Informasi berguna untuk aplikasi bermakna. Berkongsi tips, teknik & format terkini? Sertai sesi latihan, bengkel & pertandingan? Layarilah untuk maklumat lanjut.
Halaman
▼
Saturday, April 1, 2017
Liga Debat Persahabatan Putrajaya 2017
Liga Debat Persahabatan Putrajaya 2017
Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Lembaga Pengawas SMK Putrajaya Presint 9(1) berhasrat untuk menganjurkan suatu program debat persahabatan melibatkan pasukan bahas Bahasa Melayu sekolah-sekolah menengah (SMK/ SBP/ MRSM/ Sekolah Swasta) sebagai persediaan pasukan masing-masing untuk menghadapi pertandingan bahas peringkat kebangsaan.
Butiran awal program ini adalah seperti berikut;
Tarikh : Sabtu, 6 Mei 2017
Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : SMK Putrajaya Presint 9(1)
Format : Sistem liga berkumpulan, setiap pasukan akan berbahas sebanyak 3 kali, melawan pasukan berbeza.
Kuota : 24 buah pasukan bahas BM
Yuran Penyertaan : RM250.00 sepasukan
Jumlah Peserta : 4 orang pembahas & 1 orang guru pengiring
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Harmi Mohd Jamil di talian 0122154945. SMS/Whatsapp amat digalakkan. Harap maklum.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen atau cadangan anda. Sebarang komen yang tidak disertakan dengan pengenalan diri individu TIDAK AKAN DILAYAN sama sekali.