MAKLUMAT AM
Tarikh Pertandingan : Jumaat - Ahad, 3 - 5 April 2015
Lokasi Pertandingan : Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, Johor Darul Takzim
Yuran Penyertaan : RM300.00
sepasukan
Jumlah Pasukan : 8
buah pasukan
Setiap pasukan diwakili oleh 4 orang pembahas dan 2 orang
pengiring.
Setiap pasukan wajib menyenaraikan 2 orang peserta
Tingkatan 1 dan 2 orang peserta Tingkatan 2.
Dua orang pengiring pula terdiri daripada seorang guru
bertanggungjawab dan seorang pembimbing (sama ada jurulatih, guru, pelajar
menengah atas atau bekas pelajar).
PENYERTAAN 8 BUAH PASUKAN BERTANDING
1. Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, Johor (SEHEBAT)
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah, Sabah (TUNAS)
3. Sekolah Sultan Alam Shah, W.P. Putrajaya (SAS)
4. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar, Johor (MAAHAD MUAR)
5. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak (STAR)
6. Sekolah Tun Fatimah, Johor (STF)
7. Sekolah Dato' Abdul Razak, Negeri Sembilan (SDAR)
8. Maktab Rendah Sains Mara Batu Pahat, Johor (MRSMBPJ)
PENYERTAAN 8 BUAH PASUKAN BERTANDING
1. Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, Johor (SEHEBAT)
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah, Sabah (TUNAS)
3. Sekolah Sultan Alam Shah, W.P. Putrajaya (SAS)
4. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar, Johor (MAAHAD MUAR)
5. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak (STAR)
6. Sekolah Tun Fatimah, Johor (STF)
7. Sekolah Dato' Abdul Razak, Negeri Sembilan (SDAR)
8. Maktab Rendah Sains Mara Batu Pahat, Johor (MRSMBPJ)
TENTATIF PROGRAM
Jumaat, 3
April 2015
|
|
2.00 petang – 6.00 petang
|
Sesi
Pendaftaran Pasukan
Daftar
Masuk Penginapan
|
6.30 petang – 7.30 malam
|
Makan Malam
|
8.00 malam – 9.30 malam
|
Sesi Taklimat
Peserta
Undian
Pertandingan
|
9.30 malam – 10.30 malam
|
Sesi Taklimat
Hakim
|
10.30 malam – 11.00 malam
|
Minum
Malam
|
Sabtu, 4
April 2015
|
|
7.00 pagi – 8.00 pagi
|
Sarapan
|
8.00 pagi – 10.00 pagi
|
Pusingan Awal 1
|
10.00 pagi – 11.00 pagi
|
Minum
Pagi
|
11.00 pagi – 1.00 petang
|
Pusingan Awal 2
|
1.00 petang – 2.00 petang
|
Rehat/Makan
Tengah Hari/Solat Zohor
|
2.30 petang – 6.30 petang
|
Lawatan
|
6.30 petang – 7.30 malam
|
Makan
Malam
|
8.00 malam – 10.00 malam
|
Pusingan Awal 3
|
10.00 malam – 10.30 malam
|
Minum
Malam
|
Ahad, 5
April 2015
|
|
7.00 pagi – 8.00 pagi
|
Sarapan
|
8.00 pagi – 10.00 pagi
|
Peringkat
Separuh Akhir
|
10.00 pagi – 11.00 pagi
|
Minum
Pagi
|
11.00 pagi – 12.30 tengah hari
|
Pertandingan Akhir
|
12.30 tengah hari – 1.30 petang
|
Majlis Perasmian Penutup
|
1.30 petang – 2.30 petang
|
Makan
Tengah Hari/Solat Zohor
|
3.00 petang – 4.00 petang
|
Daftar Keluar Penginapan
|
JADUAL
PERTANDINGAN
PUSINGAN AWAL 1
|
Sabtu, 4 April 2015
8.00 pagi – 10.00 pagi
|
||
USUL
|
MALAYSIA MAMPU MENGANJURKAN SUKAN
OLIMPIK.
|
||
KOD
|
KERAJAAN
|
PEMBANGKANG
|
SIDANG
|
P1
|
A
|
B
|
1
|
P2
|
C
|
D
|
2
|
P3
|
E
|
F
|
3
|
P4
|
G
|
H
|
4
|
PUSINGAN AWAL 2
|
Sabtu, 4 April
2015
11.00 pagi –
1.00 petang
|
||
USUL
|
GST MENGUNTUNGKAN.
|
||
KOD
|
Peranan
akan diundi sebelum sesi kuarantin.
|
SIDANG
|
|
P5
|
MENANG P1
|
KALAH P2
|
1
|
P6
|
MENANG P3
|
KALAH P4
|
2
|
P7
|
KALAH P1
|
MENANG P2
|
3
|
P8
|
KALAH P3
|
MENANG P4
|
4
|
PUSINGAN AWAL 3
|
Sabtu, 4 April 2015
8.00 malam – 10.00 malam
|
||
USUL
|
AKTA KEHARMONIAN KAUM PERLU
DIWUJUDKAN.
|
||
KOD
|
Peranan
akan diundi sebelum sesi kuarantin.
|
SIDANG
|
|
P9
|
S
MENANG P6
|
X
KALAH P7
|
1
|
P10
|
U
MENANG P8
|
V
KALAH P5
|
2
|
P11
|
R
MENANG P5
|
Y
KALAH P8
|
3
|
P12
|
T
MENANG P7
|
W
KALAH P6
|
4
|
NOTA:
Selepas
tamatnya 3 pusingan awal, pasukan yang memenangi P9, P10, P11 dan P12 akan
layak ke peringkat separuh akhir seperti berikut:
PUSINGAN SEPARUH AKHIR
|
Ahad, 5 April 2015
8.00 pagi – 10.00 pagi
|
||
USUL
|
UPSR WAJAR DIMANSUHKAN.
|
||
KOD
|
KERAJAAN
|
PEMBANGKANG
|
SIDANG
|
P13
|
Pemenang P9
|
Pemenang P10
|
1
|
P14
|
Pemenang P11
|
Pemenang P12
|
2
|
PERTANDINGAN AKHIR
|
Ahad, 5 April 2015
11.00 pagi – 12.30 tengah hari
|
||
USUL
|
KANAK-KANAK PATUT DIBERI
HAK MENGUNDI DALAM PILIHANRAYA
|
||
KOD
|
KERAJAAN
|
PEMBANGKANG
|
SIDANG
|
P15
|
Pemenang P13
|
Pemenang P14
|
Dewan
Besar
|
PUSINGAN AWAL 1
TEMA : PENGANJURAN
SUKAN BERTARAF ANTARABANGSA
Sukan Olimpik Musim Panas yang pertama kalinya dianjurkan
pada tahun 1896 merupakan temasya sukan pelbagai acara terulung di dunia.
Temasya sukan ini telah banyak berevolusi daripada sekadar 42 buah acara dengan
lebih kurang 250 orang atlet mewakili 14 buah negara kepada 300 buah acara
pelbagai disiplin sukan dengan penyertaan lebih 10,000 orang atlet dari 205
buah negara di seluruh dunia. Sukan Olimpik Musim Panas 2008 yang dihoskan oleh
Beijing menerima kunjungan 10,500 orang atlet yang bertanding dalam 302 buah
acara sukan.
Amerika Syarikat pernah menganjurkan 4 kali Sukan Olimpik
Musim Panas, paling banyak dalam kalangan tuan-tuan rumah yang lain. United
Kingdom pula mengelolakan Sukan Olimpik 2012, iaitu kali ketiga London menjadi
hosnya. Australia, Perancis, Jerman dan Greece pernah menganjurkannya sebanyak
dua kali. Negara-negara lain yang pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim
Panas adalah Belgium, China, Kanada, Finland, Itali, Jepun, Mexico, Belanda,
Korea Selatan, Sepanyol, Soviet Union dan Sweden. Pada tahun 2016, Rio de
Janeiro, Brazil akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2016 dan kemudiannya
disusuli oleh Tokyo, Jepun pada tahun 2020 kelak.
PUSINGAN AWAL 2
TEMA : PROGRAM
TRANSFORMASI EKONOMI NEGARA
GST mula-mula diperkenalkan di Perancis pada tahun 1954
oleh Maurice Laure untuk menggantikan sistem yang sangat bergantung kepada
cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbangkan sistem cukai
pendapatan yang tidak begitu berkesan.
GST merupakan sejenis cukai penggunaan berasaskan konsep
nilai tambah dan diambil kira dalam setiap peringkat urus niaga. GST dikutip
daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang
berdaftar dengan pihak berkuasa ke atas cukai. Lazimnya, pembekal atau penjual
boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau
perkhidmatan yang dibekalkan melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan.
PUSINGAN AWAL 3
TEMA : PENGUKUHAN
ASPEK KEHARMONIAN NEGARA
Malaysia tidak terlepas daripada pelbagai ancaman yang
boleh menggugat keselamatan dan kesejahteraan negara. Antara bentuk ancaman
yang dihadapi di negara kita termasuklah tindakan subversif, keganasan,
ektremisme, sabotaj, pencerobohan dan lain-lain bentuk ancaman yang dapat menghakis
keamanan negara. Sebagai contoh, ancaman pengganas komunis, kumpulan militan,
puak pelampau agama mahupun kumpulan-kumpulan yang telah diharamkan.
Sebagai sebuah negara majmuk, Malaysia sentiasa
berhadapan dengan kemungkinan berlakunya insiden perselisihan yang boleh
menggugat keharmonian antara kaum dan keselamatan negara. Insiden 13 Mei 1969,
peristiwa Kampung Medan (4 Mac 2001) dan insiden Kampung Rawa, Pulau Pinang (27
Mac 1998) merupakan contoh-contoh insiden pertelagahan kaum di negara kita. Tambahan
pula, kini elemen pertelagahan ini kian berleluasa di alam maya menerusi
provokasi dan konfrontasi melampau yang banyak menyentuh sensitiviti perkauman
di Malaysia.
SUKU AKHIR
TEMA : TABIAT
PEMAKANAN GENERASI MUDA
Malaysia menduduki tempat keenam di rantau Asia Pasifik
bagi masalah obesiti dan mendahului senarai di Asia Tenggara untuk masalah
obesiti dan kencing manis.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya
baru-baru ini berkata bahawa terdapat kira-kira 3 juta rakyat Malaysia yang
mengalami lebihan berat badan dan bilangannya semakin meningkat dalam situasi
apabila kira-kira 5 juta individu menderita pelbagai peringkat penyakit kencing
manis.
Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia, Prof. Dr.
Mohd Ismail Noor pula berkata situasi masa kini cukup membimbangkan sehingga
langkah-langkah pencegahan perlu dimulakan segera memandangkan generasi muda
dan kanak-kanak Malaysia sudah mula mengalami masalah berat badan sedari kecil
lagi. Selain aspek pemakanan yang kurang sihat, gaya hidup yang tidak aktif
banyak menyumbang kepada masalah ini.
SEPARUH AKHIR
TEMA : PEMUPUKAN
NILAI INTEGRITI DALAM DUNIA PENDIDIKAN
Pihak polis telah mengambil keterangan daripada 30
individu untuk membantu siasatan berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa
Inggeris. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng dalam
satu kenyataan berkata bahawa pihak polis menjangkakan akan ada tangkapan dalam
masa terdekat dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara
untuk tindakan lanjut.
Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa
Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid-murid Tahun 6 mendudukinya
pada 11 September 2014 manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 pula
terpaksa ditangguhkan sebelum mereka sempat mendudukinya pada hari yang sama.
Pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia telah menetapkan 30 September 2014 sebagai
tarikh baru peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut.
AKHIR
TEMA : HAK ASASI
KANAK-KANAK
Konvensyen mengenai hak kanak-kanak (CRC) telah
dibentangkan dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
pada 20 November 1989. Dokumen ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak dari
sebarang bentuk pengabaian, penderaan dan eksploitasi serta menjamin
kanak-kanak untuk mendapatkan hak-hak asasi mereka.
Antara lain, prinsip-prinsip konvensyen ini menggariskan
bahawa kanak-kanak tidak seharusnya didiskriminasikan, kanak-kanak mempunyai
hak untuk memperoleh kehidupan berkualiti dan perkembangan yang sihat,
kepentingan terbaik bagi kanak-kanak hendaklah diberi keutamaan dan kanak-kanak
harus diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam semua perkara
yang menyentuh kehidupan mereka serta diberi kebebasan untuk menyuarakan
pendapat masing-masing.
NOTA:
Deskripsi usul berasaskan tema di atas merupakan panduan bagi memudahkan
persediaan pasukan mencari bahan dan membuat kajian. Senarai 6 usul
pertandingan yang rasmi akan diumumkan pada hari Isnin, 16 Februari 2015.