Halaman

Sunday, September 9, 2012

Johan Pertandingan Pidato Piala Diraja KPM Peringkat Negeri Selangor 2012 - Teks Pidato


[Dimohon agar sesiapa sahaja yang berminat mengekstrak teks pidato atau bahan-bahan lain dari blog ini untuk memohon keizinan terlebih dahulu daripada penulis. Sila perkenalkan diri selengkapnya dengan memaparkan nama penuh & nama institusi dan bukannya hanya nama timangan atau pengenalan diri yang samar. Hormatilah hakcipta dan integriti keilmuan. Terima kasih.]
  
PENDIDIKAN CEMERLANG NEGARA TERBILANG
  
Terima kasih peneraju acara, panel juri teguh saksama dan seluruh warga dewan berkarisma. Assalamualaikum dan salam ceria buat semua.
 
Sesungguhnya pendidikan cemerlang ditakrifkan sebagai prakarsa menyuburkan pemahaman teori, praktikaliti dan budaya mengkaji tanpa henti dalam mencanai ketinggian akal budi insan sejati. Proses ini dapat memanusiakan manusia dan mencorakkan peradaban sesebuah bangsa.
 
Maka, untuk menjadikan Malaysia sebuah negara terbilang, pendidikan cemerlang berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dilihat mampu melahirkan masyarakat yang bertamadun demi mencapai wawasan negara maju yang kita impikan.

Persoalannya, bagaimanakah kita dapat merealisasikan pendidikan cemerlang demi membentuk negara terbilang?
 
Maka, hayatilah cetusan minda kurniaan Allah, rempuhan idea pertamaSekolah Cemerlang, Pendidikan Gemilang”.

Menerusi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, institusi sekolah sentiasa ditambahbaikkan, sekolah kebangsaan diperkasakan, jurang pendidikan dirapatkan, sekolah wawasan diwujudkan, semuanya untuk menyemai budaya kecemerlangan dan semangat perpaduan ke arah 1Malaysia yang kita gagaskan. Dalam era kemodenan, sekolah bestari menjadi pilihan, aplikasi ICT banyak digunakan, malah pedagogi guru mampu ditingkatkan. Bagi menangani golongan pelajar bermasalah, pendekatan kaunseling dibuat secara berhemah, penerapan disiplin membentuk sahsiah, ketrampilan murid kian terserlah, bukti pendemokrasian pendidikan tidak pernah goyah.


Hakikatnya, institusi pendidikan kita terbukti cemerlang apabila Laporan Daya Saing Global 2012, Forum Ekonomi Dunia meletakkan kualiti pendidikan negara di tangga ke-14 daripada 142 buah negara. Malah, transformasi pendidikan telah melonjakkan kecemerlangan apabila 182 buah sekolah kluster berjaya dikenalpasti, 66 buah sekolah pula diiktiraf berprestasi tinggi bahkan 2450 buah sekolah dilihat berpotensi memperbaiki Gred Purata Sekolah sendiri. Sudah terang lagi bersuluh, “Sekolah Gemilang, Pendidikan Cemerlang, Negara Terbilang”.

 
Hadirin sekalian,
Rempuhan idea yang keduaGuru Cemerlang, Pendidikan Gemilang”.

Kecemerlangan sistem pendidikan di Malaysia sebenarnya ditunjangi oleh 5 prinsip utama golongan pendidik kita, iaitu kekuatan intelek, kepimpinan berwibawa, kemurnian akhlak, kesediaan untuk berubah serta kecintaan terhadap profesion keguruan. Lantaran itulah, Standard Guru Malaysia telah dilancarkan, Petunjuk Prestasi Utama Sektor Pendidikan terus diperkasakan, Guru Cemerlang diberi pengiktirafan, Tawaran Baiah Baru turut diberikan, bukan untuk menambah beban atau tekanan, tetapi sebagai dorongan untuk merintis perubahan demi kemajuan dunia pendidikan. Kepimpinan bertauladan turut dijadikan teras utama lebih-lebih lagi dalam pengurusan masa, tanggungjawab bersama, amalan etika dan budaya kerja dalam meningkatkan kualiti pendidikan.
 

Hasilnya kini, bilangan guru dan pengetua cemerlang telah mencecah 8125 orang berbanding 5984 orang pada tahun 2010. Lebih membanggakan lagi, Kajian Indeks Persepsi Murid 2012 mendedahkan bahawa 97.4% murid-murid Malaysia menganggap guru-guru mereka bersifat penyayang, berdedikasi malah menjadi sumber inspirasi. Benarlah nukilan pantun, berburu ke padang datar, dapat rusa belang di kaki, berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi. Terima kasih guru-guru Malaysia dalam menjayakan hasrat Pendidikan Cemerlang, Negara Terbilang.
 
Hadirin sekalian,
Rempuhan idea ketigaPendidikan Cemerlang, Modal Insan Gemilang”.

Sedarkah kita bahawa hari ini gejala sosial bermaharajalela, mat rempit dan bohsia jadi idola, zina pula dianggap biasa, bayi dihumban tanpa kasihan, dipijak ditendang tanpa ihsan, lebih menyedihkan hati, bapa dicaci, ibu dimaki. Jelaslah, dalam dunia moden kini, modal insan bermoral tinggi bukan lagi satu kemewahan tetapi satu keperluan. Maka dalam membentuk ketrampilan modal insan, pendidikan seimbang kita aplikasikan, subjek Sivik dan Kewarganegaraan kita mantapkan, pengisian kokurikulum kita perhebatkan, Dasar 1Murid 1Sukan kita lancarkan, kempen budi bahasa kita jayakan, bahkan disiplin pelajar kita tingkatkan.

Lantaran itulah, sistem pendidikan kita terbukti cemerlang dalam melahirkan individu yang kompetitif dan dinamik bagi mewarisi kepimpinan negara. Sekadar menyebut beberapa contoh, menerusi transformasi pendidikan, kita mampu menghasilkan lebih ramai pelajar pintar seperti Nur Amalina Che Bakri, lebih ramai atlit muda seperti Dato’ Nicol Ann David, lebih ramai tokoh belia seperti Zuraidi Komari, malah lebih ramai idola remaja seperti Imam Muda Asyraf. Hakikatnya jelas, Pendidikan Cemerlang Melahirkan Modal Insan Gemilang Demi Memacu Kejayaan Negara Terbilang.

Ya, hadirin sekalian. Secara kesimpulannya, pendidikan cemerlang menjelaskan kolerasi yang simbiotik antara institusi pendidikan berkualiti, golongan pendidik berdedikasi dan kemenjadian pelajar modal insan berintegriti. Apabila kesemua ramuan ini mampu kita adun bersama, maka pendidikan kita akan menjadi lebih bermakna sekaligus menjayakan hasrat pembinaan citra negara yang berjaya. Benarlah bahawa “Pendidikan Cemerlang Negara Terbilang”.

Teks Pidato
Disediakan oleh : En. Harmi bin Mohammad Jamil
Disampaikan oleh : Sdr. Muhd Misykat Abdul Rahman
Mewakili SMK Subang Utama / Petaling Perdana
Johan Pertandingan Pidato Piala Diraja KPM Peringkat Negeri Selangor 2012

299 comments:

  1. WAH..
    setiap teks pidato sentuhan abg harmi, mesti akan ada hasilnya..
    mantap!!!!!!!!!
    tahniah :)
    pertandingan pringkat kebgsaan dh diadakan ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu.. ni saje je cuba-cuba tolong buatkan teks pidato.. selebihnya memang rezeki & usaha gigih budak tu..

      peringkat kebangsaan dengar khabarnya pertengahan Oktober klak..

      Delete
  2. hmm,...teks yang cukup mantap disusuli rima yang enak didengari... yg peringkat kebangsaan baru2 ni menang x?
    -insan yg pernah dtewaskan oleh misykat,hehe-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pidato Piala Diraja Kebangsaan adalah pada 21-24 Oktober 2012 kelak.

      Delete
  3. Tahniah dan terima kasih kerana mendidik Misykat.. dia dah berjaya masuk peringkat akhir 24/10 ni... doakan kejayaan dia ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, sentiasa mendoakan. Alhamdulillah, Allah Taala makbulkan doa menyaksikan Misykat beraksi di final nanti. Teruskan menyokong beliau ya..

      Delete
  4. Replies
    1. Silakan, semoga boleh dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

      Delete
  5. Salam, En Harmi, saya mohon share teks di atas. Terima kasih

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam @Am@niTeddyBear, dipersilakan. Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  7. Encik, minta share boleh tak? Nak gunalah untuk pembentangan class.

    ReplyDelete
  8. Dipersilakan En. Jerry, semoga boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Salam... mohon share ya... smg dihalalkan.....

    ReplyDelete
  10. W'salam, dipersilakan Cikgu. Semoga boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Dipersilakan. Semoga boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum... saya Mimie Noor Atikah binti Madia pelajar dari SMK Tebobon telah mengikuti bengkel yang anda kendalikan d SMA Inanam mohon untuk Share segala ilmu yang ada dalam blog En.Harmi ini...
    Salam dan terima kasih..

    ReplyDelete
  13. Waalaikumussalam Sdr. Mimie Noor Atikah,

    Terima kasih juga kerana sudi menghadiri bengkel semalam, saya amat menghargai kehadiran Saudari & delegasi SMK Tebobon.

    InsyaAllah, dipersilakanlah untuk memanfaatkan segala ilmu yang Saudari peroleh daripada perkongsian di dalam blog ini. Semoga terus sukses!

    ReplyDelete
  14. izinkan saya memanfaatkan teks ini ya..

    ReplyDelete
  15. Mohon ambil contoh teks pidato utk pembelajarananak...:)

    ReplyDelete
  16. Tahniah atas kejayaan sekolah cikgu. Saya mohon utk menjadikan pidato ini sebagai panduan

    ReplyDelete
  17. Mohon guna untuk rujukan. Terima kasih

    ReplyDelete
  18. Dipersilakan. Semoga boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  19. TAHNIAH CIKGU KERANA MENJADI JOHAN PIDATO KEBANGSAAN.SAYA MOHON MERUJUK TEKS PIDATO SEBAGAI PANDUAN MENULIS PIDATO.

    ReplyDelete
  20. Terima kasih. Yang menjadi Johan Pidato Piala DiRaja ni anak murid, bukannya saya. Saya hanya menjadi jurulatih & pembimbingnya.

    ReplyDelete
  21. Cikgu,mohon kebenaran untuk dijadikan rujukan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  22. salam En Harmi, mohon share ya..untuk bengkel pengucapan awam..terima kasih :)

    ReplyDelete
  23. W'salam. Dipersilakan, semoga boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  24. mohon share yaaa :)
    terima kasih .

    ReplyDelete
  25. salam.... mohon share boleh???
    berharap sangat...

    ReplyDelete
  26. mohon share ye.... berharap sangat... terima kasih

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum.mohon share.harap di halalkan semuanya.terima kasih :)

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum.mohon share.semoga di halalkan semuanya,terima kasih :)

    ReplyDelete
  29. Waalaikumussalam @Aisyah Shahnon, dipersilakan. Semoga boleh dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  30. Waalaikumussalam @Qistina, dipersilakan. Semoga boleh dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  31. salam...cikgu..mohon copy teks pidato ini untuk dijadikan panduan ye ckg.. =>

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum ckg.. mohon izin copy teks ni utk dijadikan panduan...ye ckg...tme kasih

    ReplyDelete
  33. Salam cikgu, mohon izin share teks ini ye terima kasih cikgu :)

    ReplyDelete
  34. Salam cikgu, nama saya Ilaila, mohon share teks di atas ni ya, terima kasih cikgu :)

    ReplyDelete
  35. @musyinex - sila perkenalkan diri anda sebelum diizinkan untuk mengekstrak teks pidato ini.

    @Ilaila Ahmad - dipersilakan, semoga boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  36. assalammualaikum .. mohon kebenaran untuk sebahagian ayat digunakan dlm pertandingan syarahan yg akan sy sertai.. :)

    ReplyDelete
  37. Waalaikumussalam @Azizul Aiman, dipersilakan. Semoga boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  38. @farahana fanadeyn - MAAF, SAYA TIDAK MENGIZINKAN KERANA PERMINTAAN ANDA TIDAK MENGGAMBARKAN ADAB & BUDI BAHASA ANDA SEBAGAI SEORANG PELAJAR/MELAYU/PEREMPUAN.

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum En.Harmi, saya Nurul Atika. Mohon untuk share :)

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum.. saya mohon share untuk menjadi bahan rujukan kepada saya untuk membuat karangan syarahan yang lebih baik.. =)

    ReplyDelete
  41. @Nurul Izzah - Waalaikumussalam, dipersilakan.

    ReplyDelete
  42. @Nurul Atika - Waalaikumussalam, dipersilakan.

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum, mintak izin untuk menggunakan sebahagian ayat untuk pengucapan awam yang saya sertai.Terima kasih :)

    ReplyDelete
  44. @Nuraina Razali - Waalaikumussalam, dipersilakan.

    ReplyDelete
  45. Tahniah cikgu. Mohon untuk diambil teks untuk latihan anak-anak. Terima kasih.

    ReplyDelete
  46. @Faridah Abdul Rahman - Terima kasih Puan, dipersilakan. Semoga boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  47. salam encik Harmi..mohon untuk mengambil teks ini sebagai panduan utk menulis pidato dan syarahan anak2 pelajar.terima kasih atas perkongsian ilmu yang hebat.

    ReplyDelete
  48. Waalaikumussalam @Cikgu Nizati, dipersilakan. Semoga boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  49. salam encik Harmi...
    mohon keizinan untuk menggunakan beberapa petikan ayat daripada teks2 pidato encik utk saya gunakan dlm pidato saya smpena prtandingan tidak lama lg..Jazakallahu khir.. ^,^

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikum en Harmi. Mohon kebenaran untuk menjadikan teks ini sebagai panduan saya untuk menulis teks pidato. Terima kasih

    ReplyDelete
  51. assalamualaikum,
    mohon kebenaran untuk menggunakan teks sebagai bahan. terima kasih.

    sk bukit soga, batu pahat.

    ReplyDelete
  52. Salam semuanya,
    @alqaraiey, @Elle & @ida rina mdshukor - dipersilakan. Semoga boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  53. Assalammualaikum cikgu, saya Diyanah dari SMK Dengkil :) Mohon diizinkan untuk menggunakan beberapa idea daripada pidato ini untuk kegunaan pertandingan pidato peringkat daerah. Terima kasih daun keladi :)

    ReplyDelete
  54. Assalammualaikum cikgu :) Saya diyanah dari SMK Dengkil. Mohon diizinkan untuk memetik beberapa idea daripada teks pidato ini untuk kegunaan pertandingan pidato peringkat daerah :) Terima kasih daun keladi :)

    ReplyDelete
  55. Waalaikumussalam @Diyanah, dipersilakan. Semoga berjaya!

    ReplyDelete
  56. Salam cikgu,
    Saya Solehah dari batu pahat. Mohon untuk share pidato ini. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  57. Salam. En. Harmi, Saya Cikgu Hanita Abdul Malek dari SMK Jalan Kebun mohon izin merujuk teks pidato ini sebagai panduan

    ReplyDelete
  58. Waalaikumussalam Cikgu Hanita, lama tak dengar khabar berita.. Hehehe..
    Silakan, semoga boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya.

    Bagaimana pertandingan pidato daerah Klang? Sudah berlangsungkah?

    ReplyDelete
  59. Saya dapati terlalu ramai yang enggan memperkenalkan diri dengan sebaik-baiknya. Bahkan, ada yang mengekstrak teks-teks pidato saya ini tanpa terlebih dahulu memohon izin saya.

    Dengan ini, saya TIDAK MENGIZINKAN sesiapapun mengekstrak apa-apa jua bahan menerusi blog ini jika;
    i) PENGENALAN DIRINYA TIDAK LENGKAP,
    ii) PENGGUNAAN NAMA TIMANGAN YANG SAMAR.

    Sila perkenalkan diri selengkapnya dengan memaparkan NAMA PENUH & NAMA INSTITUSI.

    Yakinilah bahawa akan hilang keberkatan dan manfaat ilmu yang diperoleh tanpa izin.

    ReplyDelete
  60. assalam,sy asyiqim dri smk merchang ingin memohon keizinan dri tuan empunya blog untuk menjadikan teks pidato ini sbg rujukan..terima kasih

    ReplyDelete
  61. assalam,,sy asyiqim dri smk merchang ingin memohon keizinan tuan empunya blog untuk menjadikan teks pidato ini sebagai rujukan..terima kasih..

    ReplyDelete
  62. saya Fatin 'Alyaa dr smka al-irshad. mohon jadikan teks pidato ini sbg rujukan ya. terima kasih.

    ReplyDelete
  63. Dipersilakan Fatin 'Alyaa, semoga boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  64. Assalamualaikum Encik Harmi. Nama diberi Nurul Liyana dari Perak. Mohon teks ini saya jadikan rujukan ya. Saya mohon dengan sangat. Terima kasih ^^

    ReplyDelete
  65. Waalaikumussalam, Nurul Liyana dari sekolah/institusi mana ya?

    ReplyDelete
  66. Assalamualaikum.

    Saya Nurfarihah binti Jamil dari SM Sains Hulu Selangor (SEMASHUR). Saya mohon keizinan pihak tuan untuk mengambil teks ini sebagai rujukan. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  67. Assalamualaikum WBT.. saya Siti Mursyidah Afiqah binti Abdullah pelajar tingkatan 5 dari SMK Batu Sapi,Sandakan,Sabah... izinkan saya gunakan teks pidato ni sebagai panduan menulis teks pidato untuk pertandingan pidato yang saya sertai ya... mohon sangat... terima kasih ^_^

    ReplyDelete
  68. Waalaikumussalam, dipersilakan Nurfarihah & Siti Mursyidah.

    ReplyDelete
  69. Terima Kasih... :)

    ReplyDelete
  70. Sama-sama Siti Mursyidah. Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  71. Salam segar minda buat Saudara Harmi. saya noor shaikhah md ramly ingin mohon izin merujuk teks pidato saudara. Anak murid dari Maktab Mahmud Yan, Kedah bakal merempuh pertandingan pidato peringkat Maktab Mahmud pada 24hb Jun 2013 ini. Kalau ada tips saat akhir ini, sudikanlah kongsikan..salam syukur..-(teacher shai)

    ReplyDelete
  72. Dipersilakan Cikgu Noor Shaikhah, semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  73. Assalamualaikum Encik Harmi. Nama saya Nur Syafiqah Binti Zaidi ign mohon kebenaran encik untuk memnfaatkan teks pidato tersebut sebagai rujukan untuk mnyertai prtndingan pidato pra U di Kedah ~
    :D

    ReplyDelete
  74. Waalaikumussalam Nur Syafiqah, dipersilakan.

    ReplyDelete
  75. assalamualaikum. Saya Cikgu Rosnani dari SMK Kubang Bemban memohon untuk share. Terima kasih.

    ReplyDelete
  76. Assalamualaikum . Saya Fatin dari Sekolah methodist Acs kampar ingin meminta izin untuk menggunakan teks pidato ini untuk ujian lisan saya .

    ReplyDelete
  77. Assalamualaikum. Mohon share teks pidato ini ya. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  78. Saya dapati terlalu ramai yang enggan memperkenalkan diri dengan sebaik-baiknya. Bahkan, ada yang mengekstrak teks-teks pidato saya ini tanpa terlebih dahulu memohon izin saya.

    Dengan ini, saya TIDAK MENGIZINKAN sesiapapun mengekstrak apa-apa jua bahan menerusi blog ini jika;
    i) PENGENALAN DIRINYA TIDAK LENGKAP,
    ii) PENGGUNAAN NAMA TIMANGAN YANG SAMAR.

    Sila perkenalkan diri selengkapnya dengan memaparkan NAMA PENUH & NAMA INSTITUSI.

    Yakinilah bahawa akan hilang keberkatan dan manfaat ilmu yang diperoleh tanpa izin.

    ReplyDelete
  79. cikgu saya AHMAD ZULHILMI BIN AHMAD ZAINI...saya berharap cikgu mengizinkan saya memanfaatkan TEKS PIDATO ini...saya pemidato SMK SEGAMBUT JAYA(SEJAYA)

    ReplyDelete
  80. Dipersilakan Ahmad Zulhilmi. Semoga boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  81. Assalamualaikum. Saya, Chang Hooi Yin, pelajar dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh ingin mengambil teks pidato ini untuk berpidato dalam kelas. Harap tuan izinkan saya mengambil teks ini.

    ReplyDelete
  82. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  83. Dipersilakan Sdr. Chang Hooi Yin, semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  84. Assalamualaikum. Saya Nurhani Liyana dari Sekolah Menengah Seksyen 18 Hebat ingin meminta kebenaran untuk menggunakan teks ini

    ReplyDelete
  85. Salam, mohon jasa baik untuk dimanfaatkan teks yang ada di sini.

    ReplyDelete
  86. Sebelum dibenarikan, mohon agar Angah Second memperkenalkan diri selengkapnya.

    Saya dapati terlalu ramai yang enggan memperkenalkan diri dengan sebaik-baiknya. Bahkan, ada yang mengekstrak teks-teks pidato saya ini tanpa terlebih dahulu memohon izin saya.

    Dengan ini, saya TIDAK MENGIZINKAN sesiapapun mengekstrak apa-apa jua bahan menerusi blog ini jika;
    i) PENGENALAN DIRINYA TIDAK LENGKAP,
    ii) PENGGUNAAN NAMA TIMANGAN YANG SAMAR.

    Sila perkenalkan diri selengkapnya dengan memaparkan NAMA PENUH & NAMA INSTITUSI.

    Yakinilah bahawa akan hilang keberkatan dan manfaat ilmu yang diperoleh tanpa izin.

    ReplyDelete
  87. Izinkan saya Low Zi Xin dari IPG Kampus Temenggong Ibrahim utk jadikan teks pidato ini sebagai rujukan dalam tugasan ya.terima kasih :)

    ReplyDelete
  88. Saya KHOO PHAU LIANG dari IPGKTI ingin meminta izin Encik Harmi untuk membuat rujukan di sini. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  89. Saya KHOO PHAU LIANG dari IPGKTI ingin meminta kebenaran Encik Harmi untuk membuat rujukan di sini. Mohon direstukan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  90. Dipersilakan Sdr. Khoo Phau Liang, semoga boleh dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  91. saya Nor Qalbiah Esa , IPGKBM minta izin untuk membuat rujukan bagi tugasan saya..

    ReplyDelete
  92. Saya Nor Qalbiah, IPGKBM memohon untuk diberi kebenaran bagi membuat rujukan teks pidato ini..

    ReplyDelete
  93. assalamualaikum... sy NO ATIKAH dri IPGKBM memohon untuk diberi kebenaran menggunakan teks pidato ini sebagai rujukan bagi tugasan saya..

    ReplyDelete
  94. assalamualaikum.. saya NOR ATIKAH dari IPGKBM, memohon agar teks pidato ini digunakan sebagai rujukan bagi tugasan saya..

    ReplyDelete
  95. Waalaikumsalam Sdr. Nor Atikah, dipersilakan.

    ReplyDelete
  96. assalamualaikum, sy aisya jamaludin dari KUIS, kolej universiti islam antrabngsa selangor memohon untuk diberi kebenaran sebagai rujukan saya

    ReplyDelete
  97. assalamualaikum, sy amira jamaludin dr KUIS memohon kebenaran untuk menngunakan teks piato ini sebagai rujukan saya.

    ReplyDelete
  98. Assalammualaikum, saya Nur Fadhilla binti Zainudin meminta keizinan menggunakan teks pidato ini untuk tujuan pembentangan saya nanti, terima kasih :)

    ReplyDelete
  99. ohh ya, saya dari Universiti Putra Malaysia :)

    ReplyDelete
  100. Waalaikumussalam Sdr. Nur Fadhilla, dipersilakan.

    ReplyDelete
  101. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  102. Assalamualaikum, saya nur liyana daripada ipgk darulaman memohon agar teks pidato ini digunakan sebagai rujukan bagi tugasan saya...

    ReplyDelete
  103. Assalamulaikum saya nur liayana, dri ipg kampuss darulaman, memohon untuk saya gunakan teks ini sebagai rujukan tugasan saya

    ReplyDelete
  104. Waalaikumussalam, dipersilakan Sdr. Nur Liyana.

    ReplyDelete
  105. Assalamualaikum , saya Shaidatul Amirah dari USM Kampus Induk , ingin meminta kebenaran untuk menggunakan teks ini sebagai rujukan dalam tugasan saya .

    ReplyDelete
  106. Waalaikumussalam,
    Dipersilakan. Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  107. assalamualaikum saya kamarulzaman harun dari sk convent alor setar ingin mohon share your amazing text ya Mr Harmi

    ReplyDelete
  108. Assalam alaik Mr harmi saya kamarulzaman harun dari sk convent alor setar ingin mohon share your amazing text ya Mr harmi

    ReplyDelete
  109. Assalamualaikum cikgu, saya H Khatdijah Hairya Binti Latif daripada LKIM, kami akan mengadakan hari inovasi dan saya akan mengikuti pertandingan pidato. Mohon idea untuk pemilihan tajuk terbaik dan membuat teks.. saya runsing sebab tak banyak sangat pengalaman.. ni tajuk2 yang diberi..
    1. Inovasi mampu menarik golongan muda dalam industri penangkapan ikan.
    2. Inovasi meningkatkan produktiviti Persatuan Nelayan.
    3. Nelayan berinovatif, nelayan cemerlang.
    4. Penglibatan nelayan muda mampu mengurangkan penguasaan nelayan asing dalam industri perikanan negara.
    5. Pembangunan modal insan masyarakat nelayan pencetus budaya kreatif dan inovatif.
    6. Pengurangan peranan orang tengah dalam pemasaran ikan.
    7. Persepsi kemiskinan dikaitkan dengan nelayan.
    8. Pekerjaan nelayan menjamin masa depan.
    9. Transformasi pertanian melalui inovasi.
    10. Minda Agropreneur minda inovasi.

    boleh tak mohon bantuan dan emailkan saya apa² yang dapat dikongsikan shu_uemura12@yahoo.com tQ.. sangat mengharap pertolongan

    ReplyDelete
  110. cikgu, mohon keizinan menggunakan teks pidato yang hebat ini dalam latihan pidato saya....

    ReplyDelete
  111. Mohon jasa baik untuk memperkenalkan diri selengkapnya sebelum menggunakan teks pidato ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  112. Saya Nursyahmina dari SMKA Nibong Tebal memohon kebenaran untuk menngunakan teks piato ini sebagai rujukan saya.

    ReplyDelete
  113. Salam mohon share ye.. tuk latihan berpidato di kelas

    ReplyDelete
  114. Selamat petang Cikgu Harmi. Saya Dharshini Sharma dari SMK Subang Utama. Mohon untuk menggunakan teks ini untuk Pertandingan Pidato peringkat sekolah.
    Terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  115. Assalamualaikum... saya nurnadiah pelajar dari ipkent.saya mencari bahan untk dijadiakan bbm untuk pelajar saya mohon Share segala ilmu yang ada dalam blog En.Harmi ini...
    Salam dan terima kasih..

    ReplyDelete
  116. Waalaikumussalam Cik Nurnadiah, dipersilakan untuk memanfaatkannya sebaik mungkin. Terima kasih.

    ReplyDelete
  117. assalamualaikum.. saya fatin nabila sargawai.. nak mohon copy bolehh ?? nak praktis kat umah .. :(

    ReplyDelete
  118. assalamualaikum,
    mohon kebenaran untuk menggunakan teks sebagai bahan. terima kasih.

    sjkc pu sze, skudai

    ReplyDelete
  119. assalamualaikum,
    mohon kebenaran untuk menggunakan teks sebagai bahan. terima kasih.

    sjkc pu sze, skudai

    ReplyDelete
  120. Saya dapati terlalu ramai yang enggan memperkenalkan diri dengan sebaik-baiknya. Bahkan, ada yang mengekstrak teks-teks pidato saya ini tanpa terlebih dahulu memohon izin saya.

    Dengan ini, saya TIDAK MENGIZINKAN sesiapapun mengekstrak apa-apa jua bahan menerusi blog ini jika;
    i) PENGENALAN DIRINYA TIDAK LENGKAP,
    ii) PENGGUNAAN NAMA TIMANGAN YANG SAMAR.

    Sila perkenalkan diri selengkapnya dengan memaparkan NAMA PENUH & NAMA INSTITUSI.

    Yakinilah bahawa akan hilang keberkatan dan manfaat ilmu yang diperoleh tanpa izin.

    ReplyDelete
  121. Assalamualaikum.Saya Hanan bt. Abd Rasyid dari SMKA Nibong Tebal,P.Pinang ingin memohon untuk memanfaatkan teks pidato ini.

    ReplyDelete
  122. Waalaikumussalam, dipersilakan bagi semua yang telah memperkenalkan diri selengkapnya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  123. Saya puan radziah dari Shah Alam mohon untuk berkongsi idea tuan. terima kasih daun keladi

    ReplyDelete
  124. saya sarah syafiqah binti daud (Tingkatan 4)dari smk taman kluang barat, kluang johor ingin menggunakan teks pidato tuan sebagai bahan rujukan di sekolah. terima kasih :)

    ReplyDelete
  125. assalamualaikum. saya sarah syafiqah binti daud (Tingkatan 4)dari smk taman kluang barat, kluang johor ingin menggunakan teks pidato tuan sebagai bahan rujukan di sekolah. terima kasih :)

    ReplyDelete
  126. Assalamualaikum. Saya Siti Noor Farzana Borhan dari Sek.Men Agama Repah,Tampin ingin meminta kebenaran untuk manfaatkan teks pidato tersebut. Syukran.

    ReplyDelete
  127. Waalaikumussalam, dipersilakan Sarah Syafiqah dan Siti Noor Farzana. Semoga boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  128. Waalaikumussalam, dipersilakan Sarah Syafiqah dan Siti Noor Farzana. Semoga boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  129. Assalmualaikum wbt. saya Kamariyah dari Smk Mutiara Rini, JB mohon keizinan dari pihak tuan untuk menggunakan teks pidato ini sebagai rujukan. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  130. Assalamualaikum..saya Siti Aisyah dari SMKA Nurul Ittifaq Terengganu ingin mminta izin utk mmnfaatkan teks pidato tuan..

    ReplyDelete
  131. Assalamualaikum...saya Nur Syafiqah dari Kuching, Sarawak ingin memohon keizinan untuk menggunakan teks tuan di atas sebagai rujukan..Terima kasih

    ReplyDelete
  132. Assalamualaikum...saya Nur Syafiqah dari Kuching, Sarawak ingin memohon keizinan untuk menggunakan teks tuan di atas sebagai rujukan..Terima kasih

    ReplyDelete
  133. Waalaikumussalam Nur Syafiqah, dipersilakan.

    ReplyDelete
  134. Selamat sejahtera...Sy Florina Jiun, dr IPGKT Sabah..mohon kebenaran jdkan teks pidato sebagai bahan rujukan...terima kasih..

    ReplyDelete
  135. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  136. assalamualaikum..sy Athira Najwa pljr prauniversiti Trggnu,memohon kebenaran En Harmi untk menggunakan perkongsian ilmu yang ada di sini bagi tujuan p&p..terima kasih..semoga Allah memberkati..

    ReplyDelete
  137. saya farah dari sis ipoh . mohon kebenaran untuk menjadikan pidato ini sebagai rujukan . terima kasih

    ReplyDelete
  138. Saya cikgu Liza, mohon share ... Nak beri pelajar maklumat tentang cara penulisan teks pidato. Terima kasih, Allah saj yang membalasnya.

    ReplyDelete
  139. Assalamualaikum Saya Nadiratul Asyikin dari SMKA Sheikh Abdul Malek. Mohon untuk menggunakan teks ini untuk Pertandingan Pidato peringkat sekolah.
    Terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  140. Assalamualaikum Saya Nadiratul Asyikin dari SMKA Sheikh Abdul Malek. Mohon untuk menggunakan teks ini untuk Pertandingan Pidato peringkat sekolah.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  141. Assalamualaikum...saya Nadiratul Asyikin dari SMKA Sheikh Abdul Malek ingin memohon kebenaran untuk menggunakan teks pidato untuk Pertandingan Pidato peringkat sekolah...Terima Kasih

    ReplyDelete
  142. assalamualaikum Ustadz.. saya Selamet Nur Anom dari Universiti Pendidikan Indonesia, mohon izin memanfaatkan teks pidato PENDIDIKAN CEMERLANG NEGARA TERBILANG, terima kasih sangat.

    ReplyDelete
  143. assalamualaikum Ustadz.. saya Selamet Nur Anom dari Universiti Pendidikan Indonesia, mohon izin memanfaatkan teks pidato PENDIDIKAN CEMERLANG NEGARA TERBILANG, terima kasih sangat.

    ReplyDelete
  144. assalamualaikum Ustadz.. saya Selamet Nur Anom dari Universiti Pendidikan Indonesia, mohon izin memanfaatkan teks pidato PENDIDIKAN CEMERLANG NEGARA TERBILANG, terima kasih sangat.

    ReplyDelete
  145. assalamualaikum Ustadz.. saya Selamet Nur Anom dari Universiti Pendidikan Indonesia, mohon izin memanfaatkan teks pidato PENDIDIKAN CEMERLANG NEGARA TERBILANG, terima kasih sangat.

    ReplyDelete
  146. MOHON SHARE TEKS ILMIAH INI..SAYA MOHAMED ASYRAF BIN MOHAMED NASIR..GURU DI SMK TAT BENG, TRONG, PERAK

    ReplyDelete
  147. Assalamualaikum en harmi. Saya ucapkan tahniah atas kejayaan encik harmi bersama-sama anak didik. Saya Noranisa dari SMK Pandan Jaya mohon untuk menggunakan teks ini sebagai rujukan untuk melatih anak murid saya juga sebagai bahan untuk lisan di dalam kelas.terima kasih saya ucapkan.

    ReplyDelete
  148. salam alaik. . saya Nur Hasmawati dan ahli kumpulan yang lain dari IPG Teknik Negeri Sembilan.
    izinkan kami menggunakan teks teks pidato anda untuk dijadikan bahan simulasi.
    syukran~

    ReplyDelete
  149. Aswina Saibin
    SJKC Chung Hwa
    Kota Belud, Sabah.

    Mohon izin gunakan semua teks pidato dlm blog ini utk tujuan latihan n pengajaran kelab BM sekolah ya. Mungkin jgk akan digunakan untuk pertandingan pidato antara sekolah2 rendah (SK dan SJKC) pada masa akan datang. Terima kasih.

    ReplyDelete
  150. Assalamualaikum wbt

    Muhammad Azman Bin Abu Naim
    jabatan perancangan bandar dan desa perak
    ipoh perak

    memohon untuk mengambil beberapa idea yang baik sebagai rujukan

    terima kasih

    ReplyDelete
  151. muhammad Azman Bin Abu Naim
    jbtn perancangan bandar dan desa perak
    ipoh perak

    mohon mengambil beberapa idea yang baik sebagai rujukan penyediaan teks

    terima kasih

    ReplyDelete
  152. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  153. Saya dapati masih ada yang enggan memperkenalkan diri dengan sebaik-baiknya. Bahkan, ada yang mengekstrak teks-teks pidato saya ini tanpa terlebih dahulu memohon izin saya.

    Dengan ini, saya TIDAK MENGIZINKAN sesiapapun mengekstrak apa-apa jua bahan menerusi blog ini jika;
    i) PENGENALAN DIRINYA TIDAK LENGKAP,
    ii) PENGGUNAAN NAMA TIMANGAN YANG SAMAR.

    Sila perkenalkan diri selengkapnya dengan memaparkan NAMA PENUH & NAMA INSTITUSI.

    Yakinilah bahawa akan hilang keberkatan dan manfaat ilmu yang diperoleh tanpa izin.

    ReplyDelete
  154. Bagi semua yang telah memperkenalkan diri (kecuali Afif Raziq), diizinkan untuk mengekstrak teks ini.

    Buat Afif Raziq, sila bersopan dan beradab ketika ingin mengemukakan permintaan menggunakan teks ini.

    Harap maklum.

    ReplyDelete
  155. Maaf ,

    Afif Raziq bin Md yusof
    Politeknik Sultan Azlan Shah

    Nak ambik isi isi untuk di olah .

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  156. Salam ,

    Nama Afif Raziq bin Md Yusof
    Institusi Politeknik Sultan Azlan Shah .

    Mohon kebenaran untuk mengambil teks ini untuk dimaafkan .

    Maaf diatas kesilapan hari lalu .



    ReplyDelete
  157. Diizinkan kepada semua yang telah meminta kebenaran sehingga 20 Mei 2014. Harap maklum.

    ReplyDelete
  158. Salam. Saya Nur Allisya dari Sabah ingin mohon izin untuk mengambil contoh teks untuk dijadikan bahan rujukan. TK.

    ReplyDelete
  159. Assalamualaikum..
    Saya Cikgu Sabtu dari Sabah meminta kebenaran untuk mengambil teks pidato sebagai contoh dan rujukan..
    tq

    ReplyDelete
  160. ASSALAMUALAIKUM CIKGU..
    Saya Cikgu Sabtu dari Sabah meminta kebenaran untuk menjadikan pidato cikgu sebagai panduan dan rujukan..
    Terima kasih..

    ReplyDelete
  161. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  162. Assalamualaikum.
    saya cikgu sabtu dari Sabah mohon utk share contoh pidato sbg panduan dan rujukan..
    tq

    ReplyDelete
  163. Assalamualaikum
    Saya Cikgu Sabtu dari Sabah mohon untuk share pidato cikgu sbg panduan dan rujukan..

    ReplyDelete
  164. Saya dapati masih ada yang enggan memperkenalkan diri dengan sebaik-baiknya. Bahkan, ada yang mengekstrak teks-teks pidato saya ini tanpa terlebih dahulu memohon izin saya.

    Dengan ini, saya TIDAK MENGIZINKAN sesiapapun mengekstrak apa-apa jua bahan menerusi blog ini jika;
    i) PENGENALAN DIRINYA TIDAK LENGKAP,
    ii) PENGGUNAAN NAMA TIMANGAN YANG SAMAR.

    Sila perkenalkan diri selengkapnya dengan memaparkan NAMA PENUH & NAMA INSTITUSI. Bagi yang telah berbuat demikian, dipersilakan untuk mengekstrak teks ini.

    Yakinilah bahawa akan hilang keberkatan dan manfaat ilmu yang diperoleh tanpa izin.

    ReplyDelete
  165. Assalamualaikum WBT, Cikgu.

    Saya Mohammad Zarif Asyraf Bin Radzlee
    Dari SMK Merpati Sandakan, Sabah

    Saya memohon untuk mengambil beberapa idea yang berguna untuk dimasukkan dalam pidato saya. Mohon halalkan segala ilmu yang cikgu beri diblog ini dan doakan saya dalam pertandingan pidato nanti. Terima kasih.

    ReplyDelete
  166. Assalamualaikum WBT, Cikgu.

    Saya Mohd Zarif Asyraf Bin Radzlee
    Dari SMK Merpati, Sandakan, Sabah.

    Saya memohon untuk mengambil beberapa isi yang berguna untuk dimasukkan dalam pidato saya. Harap cikgu izinkan dan halalkan segalanya serta doakan saya dalam pertandingan pidato nanti. Terima kasih,cikgu.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen atau cadangan anda. Sebarang komen yang tidak disertakan dengan pengenalan diri individu TIDAK AKAN DILAYAN sama sekali.