MAKLUMAT AM
Tarikh Cadangan :
Sabtu, 24 Februari 2018
Masa Program :
7.30 pagi - 5.00 petang
Lokasi Program :
Gombak, Selangor (akan dimaklumkan kemudian)
Sasaran Penyertaan :
i) Terbuka kepada para pelajar SBP, SMK, SMKA, SAM, SAMT, MRSM & Sekolah/Kolej Swasta seluruh negara.
ii) Format bahas/debat yang diketengahkan dalam bengkel ini adalah selaras dengan Kertas Konsep Bahas KPM, HKSBP, Minggu Bahasa MRSM & pertandingan debat anjuran pelbagai pihak.
iii) Setiap institusi boleh menghantar lebih daripada satu pasukan.
iv) Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 6 orang individu sama ada;
a) 5 orang pelajar & seorang guru pengiring; atau
b) 4 orang pelajar & 2 orang guru pengiring.
v) Setiap individu tambahan selain daripada 6 orang individu sepasukan di atas akan dikenakan yuran tambahan.
Yuran Penyertaan :
a) Yuran Penyertaan Pasukan (6 orang) = RM250.00 sepasukan
b) Yuran Penyertaan Individu Tambahan (jika ada) = RM100.00 bagi setiap individu
- yuran penyertaan merangkumi jamuan makan (sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang), bahan cetakan bengkel & sijil penyertaan.
- pengangkutan & penginapan (jika ada) adalah atas tanggungan sendiri.
- kaedah pembayaran yuran akan dimaklumkan kelak menerusi surat jemputan program.
TENTATIF PROGRAM
Sabtu, 24 Februari 2018
0730 - 0830 : Pendaftaran Peserta & Sarapan
0830 - 0930 : Pengenalan Asas Bahas Ala Parlimen
0930 - 1100 : Pembinaan Kes - Definisi, Premis & Hujah
1100 - 1130 : Minum Pagi
1130 - 1300 : Pembinaan Argumen - Bidasan, Izin Laluan & Celahan
1300 - 1430 : Solat Zohor & Makan Tengah Hari
1430 - 1500 : Pembinaan Rumusan - Penggulungan
1500 - 1630 : Sesi Praktikal (Mock Debate)
1630 - 1700 : Minum Petang & Bersurai
CARA UNTUK MENYERTAI
a) Nama Institusi :
b) Alamat Lengkap Institusi :
c) No. Telefon Institusi :
d) No. Faks Institusi :
e) Emel Institusi (jika ada) :
f) Nama Penuh Guru Pengiring :
g) No. H/P Guru Pengiring :
h) Jumlah Pasukan :
i) Jumlah Individu Tambahan (jika ada) :
Bagi tujuan tempahan penyertaan dan penghantaran surat jemputan program, sila hantar butiran lengkap di atas menerusi aplikasi Whatsapp atau Telegram kepada En. Harmi Mohammad Jamil di talian 012-2154945.
atau
Anda juga boleh mengisi dengan lengkap BORANG TEMPAHAN PENYERTAAN sepertimana yang dipaparkan dalam ruangan di bawah (sila klik 'website version' untuk mendapatkannya).
Tarikh Edaran Surat Jemputan :
15 Januari - 4 Februari 2018
Tarikh Tutup Penyertaan :
5 Februari 2018
Tempoh Pembayaran Yuran Penyertaan :
6 Februari - 18 Februari 2018
Harap maklum, terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen atau cadangan anda. Sebarang komen yang tidak disertakan dengan pengenalan diri individu TIDAK AKAN DILAYAN sama sekali.