Halaman

Wednesday, January 30, 2013

Travel Log #3 : BERGURU

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Bait-bait pantun kegemaran penulis ini amat sarat dengan pelbagai mesej bermakna. Baik dari segi pembayangnya, apatah lagi maksudnya.

Kebanyakan orang beranggapan bahawa mesej sebenar yang ingin disampaikan hanya diungkapkan pada baris maksud. Lazimnya, baris pembayang cuma dilihat sebagai 'pelengkap' atau 'penyedap' pantun. 

Namun hakikatnya tidak. Menerusi pantun lama ini, kita perlu melihatnya dalam konteks keseluruhan pantun itu sendiri agar mesej yang cuba disampaikan dapat terpatri kemas dalam ingatan.

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki,

Secara metaforanya, 'padang datar' merujuk kepada sesebuah kawasan yang bukan sahaja topografinya landai tetapi litupan vegetasinya juga terhad. Biasanya, kita hanya akan menjumpai pokok-pokok renek dan rumput-rampai tumbuh subur di kawasan berkenaan.

'Rusa belang kaki' pula merupakan sejenis belalang yang berhabitatkan kawasan berlalang seperti padang. Ramai yang tersalah anggap bahawa semacam wujudnya makhluk mistik 'rusa yang kakinya berbelang'! Maka, pemahaman kita sebagai pembaca zaman moden haruslah diselaraskan dengan daya fikir generasi terdahulu yang banyak mengasosiasikan unsur alam dengan nukilan pantun mereka.

Secara tersiratnya juga, keseluruhan baris pembayang ini menggambarkan satu situasi yang amat mudah difahami. Jika kita hanya sekadar memburu di padang yang landai, datar dan dipenuhi tumbuh-tumbuhan renek, maka kebarangkalian untuk kita memperoleh hasil tangkapan yang dihajati amatlah rendah dan mungkin mustahil untuk direalisasikan. 

Apa yang tinggal, mungkin sahaja kita akan memperoleh belalang rusa yang berbelang kakinya. Jadinya, jika inginkan hasil tangkapan yang lebih baik (dan bukan sekadar belalang rusa), kita mestilah berburu di kawasan hutan belantara yang dipenuhi dengan pelbagai haiwan.

Apakah rumusan umumnya? Hendakkan rusa sebenar, berburulah di hutan belantara. Jika tetap rasa 'selesa' dan 'cukup' untuk berburu di padang, maka hasilnya cuma sekadar belalang rusa. Maka, ikhtiar yang bersungguh-sungguh sewajarnya mendahului hasil yang bakal diterima.

Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

'Berguru kepalang ajar' dikonotasikan sebagai 'belajar sekadar alang-alang atau main-main'. Erti kata lain, 'sambil lewa', 'tidak bersungguh-sungguh', 'sekadar cukup makan' dan lebih parah lagi mungkin 'bodoh sombong' serta 'merasakan diri sudah cukup pandai atau hebat, maka liat berusaha untuk menambahkan ilmu di dada'.

'Bunga kembang tak jadi' pula dilambangkan sebagai sesuatu yang 'indah dan bermakna' tetapi telah hilang nilai/kualitinya disebabkan gagal berkembang dengan baik.

Sinikalnya, keadaan ini menggambarkan bahawa jika kita hanya berguru atau menuntut sesuatu ilmu itu sekadar untuk suka-suka, belajar sekadar main-main, atau dalam konteks situasi kini (tatkala semua pasukan bahas sekolah bersiap-sedia menghadapi pelbagai siri pertandingan bahas), masih culas untuk mencari ilmu baru bagi memperbaiki diri, maka bersedialah untuk menghadapi kegagalan dan kekalahan. 

Ada juga yang merasakan sudah lengkap segala pengetahuan tentang bahas, memandang enteng tentang usaha membina pasukan sedari awal, mengikut panduan yang salah - sesat lagi menyesatkan (tidak menepati format & konsep pertandingan), tidak komited terhadap sesi latihan serta seribu satu lagi keadaan 'berguru kepalang ajar', maka sayang seribu kali sayang, pasti 'bunganya akan gagal untuk berkembang' - potensi sebenar tidak ditunjukkan, menerjah medan perdebatan tanpa persediaan, pasti berakhir dengan kekalahan!

Akhir kata, jika inginkan ilmu berguna dan pengalaman berharga, janganlah berguru kepalang ajar sahaja. Dan lebih penting lagi, bergurulah dengan mereka yang arif. Nescaya, anda mampu kembang membunga harum semerbak, indah dipandang lagi mendamaikan jiwa.

Tuesday, January 29, 2013

Program Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen SMK Hulu Kelang - Keputusan Pemilihan

Berikut disenaraikan nama para peserta yang terpilih menganggotai pasukan bahas Bahasa Melayu:

1. Adillah binti Anuar
2. Nurin Afrina Izzati bt. Mohd Rozaieed
3. Muhammad Imran bin Mohd Zaini
4. Wan Nur Syaqirah Wan Norisham
5. Abdul Rahman bin Zainal Abidin
6. Nur Shaqueilla binti Shahuddin

Sila rujuk guru pembimbing anda untuk sesi latihan bahas berikutnya. Terima kasih.

Monday, January 28, 2013

Program Pemantapan Pasukan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen SMK Seksyen 19, Shah Alam

Berikut disenaraikan nama para peserta yang telah terpilih untuk menganggotai pasukan bahas sekolah:

1. Siti Nurhidayah bt. Fauzi
2. Mohd Afham Firdaus bin Shohimi
3. Amirul Affiq bin Aminuddin
4. Muhammad Firdaus Hakimi bin Abu Bakar
5. Ahmad Nuh bin Abdul Rahim
6. Mohamad Nur Fikri bin Roslan (researcher)
7. Khairiah bt. Abdul Malik (researcher)
8. Mohd. Nadzren Fikri bin Nadzeri (researcher)
9. Nur Farisha binti Ismail (perlu diujibakat)
10. Qistina Illya binti Azhar (perlu diujibakat)

Nota : Sila rujuk tarikh-tarikh latihan daripada Ahmad Nuh bin Abdul Rahim untuk tindakan lanjut semua. Harap maklum, terima kasih.

Monday, January 21, 2013

Program Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen SM Sains Kuala Selangor - Keputusan Sesi Pemilihan

Berikut disenaraikan nama para peserta yang terpilih untuk menghadiri sesi latihan bahas susulan (butiran selanjutnya akan dimaklumkan kemudian):

Para pelajar berikut DIWAJIBKAN untuk menghadiri sesi latihan:

1. Mohammad Isma Zikry bin Ishak
2. Ahmad Aizat bin Razali
3. Mohammad Hafiz Zulfikri bin Mohamad Nasir
4. Siti Khalijah binti Mohamed Hata
5. Vynson Kuan Zhi-Rong
6. Khairul Aizat bin Nurul Khairul Anuar
7. Nur Shafira binti Mohd Sayuti
8. Muhammad Hilmi bin Hamka
9. Muhammad Izzudin bin Nor Azhar
10. Noor Aida Syazwani binti Abdul Razak
11. Nurul Amielia Liza binti Mohd Ali
12. Nur Humairaa binti Mohd Roni


Para pelajar berikut AMAT DIGALAKKAN untuk menghadiri sesi latihan:

13. Norarina binti Rustam
14. Ain Mastura binti Ahmad Zaini
15. Muhammad Haikal bin Norazman
16. Siti Laila Sobirah binti Jaafar
17. Aida Nurul Aina binti Ghazali
18. Siti Naziha binti Mohamad Nazir
19. Syaza Zuhairah binti Mohd Zahri
20. Muhammad Aiman Jasrine bin Zafri
21. Izyan Nursyaira binti Mohd Ezman
22. Ain Zulfa binti Ahmad Zaini


Para pelajar lain yang tidak disenaraikan sepertimana di atas turut DIALU-ALUKAN untuk menghadiri sesi latihan bahas yang bakal diadakan kelak. Maklumat lanjut berhubung sesi latihan bahas ini akan dimaklumkan oleh guru penasihat pasukan bahas sekolah. Harap maklum. Semoga berjaya!

Sunday, January 20, 2013

Program Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen SM Sains Kuala Selangor - Rakaman Lensa

Program Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen 2013
Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor

Lokasi : SM Sains Kuala Selangor
Tarikh : Sabtu & Ahad, 19 & 20 Januari 2013
Jumlah : 42 orang peserta/pelajar
Moderator : En. Harmi bin Mohammad Jamil
Fasilitator 1 : En. Che Faiz Fathurrahman bin Che Kamaruzzaman
Fasilitator 2 : En. Mohamad Hakim bin Azaman

Lokasi Program : Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor
Sebelum bermulanya sesi ceramah pagi
Sesi perbincangan kumpulan sebelum pembentangan
Seandainya malu bertanya, pasti akan tersesat jalan
Sesi praktikal bahas - pembentangan kumpulan
Menilai persembahan para peserta semasa sesi praktikal bahas

Friday, January 18, 2013

Program Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Menengah 2013 - Info Terkini

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera,

Dukacitanya dimaklumkan bahawa program Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Menengah 2013 anjuran bersama pihak Minda Intelek Global dan Kelab Seni Pengucapan Awam (KESPA) IPG Kampus Pendidikan Islam yang dijadualkan pada hari Sabtu, 26 Januari 2013 kelak bakal DITANGGUHKAN ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Hal ini kerana timbulnya beberapa kekangan luar jangka yang dihadapi oleh pihak konsultan. Maka, untuk memudahkan urusan pihak yang terlibat, penangguhan program untuk sementara waktu dibuat bagi kebaikan semua.

Namun begitu, pihak konsultan Minda Intelek Global amat berbesar hati untuk mengadakan program bengkel bahas secara PERCUMA (tanpa dikenakan apa-apa bayaran) khusus buat sekolah-sekolah yang telah berdaftar dan menghantar borang penyertaan.

Program ini dilaksanakan menurut syarat-syarat berikut:

i) Hanya terbuka untuk sekolah-sekolah yang telah berdaftar dan menghantar borang penyertaan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

ii) Program ini diadakan di sekolah berkenaan dengan menggunakan dewan atau bilik kuliah yang dilengkapi peralatan untuk mengadakan sesi ceramah.

iii) Program bengkel ini diadakan sama ada untuk tempoh 4 jam (separuh hari) atau 6 jam (sehari) bagi jumlah peserta tidak melebihi 50 orang pelajar.

iv) Tiada sebarang bayaran yang akan dikenakan untuk penganjuran program bengkel bahas ini.

Pihak sekolah berkenaan akan dihubungi oleh pihak penganjur berkenaan tawaran ini menerusi guru pembimbing masing-masing dalam jangka masa terdekat. Sebarang perbincangan lanjut akan dilaksanakan bersama-sama para guru pembimbing berkenaan berhubung cadangan tarikh program dan perkara-perkara lain yang berkaitan.

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Keprihatinan dan kerjasama pihak Tuan/Puan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Harmi bin Mohammad Jamil
Konsultan Minda Intelek Global

Wednesday, January 16, 2013

Pasukan Bahas SMK Bandar Tun Hussein Onn 2 : Analisis Pemilihan

Sesi 1 : Kump. C (K) lwn Kump. E (P)

PM
+ve : permulaan agak tenang, suara bersifat keibuan, tak banyak 'menelan' atau 'mengunyah' perkataan
 -ve : tetapi lama-kelamaan suara menjadi tenggelam timbul (akibat rasa gemuruh), banyak tersekat-sekat

KP
+ve : lontaran suara yang bagus, kedengaran mantap & menyakinkan, penerangan yang jelas & tegas, cepat beradaptasi dengan situasi, kelihatan tenang & benar-benar bersedia
-ve : gaya agak terbatas & kurang variasi, gaya tangan kurang sesuai (seperti pasukan nasyid)

M2
+ve : semakin lama semakin bagus dari segi pembentangan (prestasi berkadaran dengan masa)
-ve : kelihatan masih takut-takut pada awalnya, perlu pelbagaikan mimik muka & bahasa badan, terlalu banyak merujuk teks (membaca)

P2
+ve : lontaran idea agak logik & boleh diterima cuma kurang mendalam, cantik dari segi struktur penghujahan (huraian & fakta yang tepat)
-ve : lemah dari segi eye contact melambangkan tahap keyakinan yang agak rendah

M3
+ve : berani mencuba walaupun kelihatan amat gemuruh
-ve : suara agak halus/kurang kedengaran, bidasan tidak dilakukan terhadap hujah P2, tahap keyakinan agak 'rapuh' & amat gemuruh

P3
+ve : berani mencuba walaupun kelihatan amat gemuruh
-ve : cepat gelabah, kurang spontan, banyak tersekat-sekat, penggunaan bahasa pasar (bukan laras ala Parlimen)

Sesi 2 : Kump. H (K) lwn Kump. B (P)

PM
+ve : tahap keyakinan amat tinggi, suara jelas & intonasi yang cukup sesuai, menepati masa, kelihatan amat bersedia & banyak membantu ahli pasukan sendiri
-ve : kurang baku terutamanya pada minit-minit terakhir

KP
+ve : logik akal agak tinggi, penjelasan mudah difahami, kelihatan berusaha mencari bahan/fakta, bersikap 'no nonsense' (which is good), perlu lebih menyakinkan (conviction)
-ve : terlalu laju, seolah-olah mengunyah perkataan, hampir tiada ekspresi/mimik muka

M2
+ve : suara agak bagus & kedengarannya tegas, agak laju tetapi butir bicara sangat jelas, bijak mencari peluang 'eye contact'
-ve : terlalu laju & perlukan jeda

P2
+ve : 'eye contact' agak baik, amat spontan, bijak mengatur ayat, boleh menyampaikan idea dengan jelas sehingga boleh divisualkan oleh pendengar, kelihatan amat bersedia & buat 'homework'
-ve : terlalu banyak tersekat-sekat dengan perkataan 'aaa..'

M3
+ve : gaya selari dengan apa yang diperkatakan, idea bidasan agak logik & mudah, kelihatan mampu berfikir sendiri
-ve : banyak membaca, kurang menyakinkan, gaya tangan kurang sesuai (pasukan nasyid)

P3
+ve : kelihatan tegas & nampak menyakinkan pada mulanya
-ve : lama-kelamaan kelihatan agak gemuruh sehingga menjejaskan aliran pemikiran (flow of ideas), penyusunan ayat tidak selari dengan idea yang ingin disampaikan

Sesi 3 : Kump. D (K) lwn Kump. J (P)

PM
+ve : very likeable, mudah tersenyum & bersikap happy go lucky, amat sesuai untuk menceburi bidang forum
-ve : terlalu banyak membaca

KP
+ve : pertuturan amat jelas walaupun agak laju, butir bicara agak bagus, penggunaan bahasa yang menarik, faham corak membidas yang baik, sesuai untuk bidang forum
-ve : lebih mirip kepada syarahan agama, eye contact terlalu sedikit/terhad

M2
+ve : permulaan agak bagus, suara jelas & kedengaran matang
-ve : kurang bersedia, banyak tersekat-sekat, aliran pemikiran (flow of ideas) kurang lancar, terlalu banyak perkataan 'aaa..'

P2
+ve : penggunaan bahasa yang amat bagus (terutamanya peribahasa), agak lancar dari segi penyampaian, amat sesuai untuk bidang forum
-ve : kesilapan menyusun kata alu-aluan (perlu diletakkan di hadapan)

M3
+ve : suara masih boleh diperbaiki, hadir awal untuk sesi ujibakat (menampakkan minat yang tinggi)
-ve : terlalu banyak membaca, kekurangan isi, kelihatan gemuruh

P3
+ve : kelihatan tegas pada mulanya
-ve : eye contact masih lemah, terlalu banyak membaca, kelihatan gemuruh & agak laju

Sesi 4 : Kump. F (K) lwn Kump. I (P) - menarik diri

PM
+ve : berani mencuba walaupun giliran pertama berucap
-ve : kelihatan takut-takut, terlalu bergantung kepada teks/banyak membaca

M2
+ve : penjelasan hujah agak bagus, tahu apa yang diperkatakan, buat homework, kelihatan amat tenang, tidak terganggu pun dengan situasi sekeliling
-ve : slanga bahasa Inggeris (sebutan pelat Inggeris)

M3
+ve : penampilan kemas, kelihatan agak tegas, suara amat jelas
-ve : terlalu bergantung kepada teks, kurang baku

Sesi 5 : Kump. G (K) lwn Kump. A (P)

PM
+ve : permulaan yang agak tenang & penjelasan yang mudah
-ve : sebutan huruf tertentu agak tebal, terlalu banyak bergantung kepada teks

KP
- sama seperti dicatatkan dalam sesi sebelumnya -

M2
+ve : suara agak bagus & jelas, intonasi amat bersesuaian, aliran pemikiran selari dengan tutur bicara, corak penjelasan amat mudah difahami
-ve : tahap keyakinan yang sederhana

P2
+ve : logik idea yang baik, penjelasan (tanpa bergantung kepada teks) amat bagus & menyakinkan
-ve : kurang menyakinkan jika membaca, gaya kurang sesuai (sentuh-sentuh hidung, pegang penjuru meja), kurang penekanan terhadap perkara-perkara penting, suara agak sederhana

M3
+ve : suara agak baik (vokal kedengaran 'bulat' & jelas), butir bicara cukup jelas
-ve : kurang baku, idea tersekat-sekat, terlalu banyak membaca, agak gemuruh

P3
+ve : kelihatan yakin pada peringkat mulanya, berani mencuba
-ve : terlalu bergantung kepada teks, aliran pemikiran (flow of ideas) kurang jelas, semakin lama suara semakin perlahan sehingga tahap 'mengunyah' perkataan, mula 'hilang'suara tatkala rasa kurang yakin

Nota : Keputusan pemilihan dipaparkan pada bahagian SMKBTHO2. Harap maklum.

Tuesday, January 15, 2013

Travel Log #2 : PELUANG

Mungkin ada sesetengah sekolah yang sudah pun mengadakan sesi pemilihan pasukan bahas masing-masing. Ada juga yang masih merancang untuk mengadakannya. Terpulang kepada keupayaan dan keazaman masing-masing. Guru-guru bahasa pastinya sibuk mengatur pelbagai program sebagai persediaan untuk menghadapi 'deretan' pertandingan koakademik bahasa tahun ini. 2013, banyak aktiviti bahasa yang diadakan awal (sementara masih ada peruntukan dan masa terluang). Peri pentingnya bersedia awal dan mencari bakat para pelajar menerusi sesi pemilihan.

Maka, bagi mereka yang sudah terpilih menganggotai pasukan dan mewakili sekolah, tahniah diucapkan. Apabila terpilih, ianya hadir dengan tanggungjawab besar. Tanggungjawab ini pula diamanahkan kepada mereka yang sudah mendapat kepercayaan pihak yang lebih tinggi autoritinya. Bagi mewakili kepentingan golongan teramai. Sudah pasti, hanya yang layak (pada ketika itu) dipilih untuk menggalas tanggungjawab dan amanah tersebut. Diyakini dan diharapkan agar mereka mampu memikulnya - menyahut cabaran untuk melakukan yang terbaik demi untuk diri sendiri, pasukan, sekolah, negeri, agama dan negara.

Apabila sudah terpilih, maka hadirlah PELUANG. Ruang yang diberikan untuk menyerlah potensi diri dan kesempatan yang dihulurkan untuk berjuang dalam apa-apa medan sekalipun. Peluang yang diberi haruslah dimanfaatkan sebaik-baiknya. Tidak boleh dipersia-siakan. Jauh sekali, tidak boleh dianggap sebagai suatu perkara yang mudah lagi enteng.

Ramai orang pernah memperoleh peluang. Hatta, peluang yang diberikan juga sama rata, sama adil dan sama bagus faedahnya. Tetapi tidak ramai yang bersungguh-sungguh mempertahankan dan menghargai PELUANG yang diberikan. Kita perlu ingat, peluang terbaik hanya datang sekali dalam hidup. Mungkin akan ada peluang atau kesempatan yang lain, tetapi tidaklah sebaik yang pertama.

Peluang yang baik memang patut direbut dan dimanfaatkan. Bagi sesetengah orang pula, jarang sekali ingin memberi peluang kedua - you've got your chance to shine, once you blew it, then that's it. Namun bagi mereka yang masih belum diberi peluang, maka yang seterusnya adalah peluang pertama (terbaik) anda. Pendek kata, hargailah peluang anda sebaik-baiknya.

Jika anda terpilih mewakili sekolah atau membimbing pasukan sekolah, maka anda diberi banyak PELUANG. Peluang untuk menimba ilmu berguna, peluang untuk memperoleh pengalaman berharga, peluang untuk meningkatkan kemahiran diri, peluang untuk bekerjasama - ada dalam sesetengah situasi, PELUANG untuk MENANG! Terserah kepada anda untuk memilih PELUANG masing-masing.

Sunday, January 13, 2013

Travel Log #1 : BERSEDIA

Sesi persekolahan tahun 2013 telah bermula sejak awal Januari lalu. Dalam masa 11 hari, sempat juga menjenguk beberapa buah sekolah. Ada yang mengadakan bengkel bahas, ada juga sesi pemilihan dan sesi taaruf/mengatur perancangan tahunan. Seronok dapat berjumpa anak-anak didik setelah sekian lama bercuti.

Kagum dengan kesungguhan mereka. Sanggup meluangkan masa untuk mendengar celoteh kita. Menghadam segala nasihat dan panduan yang diberikan. Mencongak perancangan lebih tersusun untuk menghadapi 2013.

Lebih kagum dengan kematangan sesetengah daripada mereka - umpama rama-rama yang muncul dari kepompong. Menyerlahkan potensi sebenar dan bakat terpendam yang tidak pernah dilihat selama ini. Mungkin sudah sekian lama bernaung di bawah sayap-sayap para senior mereka, maka ini peluang untuk mereka pula menyinar. Banyak juga karakter menarik yang diperhatikan, jika digilap sebaik-baiknya pasti boleh memberi sumbangan bermakna nanti.

Satu persamaan yang dikesan dalam kalangan mereka - semuanya menaruh harapan yang tinggi untuk tahun 2013 namun dalam masa yang sama sedar bahawa perlu juga mengukur baju di badan sendiri. Memang hajat di hati nak mendaki gunung dan dek kerana gunung itu puncaknya tinggi, maka mereka mulakan langkah pertama. Berkumpul bersama rakan-rakan seperjuangan. Berbincang dengan guru pembimbing masing-masing. Mencari maklumat awal untuk memperkaya pembacaan. Menyusun jadual latihan. Mengadakan sesi ujibakat dan pemilihan. Semuanya langkah pertama untuk BERSEDIA.

Takwim aktiviti koakademik pun hampir semua sudah diketahui. Tinggal lagi untuk menghadapinya kelak. Daripada hanya menghitung hari dan menunggu masa tibanya hari kejadian, mereka memilih untuk BERSEDIA sedari awal agar nanti tidaklah kelam-kabut, timbul rasa tertekan ataupun berlakunya masalah-masalah lain. Pendek kata, sebelum hujan mula turun, tempayan dan payung sudah disediakan.

Mengharapkan kejayaan datang bergolek mahupun kemenangan datang melayang bukanlah perkara yang boleh diterima dengan akal waras. Nak berjaya, kena berusaha. Man jadda wa jada. Nak dapatkan sagu, pecahkan ruyung. Tapi kehendak dan harapan semata-mata tidak akan dapat dicapai tanpa usaha. Dan usaha pula tidak mungkin dapat dimulakan (atau diteruskan) tanpa BERSEDIA sedari awal.

Mereka sudah memulakan langkah untuk BERSEDIA. Anda bagaimana? Bersediakah anda?


Thursday, January 10, 2013

Pasukan Bahas SMK Bandar Tun Hussein Onn 2 : Agihan Kumpulan Ujibakat/Pemilihan

Naufal Afiq (4 Alpha) - Mentor Kumpulan A, B & C

Kumpulan A
Muhammad Haziq Ezwan (4 Delta)
Lutfi Ameerul Irfan (4 Delta)
Muhammad Ikmal Fahmi (4 Beta)

Kumpulan B
Muhammad Amry (3 Kualiti)
Shiva Prashanth (3 Kualiti)
Najihah Zahidah (3 Kualiti)

Kumpulan C
Nur Miza (3 Efektif)
Azira Nafisah (3 Efektif)
Siti Fatima Emi (3 Efektif)

Serena Inez (4 Beta) - Mentor Kumpulan D, E & F

Kumpulan D
Muhammad Syahmie (3 Proaktif)
Syarifah Nur Hidayati (3 Proaktif)
Saadi Putera (3 Inovatif)

Kumpulan E
Hasleanna Ellisa (3 Optimis)
Nur Aina Ilya (3 Optimis)
Siti Nur Azhani (3 Optimis)

Kumpulan F
Elysa Batrisya (4 Beta)
Nasreen Maisara (4 Beta)
Muhammad Firdaus (4 Beta)

Mahirah (5 Aset) - Mentor Kumpulan G, H, I & J

Kumpulan G
Syazwan (5 Gamma)
Nur Alia (5 Gamma)
Tamanna (5 Gamma)

Kumpulan H
Muhammad Arif Danial (3 Efektif)
Siti Thaqifah (3 Optimis)
Wan Nur Hanis Hidayah (3 Efektif)

Kumpulan I
Nur Diyana Nabihah (5 Alpha)
Nur Izzaty (5 Beta)
Nurul Asyikin (4 Gamma)

Kumpulan J
Nur Syafiqah (5 Aset)
Nik Fatin Najlaa (5 Aset)
Farah Nazihah (3 Kreatif)

Nota Penting

1. Setiap kumpulan diwakili oleh 3 orang peserta sahaja. Jika berlaku sebarang penggantian atau masalah berbangkit, hendaklah dibincangkan dengan mentor masing-masing.

2. Mentor setiap kumpulan dikehendaki untuk membimbing setiap ahli kumpulan masing-masing. Utamakan corak kupasan hujah dan bidasan untuk sesi pemilihan nanti.

3. Setiap peserta akan diberikan masa selama 3 minit sahaja untuk membentangkan hujah dan bidasan masing-masing. Bidasan hanya perlu dilakukan terhadap hujah pembahas yang berucap sebelum anda. Tiada izin laluan, celahan mahupun penggulungan sepanjang sesi perlawanan ini. 

4. Giliran berucap dan bidang tugas (hanya untuk sesi pemilihan ini) adalah seperti berikut;

i) Perdana Menteri (3 minit)
- Berikan takrifan usul / definisi konsep
- Sampaikan hujah pertama kerajaan

ii) Ketua Pembangkang (3 minit)
- Bidas hujah pertama kerajaan
- Sampaikan hujah pertama pembangkang

iii) Menteri Kedua (3 minit)
- Bidas hujah pertama pembangkang
- Sampaikan hujah kedua kerajaan

iv) Pembangkang Kedua (3 minit)
- Bidas hujah kedua kerajaan
- Sampaikan hujah kedua pembangkang

v) Menteri Ketiga (3 minit)
- Bidas hujah kedua pembangkang
- Sampaikan hujah ketiga kerajaan

vi) Pembangkang Ketiga (3 minit)
- Bidas hujah ketiga kerajaan
- Sampaikan hujah ketiga pembangkang

5. Jika ada sebarang kemusykilan, bolehlah memaklumkan terus kepada saya menerusi ruangan komen di bawah.

Sesi Pemilihan/Ujibakat Pasukan Bahas
Hari : Rabu, 16 Januari 2013
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Tempat : Bilik Bahasa

Sesi 1 :  2.00 petang - 2.20 petang
Usul : Kelulusan Akademik Menjamin Kejayaan Dalam Kerjaya
Kerajaan : Kumpulan C
Pembangkang : Kumpulan E

Sesi 2 : 2.20 petang - 2.40 petang
Usul : Kemasukan Pendatang Asing Menjanakan Ekonomi Negara
Kerajaan : Kumpulan H
Pembangkang : Kumpulan B

Sesi 3 : 2.40 petang - 3.00 petang
Usul : Pengaruh Rakan Sebaya Membentuk Gaya Hidup Sihat
Kerajaan : Kumpulan D
Pembangkang : Kumpulan J

Sesi 4 : 3.00 petang - 3.20 petang
Usul : Pemantauan Pihak Berkuasa Menjamin Kesihatan Pelajar
Kerajaan : Kumpulan F
Pembangkang : Kumpulan I

Sesi 5 : 3.20 petang - 3.40 petang
Usul : Karnival Jualan Mega Meningkatkan Kepenggunaan Rakyat
Kerajaan : Kumpulan G
Pembangkang : Kumpulan A