Wednesday, January 22, 2014

Program Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Wilayah Pantai Timur Tahun 2014

Program
Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Menengah 
Wilayah Pantai Timur Tahun 2014 (Pahang, Terengganu & Kelantan)

Tarikh/Masa
Sabtu, 8 Februari 2014
8.30 pagi - 5.00 petang

Lokasi
Universiti Malaysia Pahang, Gambang, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Anjuran
Azwan Dot Com Enterprise - Minda Intelek Global

Penyertaan
Jumlah Peserta : 5 orang pelajar & seorang guru pengiring bagi setiap sekolah
Yuran Penyertaan : RM 200.00 setiap sekolah
Kod Program : 008 (Kod program untuk melengkapkan proses pendaftaran atas talian.)

Maklumat Am

1. Penyertaan terbuka kepada 30 buah sekolah sekitar Pahang, Terengganu dan Kelantan yang terawal mendaftar secara atas talian menerusi borang penyertaan di bawah.

2. Setiap sekolah diwakili oleh 5 orang pelajar dan seorang guru pengiring sahaja.

3. Yuran penyertaan bagi setiap sekolah adalah RM 200.00 (Dua Ratus Ringgit Sahaja). Namun begitu, jika ada sekolah yang ingin membawa individu tambahan (pelajar/guru/jurulatih/pemandu), maka bayaran tambahan sebanyak RM 50.00 (Lima Puluh Ringgit Sahaja) akan dikenakan bagi setiap individu.

4. Yuran penyertaan bolehlah dijelaskan secara tunai atau cek semasa hari pendaftaran. Butiran lanjut berhubung proses pembayaran akan dimaklumkan menerusi surat jemputan rasmi yang akan dihantar kepada pihak sekolah Tuan/Puan.

5. Makan-minum sepanjang program, sijil penyertaan, bahan-bahan bengkel dan segala kemudahan yang difikirkan perlu akan disediakan oleh pihak penganjur. Namun begitu, pengangkutan atau penginapan (jika ada) adalah bawah tanggungjawab sekolah sendiri.

6. Bagi sekolah-sekolah yang memerlukan penginapan, bolehlah menghubungi En. Azwan Affandi Md. Jahaya di talian 017-283 8019 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Kos penginapan (jika ada) tidak termasuk dalam yuran penyertaan dan merupakan tanggungan pihak sekolah masing-masing.

7. Surat jemputan akan dihantar kepada sekolah-sekolah yang telah mendaftar secara atas talian (online registration) menerusi borang penyertaan di bawah. Sila masukkan kod program 008 bagi pendaftaran program bengkel bahas ini.

8. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan adalah pada hari Jumaat, 31 Januari 2014.

TENTATIF PROGRAM

Masa
Aktiviti
Lokasi
8.30 pagi
Pendaftaran Peserta
Dewan
9.00 pagi
Pengenalan Asas : Format & Konsep
Permulaan Ucapan Substantif
10.00 pagi
Minum Pagi
Kafeteria
10.30 pagi
Definisi Konsep
Dewan
Premis & Strategi Pasukan
11.30 pagi
Hujah
Celahan
1.00 petang
Makan Tengah Hari / Solat
Kafeteria / Surau
2.00 petang
Bidasan
Dewan
Izin Laluan
3.15 petang
Penggulungan
Asas Penghakiman / Sesi Tayangan
4.30 petang
Minum Petang
Kafeteria
5.00 petang
Bersurai

9. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah diajukan kepada penama berikut:

Nama : En. Harmi bin Mohammad Jamil
Talian : 012 215 4945
Emel : mjharmi@yahoo.com 

Harap maklum. Terima kasih. 

No comments: