaklumkan menerusi surat jemputan.
Tajuk Peringkat Separuh Akhir
- peserta perlu memilih salah satu tajuk berikut untuk pidato wajib:
1. Sarawak Gemilang Di Pentas Dunia
2. Sarawak Maju Menjelang 2050
3. Sarawak Tanah Tumpahnya Darahku
4. Sarawak Aman Makmur Dalam Malaysia
5. Sarawak Bertuah, Berjaya dan Berdaulat
6. Sarawak : Indah dan Permai
f) Daripada 6 orang peserta separuh akhir, hanya 3 orang peserta bagi setiap kategori yang akan layak ke pertandingan akhir.
g) Dalam Pertandingan Akhir, para peserta boleh memilih salah satu daripada tajuk pidato wajib yang pernah disampaikan sebelum ini (sama ada dalam Peringkat Awal atau Peringkat Separuh Akhir). Sebarang pertukaran atau perubahan tajuk pidato wajib adalah tidak dibenarkan dalam Pertandingan Akhir.
h) Dalam Peringkat Awal (Saringan), Peringkat Separuh Akhir & Pertandingan Akhir, semua tajuk pidato spontan adalah berdasarkan 15 tema yang telah disediakan oleh pihak teknikal penghakiman. Senarai tema ini akan turut dimaklumkan menerusi surat jemputan.
Tema Pidato Spontan
(bagi pusingan awal, peringkat separuh akhir & pertandingan akhir)
1. Khazanah Alam Sekitar
2. Keharmonian & Perpaduan Rakyat
3. Produk Pelancongan
4. Pembangunan Luar Bandar
5. Potensi Generasi Muda
6. Kepelbagaian Etnik
7. Kepesatan Sektor Perindustrian
8. Kecemerlangan Sukan
9. Pembangunan Pendidikan
10. Semangat Patriotisme
11. Keprihatinan Pemimpin
12. Kesejahteraan Ekonomi Rakyat
13. Integrasi Nasional
14. Kedaulatan Negara
15. Memartabatkan Bahasa & Budaya
i) Penentuan peserta yang layak ke peringkat seterusnya dan pemenang pertandingan akhir adalah berdasarkan keputusan juri menurut sistem agregat. Keputusan hakim adalah muktamad.
j) Syarat & peraturan pertandingan akan dipaparkan menerusi Kertas Konsep Pertandingan Pidato Terbuka Kabong 2017 dalam blog ini pada awal Ogos 2017 kelak.
k) Pihak Jawatankuasa Teknikal Pertandingan berhak untuk meminda mana-mana syarat atau peraturan yang difikirkan perlu bagi melancarkan aspek penghakiman dalam pertandingan ini.
Sebarang pertanyaan atau makluman, bolehlah diajukan kepada;
a) Ustaz Mohd Nazmi bin Jaafar
Penyelaras Teknikal Pertandingan (SKAL)
Sekolah Kebangsaan Abang Leman, Kabong
Tel : 013 376 1471
b) En. Harmi bin Mohammad Jamil
Penyelaras Teknikal Penghakiman (ADCE)
Tel : 012 215 4945 (Whatsapp digalakkan)
Emel : mjharmi@yahoo.com
Blog : http://belajardebat.blogspot.com
Surat jemputan akan diedarkan pada Ogos 2017 kepada sekolah-sekolah yang berminat menyertai pertandingan ini.
Harap maklum. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen atau cadangan anda. Sebarang komen yang tidak disertakan dengan pengenalan diri individu TIDAK AKAN DILAYAN sama sekali.