Wednesday, April 24, 2013

Pertandingan Debat Persahabatan ADCE-MiG Antara Institusi-Institusi Pendidikan 2013 - Maklumat Am

Tarikh : 11 & 12 Mei 2013
Hari : Sabtu & Ahad
Masa : 8.00 pagi - 5.30 petang
Lokasi Pertandingan : Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang, Selangor
Lokasi Penginapan : Institut Latihan Pos Malaysia, Bandar Baru Bangi


Hari Pertama
Sabtu, 11 Mei 2013
10.00 pagi
Pendaftaran Peserta, Pengiring & Hakim Kantin
10.30 pagi
Taklimat Pertandingan & Undian Kumpulan Seri Anggun
11.00 pagi
Minum Pagi Kantin
11.30 pagi
Pusingan Awal 1 8 sidang
1.00 petang
Makan Tengah Hari Kantin
2.00 petang
Pusingan Awal 2 8 sidang
3.30 petang
Minum Petang Kantin
4.00 petang
Pusingan Awal 3 8 sidang
5.30 petang
Makan Malam Kantin
6.30 petang
Bergerak ke penginapan & Daftar Masuk

Hari Kedua
Ahad, 12 Mei 2013
8.00 pagi
Daftar Keluar & bergerak ke SMKSS
8.30 pagi
Sarapan Kantin
9.00 pagi
Taklimat Pertandingan & Undian Suku Akhir Seri Anggun
9.30 pagi
Pusingan Suku Akhir 4 sidang
11.00 pagi
Minum Pagi Kantin
11.30 pagi
Peringkat Separuh Akhir 2 sidang
1.00 petang
Makan Tengah Hari Kantin
2.00 petang
Pertandingan Akhir Seri Anggun
4.00 petang
Minum Petang Kantin
4.30 petang
Bersurai

Yuran Penyertaan

Pakej
Butiran Pakej
Yuran
A
(penginapan & pengangkutan)

- 3 orang pembahas & seorang pengiring sahaja
- 8 kali makan-minum
- Bilik Penginapan (1 malam sahaja)
- Pengangkutan (dari lokasi pertandingan ke penginapan sahaja)
- Sijil Penyertaan

RM 500.00 sepasukan
B
(penginapan sahaja & tanpa pengangkutan)

- 3 orang pembahas & seorang pengiring sahaja
- 8 kali makan-minum
- Bilik Penginapan (1 malam sahaja)
- Sijil Penyertaan

RM 450.00 sepasukan
C
(tanpa penginapan & pengangkutan)

- 3 orang pembahas & seorang pengiring sahaja
- 7 kali makan-minum (kecuali makan malam)
- Sijil Penyertaan

RM 400.00 sepasukan

Bayaran Tambahan (jika ada peserta/pengiring tambahan)
Pakej A : RM 125.00 bagi setiap individu
Pakej B : RM 125.00 bagi setiap individu
Pakej C : RM 100.00 bagi setiap individu

Pembayaran penuh yuran penyertaan boleh dilakukan pada hari pendaftaran secara tunai atau cek atas penama berikut:


Nama Syarikat              :               AZWAN DOT COM ENTERPRISE (CA0176904-H)
Nombor Akaun             :               06010000448101
Nama Bank                   :               CIMB BANK


Jadual Pertandingan


Kerajaan
Pembangkang
Sidang
Pusingan Awal 1
11.30 pagi, Sabtu, 11 Mei 2013
Usul
Industri Kreatif Merancakkan Dunia Hiburan Tanah Air
PA01
A1
A2
1
PA02
A3
A4
2
PA03
B1
B2
3
PA04
B3
B4
4
Usul
Industri Hiburan Malaysia Perlukan Nafas Baru.
PA05
C1
C2
5
PA06
C3
C4
6
PA07
D1
D2
7
PA08
D3
D4
8
Pusingan Awal 2
2.00 petang, Sabtu, 11 Mei 2013
Usul
Kerjasama Masyarakat Pemangkin Kecemerlangan Murid.
PA09
A2
A3
1
PA10
A4
A1
2
PA11
B2
B3
3
PA12
B4
B1
4
Usul
Inovasi Pendidikan Mampu Membentuk Kemenjadian Murid.
PA13
C2
C3
5
PA14
C4
C1
6
PA15
D2
D3
7
PA16
D4
D1
8
Pusingan Awal 3
4.00 petang, Sabtu, 11 Mei 2013
Usul
Integrasi Nasional Teras Kedaulatan Negara.
PA17
A1
A3
1
PA18
A2
A4
2
PA19
B1
B3
3
PA20
B2
B4
4
Usul
Gagasan 1Malaysia Mampu Membina Perpaduan Bangsa.
PA21
C1
C3
5
PA22
C2
C4
6
PA23
D1
D3
7
PA24
D2
D4
8

  1. Setelah tamat pusingan awal, johan dan naib johan setiap kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir.
  2. Penentuan kedudukan setiap pasukan dalam kumpulan adalah berdasarkan kriteria (mengikut turutan) : jumlah menang, jumlah juri (jika sesuai), jumlah margin (jika sesuai) & jumlah markah
  3. Di peringkat suku akhir, undian akan dilaksanakan untuk menentukan pasukan lawan dan peranan setiap pasukan.
Suku Akhir
9.30 pagi, Ahad, 12 Mei 2013
Usul
Program Pembangunan Sukan Di Peringkat Akar Umbi Menjanakan Mutu Sukan Negara.
QF01
S
W
1
QF02
T
X
2
QF03
U
Y
3
QF04
V
Z
4
Separuh Akhir
11.00 pagi, Ahad, 12 Mei 2013
Usul
Media Sosial Membudayakan Gaya Hidup Sihat Remaja.
SF01
Pemenang QF01
Pemenang QF02
1
SF02
Pemenang QF03
Pemenang QF04
2
Akhir
2.00 petang, Ahad, 12 Mei 2013
Usul
PBS Memenuhi Aspirasi Pendidikan Di Malaysia.
FL01
Pemenang SF01
Pemenang SF02
Bilik Seri Anggun

 Hadiah Pertandingan

JOHAN
Piala Iringan, Wang Tunai RM1000.00, Sijil Penyertaan

NAIB JOHAN
Piala Iringan, Wang Tunai RM600.00, Sijil Penyertaan

PENDEBAT TERBAIK (AKHIR)
Piala Iringan, Wang Tunai RM100.00

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
En. Harmi bin Mohammad Jamil
T: 012-2154945
E: mjharmi@yahoo.com

Tuesday, April 23, 2013

Pertandingan Debat Persahabatan ADCE-MiG Antara Institusi-Institusi Pendidikan 2013 - Peraturan


Syarat-Syarat & Peraturan-Peraturan Pertandingan

AM

1.1 Pertandingan ini dinamakan sebagai Pertandingan Debat Persahabatan ADCE-MiG Antara Institusi-Institusi Pendidikan 2013.
1.2 Peraturan ini diadaptasi dan diubahsuai daripada peraturan-peraturan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh, Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Piala KPPM dan pertandingan-pertandingan debat peringkat IPT.
1.3 Tafsiran peraturan ini merupakan hak mutlak pihak penganjur.
1.4 Pihak penganjur mempunyai hak untuk meminda sebarang peraturan sebelum bermulanya pertandingan sepertimana yang difikirkan sesuai. 

TAFSIRAN

2.1 'Pengarah Pertandingan' dan 'Panel Hakim' bermaksud individu-individu yang dilantik oleh pihak penganjur untuk memegang jawatan-jawatan tersebut.
2.2 'Institusi Pendidikan' bermaksud semua institusi pendidikan sama ada di peringkat sekolah menengah mahupun di peringkat IPT.
2.3 'Pengerusi Teknikal Penghakiman' adalah individu yang dilantik untuk mengendalikan urusan penghakiman pertandingan.

PENYERTAAN

3.1 Setiap institusi boleh menghantar paling maksimum 2 buah pasukan bahas Bahasa Melayu yang terdiri daripada tiga (3) orang pembahas. Setiap pasukan mestilah diiringi oleh seorang guru/pegawai pengiring.
3.2 Untuk melayakkan diri menyertai pertandingan ini, setiap pembahas merupakan pelajar sepenuh masa di institusi masing-masing.
3.3 Bagi sekolah menengah, penyertaan terbuka untuk para pelajar Tingkatan 1 hingga 5 sahaja (pelajar Tingkatan 6/Pra-Universiti tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini).
3.4 Semua ahli pasukan hendaklah terdiri daripada penuntut institusi yang sama. Pengesahan hendaklah dilakukan oleh pihak institusi masing-masing semasa sesi pendaftaran kelak.
3.5 Jumlah penyertaan bagi edisi pertandingan kali ini dihadkan kepada 16 buah pasukan yang terawal menghantar borang penyertaan sama ada menerusi faks atau emel kepada pihak penganjur.
3.6 Jika jumlah penyertaan kurang daripada 16 buah pasukan, maka jadual perlawanan dan sistem/format pertandingan akan disusun-semula bagi mengoptimumkan peluang setiap pasukan untuk bertanding.

SISTEM PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan ini akan menggunakan sistem liga berkumpulan untuk pusingan awal dan sistem menang-mara untuk pusingan suku akhir, separuh akhir dan pertandingan akhir.
4.2 Semua pasukan akan diundi semasa sesi taklimat dan ditempatkan dalam 4 kumpulan (A, B, C & D). Setiap kumpulan akan mengandungi sekurang-kurangnya 4 buah pasukan. Jika ada institusi yang menghantar sehingga 2 buah pasukan, maka undian akan dilakukan sebaik mungkin bagi mengelakkan 2 pasukan tersebut diundi dalam kumpulan yang sama.
4.3 Penentuan peranan sebagai kerajaan/pembangkang adalah berdasarkan jadual pertandingan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
4.4 Selepas pertandingan pusingan awal (1, 2 & 3), kedudukan setiap pasukan dalam kumpulan masing-masing akan ditentukan dengan mengambil kira kriteria-kriteria berikut;
4.4.1 Jumlah Menang/Kalah
4.4.2 Jumlah Juri (jika bersesuaian)
4.4.3 Jumlah Margin (jika bersesuaian)
4.4.4 Jumlah Markah
4.5 Johan dan naib johan setiap kumpulan akan layak secara automatiknya ke peringkat suku akhir. Penentuan pasukan lawan dan peranan (kerajaan/pembangkang) semasa peringkat suku akhir akan dibuat menerusi undian.
4.6 Bagi peringkat suku akhir, peringkat separuh akhir dan pertandingan akhir, sistem yang akan diaplikasikan adalah berkonsepkan 'menang-mara' ('kalah-mati'). Hanya pasukan yang memenangi sesi pertandingan 'menang-mara' tersebut akan layak ke peringkat seterusnya.
4.7 Secara umumnya setiap pasukan akan bertanding sekurang-kurangnya dalam 3 perlawanan.
4.8 Menerusi jadual pertandingan yang disediakan, di peringkat 'menang-mara', ada kemungkinan bahawa sesebuah pasukan itu akan berlawan dengan pasukan yang pernah mereka hadapi.

MASA PERSEDIAAN

5.1 Usul perdebatan dimaklumkan sekurang-kurangnya 4 minggu sebelum tarikh pertandingan bagi membolehkan setiap pasukan melakukan persediaan rapi.
5.2 Tiada masa kuarantin yang akan diperuntukkan kerana penentuan peranan kerajaan/pembangkang adalah berdasarkan undian semasa taklimat pertandingan.
5.3 Setiap pasukan dinasihatkan untuk hadir awal ke sidang-sidang pertandingan yang telah ditetapkan sepertimana dalam jadual. Pasukan yang gagal hadir selepas 15 minit dari masa permulaan perdebatan akan dikira kalah.

STRUKTUR PERDEBATAN

6.1 Pertandingan ini akan dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu mengikut gaya bahas ala Parlimen Malaysia dan berdasarkan format HKSBP, Bahas Piala KPPM dan debat-debat universiti.
6.2 Setiap pertandingan debat akan disertai oleh dua (2) buah pasukan, iaitu pihak kerajaan dan pembangkang. Setiap pasukan hanya dianggotai oleh tiga (3) orang pembahas sahaja tanpa pembahas simpanan.
6.3 Pasukan kerajaan terdiri daripada Perdana Menteri, Menteri Kedua dan Menteri Ketiga. Manakala, pasukan pembangkang terdiri daripada Ketua Pembangkang, Pembangkang Kedua dan Pembangkang Ketiga.
6.4 Setiap pembahas perlu menyampaikan ucapan substantif menurut peruntukan masa dan susunan berikut;

Ucapan Substantif
Perdana Menteri - 8 minit
Ketua Pembangkang - 8 minit
Menteri Kedua - 8 minit
Pembangkang Kedua - 8 minit
Menteri Ketiga - 8 minit
Pembangkang Ketiga - 8 minit

Ucapan Penggulungan
Penggulungan Pembangkang - 4 minit
Penggulungan Kerajaan - 4 minit
*Penggulungan hanya boleh dilakukan oleh pembahas pertama atau kedua setiap pasukan sahaja.

6.5 Izin laluan merupakan penjelasan yang diminta oleh pihak lawan bagi memperjelaskan fakta penting yang ditimbulkan oleh pembahas yang sedang berucap. Izin laluan mestilah ringkas dan berkaitan dengan apayang sedang dibahaskan oleh pembahas tersebut. Peruntukan masa untuk setiap izin laluan adalah 15 saat sahaja.
6.6 Untuk setiap ucapan substantif, loceng akan dibunyikan sekali pada akhir minit pertama menandakan ruang bagi pihak lawan memberi izin laluan telah bermula. Loceng akan dibunyikan sekali pada akhir minit ke-7 bagi menandakan masa untuk membuat izin laluan telah tamat. Loceng akan dibunyikan 2 kali apabila peruntukan masa selama 8 minit telah tamat.
6.7 Untuk ucapan penggulungan, loceng akan dibunyikan sekali pada awal minit ke-3 dan dua kali apabila peruntukan masa 4 minit telah tamat. Tiada izin laluan semasa sesi penggulungan.

PEMARKAHAN

7.1 Bahagian Isi - 30 markah
- dinilai berdasarkan kesesuaian, pengembangan dan penjelasan hujah, fakta dan contoh yang jelas digunakan serta  bidasan yang berkesan terhadap hujah-hujah pihak lawan.
7.2 Bahagian Strategi - 30 markah
- dinilai berdasarkan keberkesanan penyusunan dan struktur ucapan pembahas, keberkesanan kes sesuatu pasukan secara keseluruhan, kesinambungan hujah/fakta, kerjasama sepasukan, pemahaman isu/usul yang dibahaskan dan pengurusan masa berucap.
7.3 Bahagian Bahasa - 20 markah
- dinilai berdasarkan penggunaan bahasa yang tepat, tatabahasa yang betul, sebutan baku serta menurut laras bahasa yang digunakan di Parlimen.
7.4 Bahagian Gaya - 20 markah
- dinilai dari segi kesesuaian dan keberkesanan gaya penyampaian hujah/bidasan.
- penyampaian yang mempunyai nilai bujukan yang tinggi serta dapat menarik perhatian audien akan dipandang positif oleh hakim (dengan syarat penyampaian tersebut membantu penghujahan).
7.5 Penggunaan bahan bantuan luar (buku, carta, majalah, gajet elektronik dan sebagainya) semasa perdebatan berlangsung adalah dilarang sama sekali.
7.6 Para pembahas tidak dibenarkan untuk menggunakan ayat-ayat suci al-Quran atau Hadis serta menyentuh isu-isu agama, perkauman mahupun apa jua perkara yang dianggap sensitif.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

8.1 Keputusan hakim adalah muktamad. Tiada sebarang rayuan akan dilayan.
8.2 Sekiranya terdapat apa-apa bantahan teknikal, sila kemukakannya kepada Pengerusi Teknikal Penghakiman secepat mungkin selepas selesai sesuatu perdebatan.
8.3 Jika pihak penganjur mendapati berlakunya sebarang kesilapan atau kecacatan semasa pengendalian sesuatu perdebatan (yang berkaitan dengan perkara teknikal sahaja), usaha akan dibuat sebaik mungkin agar tiada kepentingan mana-mana pihak yang terjejas. Jika perlu, para peserta dan hakim akan dimaklumkan tentang isu berbangkit agar tidak berulang. 

Pengerusi Teknikal Penghakiman
Pertandingan Debat Persahabatan ADCE-MiG Antara Institusi-Institusi Pendidikan 2013