Friday, June 27, 2014

SMK Seri Serdang, Selangor - Johan Pertandingan Bahas BM Ala Parlimen Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2014

Pasukan Bahas Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang, Selangor - Johan Pertandingan Akhir Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2014
Bergambar bersama-sama pasukan koir bahasa isyarat SM Pendidikan Khas Selangor - Kami johan bahas kebangsaan, mereka pula juara di hati kami. Persembahan mereka yang amat menginsafkan benar-benar menyentuh perasaan semua.
Dari kiri ke kanan - Fara Fadilah, Anis Shakinah, Haikal Rashydan, Hazimi, Janaarthanan, En. Harmi, Puan Suria Aida, Puan Zurita, Nurruzanna, Haikal Yadzid, Danial Fikhry, Akmal Ihsan & Surya Raj (pasukan bahas SMK Seri Serdang)
Pasukan Bahas BM SMK Seri Serdang bergambar bersama-sama para tetamu kehormat.
KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN 
SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2014
23 - 26 Jun 2014, Kolej Antarabangsa INPENS, Kuala Selangor

Pusingan Awal 1
Usul : SARANA MASYARAKAT MEWUJUDKAN KERJASAMA DI SEKOLAH.

Wilayah Persekutuan Putrajaya lwn Perlis
Pemenang : Wilayah Persekutuan Putrajaya

Sabah lwn Perak
Pemenang : Perak

Pahang lwn Kelantan
Pemenang : Kelantan

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur lwn Johor
Pemenang : Johor

Melaka lwn Pulau Pinang
Pemenang : Melaka

Sarawak lwn Selangor
Pemenang : Selangor

Wilayah Persekutuan Labuan lwn Terengganu
Pemenang : Terengganu

Kedah lwn Negeri Sembilan
Pemenang : Kedah

Pusingan Awal 2
Usul : PERANAN PENGGUNA MEMACU EKONOMI NEGARA.

Perlis lwn Perak
Pemenang : Perak

Wilayah Persekutuan Putrajaya lwn Sabah
Pemenang : Sabah

Pahang lwn Johor
Pemenang : Johor

Kelantan lwn Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Pemenang : Kelantan

Pulau Pinang lwn Selangor
Pemenang : Selangor

Melaka lwn Sarawak
Pemenang : Melaka

Wilayah Persekutuan Labuan lwn Kedah
Pemenang : Kedah

Terengganu lwn Negeri Sembilan
Pemenang : Negeri Sembilan

Peringkat Suku Akhir
Usul : PENGGUNAAN SUMBER TENAGA ALTERNATIF PENYELESAIAN KRISIS TENAGA.

Perak lwn Johor
Pemenang : Perak

Sabah lwn Kelantan
Pemenang : Kelantan

Selangor lwn Kedah
Pemenang : Selangor

Melaka lwn Negeri Sembilan
Pemenang : Melaka

Peringkat Separuh Akhir
Usul : TRANSFORMASI PENDIDIKAN MEMENUHI ASPIRASI GLOBAL.

Perak lwn Selangor
Pemenang : Selangor

Melaka lwn Kelantan
Pemenang : Melaka

Pertandingan Akhir
Usul : PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG MELAHIRKAN MASYARAKAT BERINTEGRITI.

Kerajaan - SMKA Sultan Muhammad, Batu Berendam, Melaka
Pembangkang - SMK Seri Serdang, Seri Kembangan, Selangor

Johan Pertandingan Akhir : SMK Seri Serdang, Selangor
Naib Johan Pertandingan : SMKA Sultan Muhammad, Melaka
Pembahas Terbaik Akhir : Anis Shakinah bt. Muhd, SMK Seri Serdang
Tempat Ketiga Bersama : Maktab Sultan Ismail, Kelantan & SMK Taman Tasik, Perak

Syabas & tahniah buat semua yang telah berjaya!
Semoga berjumpa lagi tahun hadapan untuk edisi bahas kebangsaan 2015.
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak 1435H.

Thursday, June 26, 2014

Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2014

Perlis - SMK Syed Ahmad

Pulau Pinang - SMKA Al-Irsyad

Kedah - Kolej Sultan Abdul Hamid

Perak - SMK Taman Tasik, Taiping

Selangor - SMK Seri Serdang

Putrajaya - SMK Putrajaya Presint 9(1)

Kuala Lumpur - SMK Zon R1 Wangsa Maju

Negeri Sembilan - SMKA Dato' Hj. Abu Hassan Sail, Pedas

Melaka - SMKA Sultan Muhammad, Melaka

Johor - SMKA Maahad Muar

Kelantan - Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu

Terengganu - SMKA Nurul Ittifaq, Besut

Pahang - SMK Abdul Rahman Talib

Sarawak - Kolej Tun Dato' Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching

Sabah - SMKA Tun Said, Kota Belud

Labuan - SMK Labuan

SEJARAH PERTANDINGAN 2007-2014
Sejak tahun 2007, pertandingan ini diubahsuai penyertaannya daripada berdasarkan zon-zon di seluruh negara kepada penglibatan semua pasukan negeri bertanding terus di peringkat kebangsaan.


Tahun /
Tuan Rumah
Johan Kebangsaan
Naib Johan Kebangsaan

2007
Melaka


SMK SERI SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN

SMK JITRA,
KEDAH DARUL AMAN
2008
Sabah

SMKA SULTAN MUHAMMAD,
MELAKA

SMK TINGGI KLANG,
SELANGOR DARUL EHSAN
2009
Kelantan

SMKA MAAHAD MUAR,
JOHOR DARUL TAKZIM

SMKA KOTA KINABALU,
SABAH
2010

Tiada Pertandingan Peringkat Kebangsaan

2011
Perlis

SMK SERI SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN

SMK (P) SULTAN IBRAHIM,
JOHOR DARUL TAKZIM
2012
Johor

SMK TAMAN TASIK,
PERAK DARUL RIDZUAN

SMK SERI SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN
2013
Sarawak

SMK SERI SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN

SMK (P) SULTAN IBRAHIM,
JOHOR DARUL TAKZIM
2014
Selangor

SMK SERI SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN

SMKA SULTAN MUHAMMAD
MELAKA

Sunday, June 1, 2014

Penghargaan Khas Buat Saudara Selamet Nur Anom, Johan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2014





TEKS PIDATO JOHAN KATEGORI ALAM MELAYU
PERTANDINGAN PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU 2014
disampaikan oleh
SDR. SELAMET NUR ANOM, UNIVERSITAS PENDIDIKAN INDONESIA
WAKIL NEGARA INDONESIA KE PABM 2014

Nota Penting : 

Sdr. Selamet Nur Anom telah meminta izin penulis untuk menggunakan gabungan beberapa teks pidato yang pernah penulis nukilkan bagi menyempurnakan teks pidato yang beliau gunakan untuk Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2014 tempoh hari. Penulis telah memberi keizinan.

Lihatlah keberkatan memohon izin menggunakan ilmu akan Allah Taala balas dengan sebaik-baik kejayaan dan kecemerlangan. Tahniah buat Sdr. Selamet Nur Anom kerana berjaya mengangkat idea-idea kerdil penulis tidak ternama ini ke pentas antarabangsa. 

Terima kasih juga buat Ustaz Nazmi Jaafar atas perkenalan dengan Ustaz Selamet Nur Anom ini sejak Pidato Pendidikan Islam di Brunei. Moga-moga Allah Taala merahmati usaha kita dengan melimpahkan rahmat dan pahala berpanjangan.

Assalamualaikum w.b.t
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada tuan pengerusi, kombinasi hakim, dif-dif jemputan, selanjutnya hadirin dan hadirat sekalian yang saya kasihi.
Sesungguhnya, firman-firman Allah yang menggetarkan jiwa dalam al-Quran kitab paling mulia, seawal Nabi Adam a.s diajar agar mengerti dan memahami, Nabi Ibrahim a.s diasuh agar berfikir dan mentafsir, bahkan anjuran “Iqra’, bismirabbikallazihalaq” kepada Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan usaha mendidik manusia tidak pernah ada noktahnya.
Kerana itu percayalah, PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN BERINTEGRITI begitulah maudu’ pidato yang akan kita hayati pada kesempatan ini.
Hadirin sekalian yang berbahagia
Pendidikan adalah jalan kehidupan yang diwariskan sang tauladan zaman iaitu Rosulullah SAW. Baginda bersabda:
“Tuhanku telah mendidikku dan menjadikan pendidikanku sebaik-baik pendidikan.”
Persoalannya pada hari ini, bagaimanakah yang dikatakan pendidikan yang berkualiti yang mampu menjana ke arah citra negara jaya.
Maka, dengarkanlah, hayatilah cetusan minda kurniaan Allah,
Hujjah pertamaSekolah Cemerlang, Pendidikan Gemilang”.

Menerusi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, institusi sekolah sentiasa ditambahbaikkan, sekolah kebangsaan diperkasakan, jurang pendidikan dirapatkan, sekolah wawasan diwujudkan, semuanya untuk menyemai budaya kecemerlangan dan semangat perpaduan ke arah 1Malaysia yang digagaskan. Dalam era kemodenan, sekolah bestari menjadi pilihan, aplikasi ICT banyak digunakan, malah pedagogi guru mampu ditingkatkan.

Hakikatnya, institusi pendidikan Malaysia terbukti cemerlang apabila Laporan Daya Saing Global 2012, Forum Ekonomi Dunia meletakkan kualiti pendidikan negara Malaysia di tangga ke-14 daripada 142 buah negara. Malah, transformasi pendidikan telah melonjakkan kecemerlangan apabila 182 buah sekolah kluster berjaya dikenalpasti, 66 buah sekolah pula diiktiraf berprestasi tinggi bahkan 2450 buah sekolah dilihat berpotensi memperbaiki Gred Purata Sekolah sendiri.

Hadirin sekalian,
Hujjah keduaGuru Cemerlang, Pendidikan Gemilang

Menurut Al-Nahlawi dalam bukunya Usul Al-Tarbiyyah Al-Islamiyyah Wa Asalibuha menegaskan bahawa guru perlu menguasai pelbagai kemahiran dan kebijaksanaan. Seterusnya, apabila membincangkan kecemerlangan guru dan profession keguruan perlu menfokuskan 5 tunjang utama yang menjadi tonggak kejayaan dan kewibawaan seseorang guru, iaitu kekuatan intelek, kepimpinan berwibawa, kemurnian akhlak, kesediaan untuk berubah serta kecintaan terhadap profesion keguruan. Lantaran itulah, Standard Guru Malaysia telah dilancarkan, Petunjuk Prestasi Utama Sektor Pendidikan terus diperkasakan, Guru Cemerlang diberi pengiktirafan, Tawaran Baiah Baru turut diberikan, bukan untuk menambah beban atau tekanan, tetapi sebagai dorongan untuk merintis perubahan demi kemajuan dunia pendidikan.

Hasilnya kini, bilangan guru dan pengetua cemerlang telah mencecah 8125 orang berbanding 5984 orang pada tahun 2010. Lebih membanggakan lagi, Kajian Indeks Persepsi Murid 2012 mendedahkan bahawa 97.4% murid-murid Malaysia menganggap guru-guru mereka bersifat penyayang, berdedikasi malah menjadi sumber inspirasi. Benarlah nukilan pantun, orang haji dari Jeddah, buah kurma berlambak-lambak, pekerjaan guru bukanlah mudah, bagai kerja menolak ombak. Terima kasih guru, kau sumber inspirasiku.

Hujjah ketigaPendidikan Cemerlang, Modal Insan Gemilang

Tun Abdullah bin Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 pernah berkata “Modal insan bukan setakat mempunyai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, tetapi ia juga mencakupi aspek peribadi serta akhlak yang tinggi perlu ada pada seseorang itu”.

Tetapi hadirin sekalian, sedarkah kita bahawa hari ini gejala sosial bermaharajalela, mat rempit dan bohsia jadi idola, zina pula dianggap biasa, bayi dihumban tanpa kasihan, dipijak ditendang tanpa ihsan, lebih menyedihkan hati, bapa dicaci, ibu dimaki. Jelaslah, dalam dunia moden kini, modal insan bermoral tinggi bukan lagi satu kemewahan tetapi satu keperluan. Maka dalam membentuk ketrampilan modal insan, pendidikan seimbang kita aplikasikan, subjek Sivik dan Kewarganegaraan kita mantapkan, pengisian kokurikulum kita perhebatkan, Dasar 1Murid 1Sukan kita lancarkan, kempen budi bahasa kita jayakan, bahkan disiplin pelajar kita tingkatkan.

Lantaran itulah, sistem pendidikan di Malaysia terbukti cemerlang dalam melahirkan individu yang kompetitif dan dinamik bagi mewarisi kepimpinan negara. Sekadar menyebut beberapa contoh, menerusi transformasi pendidikan, kita mampu menghasilkan lebih ramai pelajar pintar seperti Nur Amalina Che Bakri, lebih ramai atlit muda seperti Dato’ Nicol Ann David, lebih ramai tokoh belia seperti Zuraidi Komari, malah lebih ramai idola remaja seperti Imam Muda Asyraf.

Hadirin sekalian. Kesimpulannya, pendidikan berkualiti menjelaskan kolerasi yang simbiotik antara institusi pendidikan berkualiti, golongan pendidik berdedikasi dan kemenjadian pelajar modal insan berintegriti. Apabila ini kita jana maka pendidikan kita penuh bermakna. Inilah yang dikatakan pendidikan berkualiti insan berintegriti. Pendidikan gemilang citra Negara jaya. Sekian dan terima kasih.