Halaman

Monday, December 2, 2013

Pertandingan Debat Junior SEHEBAT 2014


Program : Pertandingan Debat Junior SEHEBAT 2014
Tarikh : 4 - 6 April 2014 (Jumaat, Sabtu & Ahad)
Lokasi : SM Sains Batu Pahat, KM8 Jalan Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor

Jumlah Peserta : 4 orang pembahas & seorang guru/pengiring setiap pasukan/sekolah
Yuran Penyertaan : RM 250.00 sepasukan
Kod Program : 007
(Kod program perlu dimasukkan ke dalam borang penyertaan bagi melengkapkan proses pendaftaran pasukan anda.)

Maklumat Penyertaan

1. Penyertaan terbuka kepada 15 buah pasukan bahas sekolah dari seluruh negara yang terawal mendaftar secara atas talian menerusi borang penyertaan yang dipaparkan di bawah sahaja.

2. Setiap pasukan diwakili oleh 4 orang pembahas (pelajar Tingkatan 1 & 2 sesi persekolahan 2014 sahaja) dan seorang guru pengiring.

3. Yuran penyertaan setiap pasukan adalah RM 250.00 (Dua Ratus Lima Puluh Ringgit Sahaja). Setiap sekolah hanya boleh menghantar satu pasukan bahas Bahasa Melayu sahaja. Permohonan untuk menghantar pasukan kedua atau individu tambahan (pelajar/guru/pemandu) akan dipertimbangkan atas budi bicara dan keizinan pihak penganjur.

4. Penginapan, makan-minum sepanjang program, sijil penyertaan dan segala kemudahan yang difikirkan perlu akan disediakan oleh pihak penganjur. Namun begitu, pengangkutan dari sekolah masing-masing ke lokasi program (SM Sains Batu Pahat) adalah atas tanggungjawab sekolah masing-masing.

5. Format pertandingan adalah berdasarkan format bahas ala Parlimen sepertimana amalan HKSBP dan KPM mengikut sistem liga berkumpulan (bagi pusingan awal). Pusingan suku akhir, separuh akhir dan akhir akan dijalankan secara sistem menang-mara.

6. Senarai usul berdasarkan tema 'KELESTARIAN SENI DAN BUDAYA BANGSA' akan dimaklumkan sekurang-kurangnya 4 minggu sebelum tarikh pertandingan. Peranan kerajaan/pembangkang akan ditentukan menerusi undian sebelum sesi kuarantin 30 minit bermula.

7. Maklumat berkenaan syarat-syarat pertandingan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi paparan blog ini. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada keizinan jawatankuasa teknikal penghakiman dan pertandingan.

8. Surat jemputan akan hanya dihantar kepada sekolah-sekolah yang telah mendaftar secara atas talian (online registration) menerusi borang penyertaan yang dipaparkan di bawah. Sila masukkan kod program 007 jika membuat pendaftaran bagi pertandingan ini.

9. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan adalah pada hari Isnin, 3 Mac 2014.


 TENTATIF PROGRAM

Jumaat, 4 April 2014
4:00 petang – 6.00 petang
Sesi Pendaftaran Pasukan
Daftar Masuk Penginapan
7.00 malam – 8.00 malam
Makan Malam
8.30 malam – 10.00 malam
Sesi Taklimat Pertandingan
Undian Kumpulan
10.00 malam – 10.30 malam
Minum Malam

Sabtu, 5 April 2014
7.30 pagi – 8.00 pagi
Sarapan
8.00 pagi – 8.30 pagi
Sesi Taklimat & Pengumuman Usul
8.30 pagi – 9.00 pagi
Sesi Kuarantin
9.00 pagi – 10.30 pagi
Pusingan Awal 1
10.30 pagi – 11.00 pagi
Minum Pagi
11.00 pagi – 11.30 pagi
Sesi Taklimat & Pengumuman Usul
11.30 pagi – 12.00 tengah hari
Sesi Kuarantin
12.00 tengah hari – 1.30 petang
Pusingan Awal 2
1.30 petang – 2.30 petang
Rehat/Makan Tengah Hari/Solat Zohor
2.30 petang – 3.00 petang
Sesi Taklimat & Pengumuman Usul
3.00 petang – 3.30 petang
Sesi Kuarantin
3.30 petang – 5.00 petang
Pusingan Awal 3
5.00 petang – 5.30 petang
Minum Petang
7.00 malam – 8.00 malam
Makan Malam
8.00 malam – 8.30 malam
Sesi Taklimat & Pengumuman Usul
8.30 malam – 9.00 malam
Sesi Kuarantin
9.00 malam – 10.30 malam
Pusingan Suku Akhir
10.30 malam – 11.00 malam
Minum Malam

Ahad, 6 April 2014
7.30 pagi – 8.00 pagi
Sarapan
8.00 pagi – 8.15 pagi
Sesi Taklimat & Pengumuman Usul
8.15 pagi – 8.45 pagi
Sesi Kuarantin
8.45 pagi – 10.15 pagi
Pusingan Separuh Akhir
10.15 pagi – 10.45 pagi
Minum Pagi
10.45 pagi – 11.00 pagi
Sesi Taklimat & Pengumuman Usul
11.00 pagi – 11.30 pagi
Sesi Kuarantin
11.30 pagi – 1.00 petang
Pertandingan Akhir
1.00 petang – 2.00 petang
Majlis Perasmian Penutup
2.00 petang – 2.30 petang
Makan Tengah Hari/Solat Zohor
2.30 petang
Bersurai

10. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah diajukan kepada penama berikut:

Nama : En. Harmi bin Mohammad Jamil
Talian : 012 215 4945 (sms amat digalakkan)
Emel : mjharmi@yahoo.com

Harap maklum. Terima kasih.